Pages

Sunday, March 14, 2010

Dari Kerusi Hijau Ke Gigitan Biskut Cinta Ke Kek Cawan Bahagia - Kini Kembali Ke Kerusi Hijau Yang Cuba Dicerobohi Oleh Pemilik Sarkas Yang Ceria!


Salam pagi Ahad semua!
Apa khabar kalian hujung minggu ini?
Aku sedang menunggu Bunga Jiwa bangkit dari ranjangnya.
Ada sesuatu yang mahu dikongsi dari hati.

Terima kasih buat yang menyedari betapa comelnya bahagian atas blog aku kini.
Eh, sebelum ini bukankah benda yang sama juga?
Ah, ada yang menyedari kegilaan aku menukar kepala (baca : header) blog kebelakangan ini.

Helmi,Zara,Green Couch,Love,Friendship,Blog,Circus
Kepala blog yang baru.
Ada orang sudah berani menceroboh kerusi hijau.

Terima kasih buat teman aku, si pemilik sarkas di dalam gambar itu yang buat aku ketawa gila selama dua jam malam tadi.Walaupun berlainan benua, terima kasih kepada teknologi yang mendekatkan persahabatan kami.

Pemilik sarkas : Mana gambar kerusi hijau?
Pemilik dunia : Alamak, aku baru tukar sistem operasi (baca : OS) pada Tetingkap 7 (baca : Windows 7). Gambar hari itu hilang. 
Pemilik sarkas : Kau memang sengaja kan?
Pemilik dunia : Nanti aku cari dengan gigih sekarang.

Ya, setelah aku cari dengan gigih dan tabah secara menggila, aku jumpa dan hantarkan laju-laju pada dia.Pemilik sarkas merangkap bakal doktor perubatan itu juga dengan selaju mungkin menambah baik gambar tersebut. Hasilnya, seperti yang kamu lihat sekarang ini.

love,biscuit,red,heart
Biskut cinta ini perlu dimakan ketika duduk di atas kerusi hijau.
(sambil mata tercari-cari di mana Bunga Jiwa)

Love,Apple,Cupcakes,Zara
Kek cawan masih belum disediakan.
Eh, siapa yang sudi untuk melutut dan memberi di hadapan?
Aku akan berikan sekuntum senyuman.

*******

Sebenarnya, ada lagi yang buat aku gembira selain berbual di atas talian dengan pemilik sarkas.
Berbual sambil tengok aksi gila masing-masing menggunakan kamera sesawang (baca : webcam).
Banyak perkara yang dikongsi bersama dan aku sudah menunggu entah berapa lama untuk berbual dengan pemilik sarkas ini (sambil berbual, Bunga Jiwa aku muncul, dan  aku bertukar-tukar pesanan dengan dia).
Harus menunggu hujung minggu kalau aku tidak mahu tertonggeng mengantuk.
Ketawa.

Siapa pemilik sarkas?
Siapa pemilik dunia?

Dari Newcastle Upon Tyne ke Serom Dua, kami persembahkan.


Ini baru minit ke 07 : 54 di Skype.
Sebelum itu entah berapa minit di YM.
Tetapi malam tadi YM cari pasal.
Sengaja mahu cari gaduh pada aku.

Aksi itu memang benar.
Aku ketawa agak berlebihan di situ.
Ada aku kisah?
Itu ketawa kerana sesuatu berlaku di luar dugaan.
Apa dia?
Rahsia.


Ini muka kegembiraan (dan juga kekejangan) setelah hampir dua jam di Skype.
Pemilik sarkas duduk atas kerusi kayu - entah apa nasib punggung dia.
Pemilik dunia duduk atas ranjang merah - entah apa nasib pinggang dia.
Ketawa.

Pemilik sarkas ku sayang, aku sudah pastikan ini gambar-gambar kelihatan kurus (walaupun hakikatnya kamu memang kurus). Mata aku kelihatan bengkak macam panda ketika aku menulis ini. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada aktiviti aku hujung minggu yang berlangsung dengan jayanya. Aku kelihatan sangat jelas terbakar di dalam kamera malam tadi. Geram!

Terima kasih pemilik sarkas.
Bila kita nak menggila lagi?
Senyum.

