Pages

Thursday, October 21, 2010

Lagi Dua Minggu Akan Nikah, Dia Mahu Kembali Kepada Kekasih Lama. Aku Ini Tunang Dia Tahu?


Hidup adalah sebuah cerita.
Kadangkala kita tanpa sedar akan melalui kehidupan yang bukan kita mahukan. Kebahagiaan yang telah lama dirancang, musnah begitu sahaja walaupun manusia mahukan kegembiraan. Kekecewaan akan sentiasa menyulami kebahagiaan tetapi semuanya terletak di tangan manusia itu sendiri. Apa yang mereka mahukan dalam hidup ini?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgslKmw1_Z-BSPetzCmlQV76caiPdXd_ERDE5Ae8F_rd1H9ka64qtQGF3NNUie-Ka4W48OziEGWs_UctAHkPs1s3VTfz7BRf_7uSG432SZ2Bx2nyjjUsq0WfnY48GA4Z_qMqWveZi4ogC8/s1600/love,kills,slowly,band,aid,deviantart,heart,photography-f19d043d8c42214facb25045fefb68e4_h.jpg

K : Apa khabar kau?
Aku : Baik. Eh, aku dah dapat kad kahwin kau 6 November ni kan rumah kau?
K : Ini yang aku nak beritahu kau. Tak jadi kahwin.
Aku : Eh, kenapa? Masalah apa?
K : Ada peribadi sedikit.
Aku : Tak mengapa kalau tak nak cakap, cuma kau tangguh bila? Aku nak letakkan dalam kalendar.
K : Kau faham ayat aku tadi? Tak jadi kahwin, bukan tangguh.
Aku : (nada terkejut) Biar betul.
K : Betul. Lagi 2 minggu nak nikah, dia dah putuskan tunang.
Aku : Bukan patutnya nikah 30 Oktober ke?
K : Sepatutnya, tapi dah tak jadi.
Aku : Ni bukan masa nak berguraulah.
K : Serius. Dah tak jadi, dia nak kembali pada kekasih lama dia, cinta pertama dia.
Aku : Ke kau ada perempuan lain?
K : Dia cinta pertama aku ya? Sila jangan lupa.
Aku : (ketawa) Maaf. Aku sematkan dalam otak sekarang.
K : Aku kalah sebagai seorang lelaki.
Aku : Jangan cakap begitu.
K : Kau tolong beritahu kawan-kawan kita. Ada yang aku telefon tak jawab, tapi aku nampak kamu semua dah menggila-gila rancang nak pergi majlis aku. Maaf sangat-sangat.
Aku : Tak mengapa. Kau lagi sakit.
K : Entahlah. Baru bertunang setahun sahaja ni, tapi jadi begini.
Aku : Cuba lagi lain kali. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
K : Ini gagal yang memalukan. Bertunang, tapi putus.
Aku : Lebih baik daripada kau bercerai kan?
K : Tahu. Cuma itulah, persediaan dah buat. Hantaran dah gubah, Mama aku tempah.
Aku : Aduhai, jadi buat apa?
K : Ada dalam bilik aku. Tengok sahajalah.
Aku : Kau sendiri pakailah.
K : Telekung segala macam tu? Gila kau! (ketawa)
Aku : (ketawa) Nah, kau boleh ketawa lagi walaupun pahit kan?
K : Siapa yang boleh berbual dengan kau tanpa ada gelak? Mesti gelak punya.
Aku : Susah nak serius kot?
K : Tolong jangan serius sebab nanti muka kau garang. Apa pun, terima kasih sebab sudi dengar aku telefon.
Aku : Tak mengapa, aku pun ada masa lapang ni.
K : Beritahu pada kawan-kawan kita ya?
Aku : Baik.

http://th01.deviantart.com/fs19/300W/f/2007/262/5/c/Love_we_Hold__by_dinmeleth2004.jpg

K dan cinta pertama yang musnah.
Sekarang dia sedang mengambil cuti, menenangkan fikiran di rumah. Malu mahu melihat masyarakat katanya. Bengang melihat bekas tunang keluar dengan muka selamba, dia gagal mengawal perasaan sebagai seorang lelaki. Kalah dirinya dengan air mata.

Aku dan kawan-kawan lain sudah merancang untuk pergi ke majlis dia. Ramai yang suka dengan pasangan itu. Comel dan sentiasa bahagia. Nampaknya di penghujung jalan, mereka tidak dapat bersama. Kesedihan ini pastinya akan dikongsi bersama oleh kami semua. Perit dan pahit, ini dugaan dan ujian buat dia.

Nota Kaki :
Perlu melangsaikan beberapa tugasan sebelum keluar menjalankan tugasan di luar. Petang ini akan pulang lewat disebabkan menjadi hakim pidato di sekolah sempena kempen bulan bahasa kebangsaan.

