Pages

Sunday, April 25, 2010

Sakit Tetapi Menggembirakan. Kaki, Tangan Serta Leher Dipenuhi Tembakan


Salam Ahad semua.
Apa khabar semua yang aku sayangi sentiasa?
Moga dalam keadaan gembira.

Aku baru pulang dari Melaka.
Bermain bola cat (baca : paintball) yang telah bertukar menjadi bola kesakitan (baca : painball)
Ketawa.
Gembira walaupun agak cedera.

5 di kaki kanan.
2 di tangan kanan.
1 di tangan kiri.
1 di pipi kanan.
1 di leher (paling sakit!)


Ini kecederaan di lengan kanan.
(Yang sudah bertukar menjadi biru tatkala aku menulis ini)

Oh, memang sakit wahai pembaca.
Tapi entah kenapa terselit perasaan bahagia dan gembira.
Mungkinkah aku sudah melepaskan tekanan aku di situ dengan jayanya.
Dan aku sedang melengkapkan bab terbaru LCA.
Doakan aku berjaya ya?

Sandaran Hati Titanium Megah

Meneliti kepingan gambar kenangan beku masa.
Setiap ekspresi itu buat aku senyum gembira.
Senyuman itu membuat aku boleh keluar melihat dunia.
Takdir menemukan urat karya demi kesinambungan bangsa.
Luapan rasa bangga membuatkan tinta bernyawa.
Tidak, bukan untuk sesiapa.
Tapi untuk kita.
Untuk kepuasan jiwa.
Salutan titanium megah dioksidakan cinta.
Lautan direnangi kerana kita percaya.
Dugaan itu bakal mematangkan usia.
 Dan Allah tidak akan pernah meninggalkan hambaNya.

Entah mengapa aku menulis puisi lagi
Pendek sahaja, luahan rasa hati dalam menelusuri hidup ini.
Menerjah ke gunung bersulaman jiwa seni.
Aku tidak mahu kekal di sini.
Meneluku di serambi.
Santai dan senyum sendiri.

Nota kaki :
1. Kaki sudah cedera.
2. Menyiapkan tugasan sekolah.
3. Mendapat berita bakal berpergian lagi.
4. Dia sudah pulang - menerima pesanan ringkas sebentar tadi.

Zara : Kesakitan yang dialami memudarkan sedikit kesengsaraan batin yang dialami. Tidak, aku bahagia dan gembira dengan hidup aku, cuma batin sedikit meronta bila aku sudah payah untuk berkarya. Itu sahaja.

19 comments:

  1. Kecederaan yang agak teruk.....
    tapi lengan itu dikira aurat kan?

    ReplyDelete
  2. Adziim :

    ah, aku terkhilaf.
    terima kasih atas teguran.

    ReplyDelete
  3. mcm love kiss je rupanya.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. loh!! kenapa tak taruk gambar anda bergaya bersama senapang nya lagi pelurunya malah bebelon yg sepi ditengah padang tu?

    heheh anda pasti bergaya :D

    sakit woo !! pocket pernah rase ^^
    282. ShootingSunday

    tp terasa macho bagaikan budak dah menjadi dewasa sikit kan heheheh:D

    ReplyDelete
  5. ni hang main paintball ke atau tadah diri tuk di paintball? cam hang bukan main jek sampai 10 das tembakan!! hahaha

    dah cam hang jadi kubu pertahanan jek camni gayanya! hahah

    ReplyDelete
  6. Dear,
    Sure sakit..
    kak lyn teringin tul nak main paintball ni.. tapi mengenangkan sakit kena tembak cm tu.. terpaksa lupakan jer

    ReplyDelete
  7. huwaa seram badan tgk lebam uh!!!isk

    ReplyDelete
  8. awww awww anda kelihatan panas begini haha

    ReplyDelete
  9. halamak...ini telah mengingatkan daku pada seseorang...

    ReplyDelete
  10. ouch.
    sbb tu aku x nk main bnde tu...

    ReplyDelete
  11. kalaw aku yang kena tu..habisla org yang tembak,aku tembak pakai senapang gajah...

    ReplyDelete
  12. dasyat la kakak...

    tp anith mmg teringin nk men paintball!!!

    ReplyDelete
  13. ye.. dapat rasa mesti sakittt.. ouchh!!

    ReplyDelete
  14. pernah main paintball sekali je =P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)