Pages

Wednesday, December 29, 2010

Kau Tahu Apa Maksud Kesunyian?


Senyum.
Pahit.
Kelat.
Tekak rasa kesat.
Kau tahu apa maksudnya itu sahabat?
Hati sedang bagaikan disengat.

http://farm3.static.flickr.com/2691/4086423233_fd8cd96e16.jpg
[Gambar : Aku rasa benda ini betul juga, mungkin]

Pernah kau duduk menghadap makanan sendirian?
Orang akan perhatikan kau macam kau manusia asing.
Mulut berbisik-bisik bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
Padahal, itu waktu kau untuk diri sendiri.
Manusia kan suka meneka sesuka hati.
Senyum lagi.

Kau duduk, diam.
Orang yang kau tunggu tidak muncul-muncul.
Kau termangu sendirian.
Jeling dinding biru, kau tengok waktu yang berdetik laju.
Masa bergerak pantas dan kau mula berlengas.
Ah, hati diusik tetapi kau cuba sibukkan diri bagaikan semuanya dalam kawalan diri.
Senyap.

http://farm6.static.flickr.com/5281/5262691251_19e166657e_z.jpg
[Gambar : Selalu duduk meja untuk dua orang, tetapi hakikatnya keseorangan]

Senyum lagi.
Kau bukan tahu apa itu keseorangan.
Kau tidak mengerti apa itu kesunyian.
Kau tidak alami apa itu keterasingan.
Sinis.

Minda : Masih keluar seorang diri setiap kali?
Tubuh : Ah, itu kepuasan peribadi.
Minda : Masih terima kasih dan peluk diri setiap pagi?
Tubuh : Itu tanda penghargaan, suatu bentuk apresiasi.
Minda : Makan sendirian, duduk sendirian berikan kepuasan lagi?
Tubuh : Tidak pernah berubah perkara demikian.
Minda : Sudah dicerna nampaknya kesunyian dan keseorangan.
Tubuh : Selagi minda kuat menerima, tubuh akan sama-sama ikut pikul amanah.

Sunyi.
Sepi.
Ada manusia ketawa geli hati.
Beku dan senyum nampak gigi.
Tapi, adakah hati semakin mati?
Jiwa penuh benci?
Entah, jiwa kurang pasti.
Sangsi.

Mana makanan jiwa?
Mana peluk rasa?
Mana kasih sayang tebal penuh cinta?
Mana pergi ketawa?

Diam dalam terpaksa.
Sakit, jangan kau asak dada.
Ini bukan masa mengeluh, payah susah hidup macam neraka/
Waktu ini untuk gembira.
Saat untuk gunakan semua tenaga.
Agar kekuatan tidak dipersia.
Tarik nafas dan hembus ke semesta.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Pendaftaran murid baru ke sekolah adalah menggembirakan. Nantilah aku cerita.
2. Selamat ulang tahun buat sahabat sama tarikh dengan aku. Jangan kacau-kacau lagi dengan kegemaran pada Faizal Tahir ya?
3. Belikan sesuatu buat diri sendiri.
4. Selamat berjuang Harimau Malaya

Zara : Berapa banyak yang kau korbankan, yang kau habiskan dan yang kau tahan selama ini pasti akan ada bayaran setimpal suatu hari nanti. Kesakitan, air mata dan keringat yang dilaburkan akan ada pulangan bila kau jujur dalam perjuangan. Hidup bukan mencari noktah tetapi di mana kita meletakkan tanda aras berhenti pada diri.

14 comments:

  1. ermm k lily pun penah rasa sama macam apa yang zara tulis nie

    ReplyDelete
  2. sabar itu indah. sebab di sisi nya terselit 1001 hikmah yang kamu tak nampak.

    kuat kan semangat zara. =)

    ReplyDelete
  3. huwaaaaa..bole naek gila lau hidop rse sangat sunyi..sob2

    ReplyDelete
  4. hurm.
    pernah je rasa sunyi.
    mase tu, mula la rindu org2 tersayang.
    hehe.
    XD

    ReplyDelete
  5. Kdg2 sendirian buat kita lebih tenang :)

    ReplyDelete
  6. mintak pinjam siket words. nak post di blog. time kaseh huhu

    ReplyDelete
  7. di hadapan teman..

    hakikatnya sorang..



    yaee..sy sokong semua tu..


    amat perlukan teman swaktu ini

    ReplyDelete
  8. setiap insan psti akan menghdapi keadaan sukar dodalam hidup.. rasa sunyi itu pasti akan ad.. ap yang kita boleh buat dalah.. hadapinya dengan senyuman.. ^_^


    http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/laporan-khas-makmal-transformasi.html

    ReplyDelete
  9. hurmmm
    selalu jer sunyi..
    tapi time keja jer la...
    sbb dok ofis sorang jer pompuan...

    ReplyDelete
  10. itu hanya sunyi utk sementara...
    bukan selamanya...
    bagi saya ianya masih blum dianggap sebagai kesunyian....

    ReplyDelete
  11. http://sayap-kehidupanku.blogspot.com/

    suka, saya selalu mcm ni sunyi, tak ramai kawan, tak ada kekasih hati,

    keluarga jer pengubat sunyi saya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)