Zara : Acapkali, melihatkan kisah suka duka manusia di sekeliling aku membuatkan aku begitu takut, apakah aku cukup kuat untuk menghadapi ujian dalam hidup sendiri? Cinta aku belum ditemui, dan aku mahu meneruskan perjalanan ini tanpa ada sekelumit ketakutan dihati.

47 comments:

  1. semoga K sabar n tabah mengadapi ujian ni..

    ReplyDelete
  2. aduhai. semua cinta pertama.
    moga K tabah yer.

    ReplyDelete
  3. arghh..xdapat bayangkan..remuk habis hati lelaki tu. xpela..anggap ini sebagai dugaan hidup..moga dipertemukan dengan yang lebih baik lagi..aminn

    ReplyDelete
  4. dugaan utk dia..huhu~
    sedih lak bace..ta ptt tul sb ex-bf leh wat kptsn mcm tu..

    ReplyDelete
  5. K adalah seorang lelaki yang benar2 lelaki kerana dari perbualannya, saya dapat rasakan dia redha dengan apa yang jadi. Cuma, yelah. Kadang ekspresi yang tumpah dek air mata tu susah nak dielak.

    ReplyDelete
  6. waaa..kesian en.K...

    pe2 pun byk bersabar en.K..

    mungkin ada hikmah kenapa x berjodoh dgn org tu..Tuhan dah tunjukkan awal2 bagaimana perangai dia

    terluka skrg lebih baik drpd terluka selepas nikah..

    ReplyDelete
  7. pity on him..
    yahhh..
    tkut jgk since i hv a long way to go..
    i dunno wat's my ending..
    ape yg akn dilalui nnt..
    langit ta sntiasa cerah..
    tp cahaya akn mnyinar kmbali slpas hujan reda..
    mungkinnnn.........

    ReplyDelete
  8. OMG~

    tetibe rasa nak menangis baca

    serius tak tipu!

    Ya Allah, panjangkan jodoh aku ngan dia. walaupun belum bertunang...

    ReplyDelete
  9. mula2 memang akan rasa down sgat..suruh dia p bercuti...pas 2 ok arr..hadapi ngan tabah, i pun ada pgalaman cam2..

    ReplyDelete
  10. ~kesian sngt kt k..
    hope tabah lalui sume dugaan 2,
    wlupn pahit, prlu d tlan jua..
    erm, dh nk kawin xbpe lma pn leh jd cm2..
    inikan pula yg msih couple, lum tentu lg msa depan cmna kan..

    gurl ngan first love nye,,
    kdg2, smpai yg dh kawin pn xleh lupa.. erm, gurl2...

    ReplyDelete
  11. Aduhai sakitnya... lagi dua minggu... sampai hati tunang dia tu... takpe... setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. mungkin si dia akan dapat pembalasan... mungkin...

    ReplyDelete
  12. ~kesian sngt kt k.
    hope dia tabah lalui sume ni,
    wlupn pahit, hrus telan juga...

    xbpe lama ja lg dh nk kawin,
    leh plak jd cm2 kn..
    inikan pula yg couple, xde ikatan pape lg. msa dpn pn lum tntu lg.

    erm, gurl ngan 1st luve nya,
    kdg2 smpai yg dh kawin pn,
    msih xdpt lupakn 1st luvenya...

    ReplyDelete
  13. peritnya nak menanggung...
    sedangkan putus cinta pun dah terasa peritnya...
    inikan pula bertunang...
    semoga K tabah~

    ~memilih jalan untuk hidup sendiri kerana masih tak sanggup untuk kecewa lagi~

    ReplyDelete
  14. harap kawan awak tu byk kan bersabar dan doa byk2,insyallah dia akan dapat wanita yg lebih baik dari tu

    ReplyDelete
  15. dunia sebelah zara sgt mencabar... hmm.. harap k bersabar, ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  16. tkpe..
    A true guy always looking for his last,not the first...



    kot(memandai je aku)

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Pesan pada K at least Tuhan masih sygkan dia, ada hikmah tu, kawan sepejabat (perempuan) aku baru kahwin pregnant, beranak & diceraikan, lagi dahsyat..walhal ada rupa n sahsiah diri semua, penyebab? si laki menjalinkan hubungan dengan ex-gf dia balik..fyi, tak sampai setahun pun diorg kahwin..

    - axxisamril -

    ReplyDelete
  18. ehm sungguh tabah barangkali hatinya...
    dan sungguh tegar perempuan itu utk menyakiti satu hati...
    kesian pada K tp kesian lg pada perempuan itu kerna kebahagiaan sudah ada didepan mata tp maseh lg mencari kebahagiaan yg dia sendiri x pasti...
    apa pun doaku semoga k tabah...

    ReplyDelete
  19. zara,

    sedeynya kal0 jadi K. ape punya p0mpuan ni huhuhu!!!

    ReplyDelete
  20. Semoga K tabah

    sungguh tragis
    tak sanggup nak tanggung kalau ini yg terjadi

    ReplyDelete
  21. kesian Kawan tu. haih. tak apa, macam dah cakap tadi, dari cerai?

    ye dok?