********

Bangun pagi ini aku menerjah ke rumah keluarga bahagia aku.
Alhamdulillah, ada sesuatu yang menarik sudah berlaku.

Pantas jari menekan kekunci telefon genggam dan utus pesanan ringkas buat Bunga Jiwa.
Dunia kita hampir bersatu atas nama seni yang indah dan bahagia.
Ayuh bangkit Bunga Jiwa!
Ada hati yang sedang menanti penuh rasa rindu membara.
Ada seseorang menunggumu di sini - dia yang bernama Cinta.

Siapa sebenarnya Bunga Jiwa?

Zara : Sedang meneruskan usaha mengarang Bab 4 Legasi Cinta Alisia. Ah, payah juga mahu menggarap kewujudan Syahmi Hanis di sebalik kekuatan Alisia Rayyan dan Danish Aryan.

31 comments:

  1. Kerusi hijau dah ada orang.
    Boleh tukar jadi kerusi pelamin pula.

    ReplyDelete
  2. patut la orang suka masuk sini.
    gaya bahasa dasyat!
    tak terjangkau akal aku

    apa pun;
    moga kerusi hijau dan pemiliknya sentiasa bahagia :D

    oh termasuk pencerobohnya

    ReplyDelete
  3. akak. ini kah chenta nya?
    smoga bhagia slalu =)

    ReplyDelete
  4. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    Kalau tak comel, tak boleh jadi penulis blog berjaya katanya~

    hahaha~

    ReplyDelete
  5. Mimpi :

    Kerusi pelamin tunggu Bunga Jiwa~

    =]

    ReplyDelete
  6. Helmi Razali :

    Selamat malam pemilik sarkas!

    hehehe~

    ReplyDelete
  7. TMUkmkd:

    hahaha~
    Terima kasih~
    aku anggap itu pujian~
    boleh?

    =p

    ReplyDelete
  8. cik ian@aH Lian~:

    aduhai~

    bahagia dengan siapa?

    Bunga Jiwa bukan pemilik sarkas kak~

    ReplyDelete
  9. CikGadis:

    Chentanya si Bunga Jiwa.

    Bukan pemilik sarkas meriah itu~

    ReplyDelete
  10. bangun tidur terus on laptop mencari bingkisan terbaru zara.
    dan ia, kamu buat aku tersenyum sendirian di pagi ahad dgn kisah si pemilik sarkas.

    ReplyDelete
  11. oh.. baru aku tau cerita sebenarnya!

    ReplyDelete
  12. kalau tak de kerusi pun kak jie masuk..cuma kadang2 tak tulis komen saja..jari2 dah bersenam kat keyboard...dah runcing...haha

    ReplyDelete
  13. cara penulisan yang amat2 menarik :P

    ssh nak paham .hehehe

    ReplyDelete
  14. hahaa..
    wah.dunia sebelah zara dah semakin meriah dengan kehadiran si pujangga..hee;)

    ReplyDelete
  15. bertuahnya jadi biskut...kena giget

    ReplyDelete
  16. alolo.
    ada bau2 cinta ye.
    ahha.
    moga bahagia k?
    ;D

    ReplyDelete
  17. sekarang dah letakkan blog nieh menjadi blog cinta pulak. Alhamdulillah:)

    ReplyDelete
  18. wah....gembiranya kamu..
    aku cemburu sungguh!

    ReplyDelete
  19. lamanya zara ber-skype.. x penat ke? haha..

    ReplyDelete
  20. wah kak z bermain dengan kamera sesawang!sangat chumel!
    banner tuh pun kiut giler~

    ReplyDelete
  21. Balik umah mak? Patutlah belasah makan Asam Pedas sampai seperiuk..hehehhee...

    ReplyDelete
  22. @zara boleh! memang niat dihati puji pun bukan tukut (baca: kutuk) :D

    ReplyDelete
  23. wahhh ada sesuatu sedang berputik:)

    ReplyDelete
  24. aku nak kata comel juga, tapi since ramai dah berkata demikian...

    aku postpone dulu lah..haha

    ReplyDelete
  25. wah3.. skype siap beria ikat selendang. haha.
    sarung tudung ekin je dah. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)