Pages

Wednesday, March 10, 2010

Ini Bukan Halaman Artis Untuk Kamu Puja Atau Hina. Ini Dunia Sebelah Zara - Pencinta Diri Pengaut Bahagia. Bukan Tempat Citra Penyelamat Durjana!


Salam semua.
Hari ini aku bercuti.
Cuti yang indah setelah aku menjemur diri bersama warga sekolah sepanjang hari.

Pagi-pagi mendengar suara Bunga Jiwa sudah bikin hati aku bertenaga.
Dia sihat dan aku sudah cukup gembira.
Tidak, aku tahu aku tamak, aku mahu sesuatu yang lebih banyak dalam ulit bahagia.
Nah, berhenti, ini sudah cukup perkongsian rasa.

Aku fikir pembenci sudah tidak wujud lagi.
Sudahlah Citra Penyelamat.
Aku sudah penat membaca catatan kamu yang langsung tidak membina.
Sudahlah - ini bukan dunia tempat kamu muntahkan isi kebencian merata.

Aku menjelir sebab kepanasan. Maafkan muka nakal.

Dunia nyata yang aku tempuhi sudah terlampau banyak onar cabarannya.
Tidak perlu kamu tambahkan dengan najis celaka yang langsung aku engggan hidu aroma.
Diri aku sudah terlalu penat dengan kesakitan dunia.
Biarkan aku lari ke arah maya.
Dapat juga aku peluk jiwa.

Aku juga benci untuk menghalang struktur ayat-ayat dengan pengesahan dan aksara.
Buat dua kali kerja, aku bukan manusianya.
Aku seorang yang mudah dalam mengurus segala.
Kalau kamu jirus minyak, aku makin menyala.
Marak sampai aku hilang rasa.

Salahkah aku cuba mengaut bahagia?
Salahkah aku cuba kongsikan pada mereka yang membaca?
Salahkah aku bercerita pada mereka yang setia.
Cukuplah kamu hentam aku di penulisan sebelum ini.

Darah Mengalir Deras, Adrenalin Memuncak Laju, Jantung Menendang Hebat Tatkala Reben Merah Diikat Tanda Kasih Tercipta.

Sudahlah.
Coretan komen kamu langsung tidak membina.
Perlukah aku pamerkan siapa Bunga Jiwa?
Tidak.
Sebab jiwa kami, kami rasa bersama.
Biar kami sama-sama cipta bahagia.
Orang lain tidak sibuk bertanya, kamu pula kononnya penyelamat segala.
Sudahlah.

Ada kerja yang aku perlu lunaskan.
Tidak guna menulis lebih panjang lagi - supaya ia tidak dibajai sesuatu yang keji.
Hati mula mengomel, tapi aku enggan menyumpah kerana ia tidak seni.
Ketawa geli hati.

Zara : Pelik dengan orang yang membenci tetapi masih cuba-cuba menjengah ke sini. Apakah itu tandanya suka tapi benci? Rindu masuk walaupun sekadar untuk mengeji?

12 comments:

  1. heheee.ketawa sahaja itu yg penting ok kak zara?
    :D

    ReplyDelete
  2. CMH,
    kena tabah lah macam tu,
    jangan dilayan sangat.
    bila dia nampak kita layan,
    dia makin menjadi-jadi..

    CMC

    ReplyDelete
  3. wooo..jelir-jelir teringat ular sawa time gathering aritu...muehehe

    ReplyDelete
  4. tiba2, perkataan andrenalin digunapakai... sempena lagu FT kah ??

    ReplyDelete
  5. ada ajer yang dengki, ntah pape eh....

    ReplyDelete
  6. ignore what people said...
    those damn people can't control your life...
    u hv your own rite

    ReplyDelete
  7. Citra Penyelamat IIMarch 10, 2010 at 5:43 PM

    eleh.

    ko hanya berani menulis.

    aku nak bukti.

    mana dia lelaki jiwa itu?

    ReplyDelete
  8. gamabr itu agak nakal seyh/
    lau students kamu tgk
    abes gelak bagai..
    :)

    ReplyDelete
  9. To all M.U.F.C

    Jangan lupa liveblogging m.u vs ac milan at erk888.blogspot.com
    3.30 pagi ini
    GGMU!!!

    ReplyDelete
  10. itu fanatik paling dikagumi hahaha

    ReplyDelete
  11. rasa2nya yang membenci tu lah yang paling menyayangi...habislah kamu zsra :p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)