    ReplyDelete
  22. soalnya ada orang tu kadang-kadang kasihnya tak dihargai.kenapa tidak diputuskan lebih awal kalau tahu kasih tu masih kuat?

    Bila aku baca yang ini aku teringat cerita di blog member aku....http://dulcetdumb.blogspot.com/2010/09/bila-gagak-buat-shit.html
    at least member kau belum sempat kahwin. kalau dah kahwin bagaimana?

    ReplyDelete
  23. giler ar dah antar kad kawen pas tuh x jadi nak kawin? pergh...malu giler

    ReplyDelete
  24. apabila dilukai..kita akn smakin mtang...dan mngenali diri kita

    ReplyDelete
  25. aduhai...
    hari yang disangka panas sampai ke petang...
    rupanya hujan di tengah hari...

    begitulah kehidupan...
    keceriaan dan kebahagiaan yang dikecapi...
    tidak akan dapat menjanjikan kehidupan yang gembira di kemudian hari...

    ReplyDelete
  26. kawan aku pun jadi camni...tp...kawan aku sniri yg putuskn tunang n g kt org lain..skit mata ni tgk... teganya dorang...

    ReplyDelete
  27. sedihnya dengar :(
    Ya Allah janganlah kau jadikan aku seperti perempuan itu

    ReplyDelete
  28. Sedih.. sedih.. Kepada K, anggaplah tuhan dah tentukan yang itu memang bukan perempuan yang setaraf ko. Perempuan yang sesuai untuk ko ada di luar sana. Jodoh di tangan tuhan..

    >>My Latest Entry<<
    Kisah Tisu

    ReplyDelete
  29. kasihannya.
    tapi mmg better daripada dah kawin tapi bercerai kan.
    actually he deserve the better one!
    yang setia macam dia.
    =)

    ReplyDelete
  30. sabar la..k..
    biase la..2, kte merancang
    tuhan yg akn menentukan...
    mgkin tyhan da tetapka yg lg baik n lg sempurna dr die tuk k...
    ya...sy taw...
    mgkin sukar nk melupekan...
    yela...nk sayang owg mgkin dlm mse 1 jam pon bleh...tp nk lupe owg???
    mgkin seumur hdop....
    ape2 pon...tabah..
    anggap ni pelengkap hidop awk...
    saya pon same...
    redha dgn pe yg berlaku...

    ReplyDelete
  31. tumpang simpati...ada jodoh yg lbh baik Allah tlh sediakan utknya...

    ReplyDelete
  32. ada org yg tabah dan ada yg sebaliknya

    ReplyDelete
  33. Kasihannya kat dia...
    harap dia tabah ye. jodoh tu di tangan Allah, kita xleh nak bantah. apa pon, harap dia tenangkan diri sebaik mungkin...sgt2 kesian

    ReplyDelete
  34. Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.

    to K, everything happen for reason. maybe DIA nak bg yg lebih for you in the future. take care..

    ReplyDelete
  35. salam.

    awak,entri ni sama dengan hotchat hotfm.

    berubah hati di saat saat terakihir bila dimana semua persediaan telah tersedia.memang sakit kan?

    anyway,kali pertama singgah disini.sangat menarik :)

    ReplyDelete
  36. snggah dari blog che arm..

    sedey nyer!!! walau dia lelaki tapi terluka tetap terluka........ argh!!!! takut nak kawen!!!!!

    ReplyDelete
  37. :Z:salam..
    sabar jelh K Allah lebih sygkn hambanya yg bsbr.sy p0n penah mgalami peristiwa pahit yg x pernah sy bygkan..tp alhamdulillah keajaiban yg sy 2ggu slm ni akhirnye mjd kenyataan.

    ReplyDelete
  38. Hantaran itu simpan sahaja atau jual sahaja pakej hantaran melalui talian (online).

    Bersabar dan bertawakal.
    Allah dh tetapkan seorang jodoh yang lebih baik dari yang ada sekarang. Alhamdulilah sekarang saya hidup bahagia dgn isteri tersayang sekarang.

    Dulu walaupun pinangan ditolak, masuk balai dan abah ma pernah dimalukan oleh family perempuan, namun kini baru saya tahu apa yang Allah sudah sediakan untuk kita di atas segala kepahitan itu.

    Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat? Then you better read this!

    ReplyDelete
  39. betul...cinta itu membunuh secara perlahan...sakit..perit...moga tabah k...moga tabah hati ini...moga tabah kepada semua...

    ReplyDelete
  40. cinta pertama mmg menakutkan....
    disebabkan takut kecewa pada kali pertama...
    aku x sanggup hadapinya...
    kerna dikelilingi oleh environment yg byk terluka dgn cinta pertama...

    ReplyDelete
  41. Salam.

    eheh!takutnya. semoga K kuat:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)