Pages

Friday, February 19, 2010

Tiada Cakaran Harimau, Sentuhan Gemalai Atau Sarung Kaki Jarang Di Sini. Ini Contoh Anak Mithali Jika Bapa Anda Punya Mukabuku Sendiri.


Selamat datang ke bahagian perancangan keluarga.
Disebabkan ini adalah malam Jumaat, maka pengisian seharusnya bercorakkan kekeluargaan.
Oh, tiada cakaran harimau atau sentuhan lemah gemalai serta sarung kaki jarang di sini.
Betul, tidak ada.
Jangan degil.
Sila jangan cari.

http://www.sockdreams.com/weblog/wp-content/uploaded_images/2008/05/fishnets-raubynn.jpg

Ketawa.
Gambar di atas kelihatan seperti kurang menyeronokkan.
Abaikan gambar kerana itu bukan milik aku.
Sumpah bukan.

Kejadian bermula bila tuan ketua keluarga sudah tahu serba sedikit apa itu Mukabuku.
Ralit baca di surat khabar agaknya.
Atau mungkin iklan di kaca televisyen memang membantu.
Jangan salahkan media - itu kerja mereka.

Abah : Ni macam mana nak hubungi Ustaz ni?
Aku : Oh, Ustaz Zahazan?
Abah : Ya, dia guna Mukabuku.
Aku : Oh, guna akaun Along sahaja lah. Tapi akaun sekolah.
Abah : Bolehlah, tapi bagi Abah tulis.
Aku : Ya, silakan.

Abah hantar pesanan pada Ustaz Zahazan guna akaun Mukabuku rasmi aku.
Ya, akaun yang kamu semua dilarang masuk itu.
Ketawa.

Abah : Nanti kalau dia balas macam mana?
Aku : Nanti Along beritahu Abah.
Abah : Kalau macam itu, tolong buatkan Abah satu Mukabuku. (cara cakap macam suruh buat kopi)
Aku : Ha? Nak juga ke?
Abah : Orang lain ada, nak juga.
Aku : Boleh-boleh.

Maka, anak mithali ini buatkan akaun Mukabuku untuk bapanya.
Terangkan apa yang patut. 
Ajar satu-satu.
Jangan ajar main permainan mengarut dalam Mukabuku.
Nanti ketagih.

Masa aku di sekolah, menerima panggilan dari Abah.

Abah : Along, Abah tengah buka Mukabuku. Apa alamat surat elektronik (baca : email) Abah?
Aku : Nanti Along hantar pada Abah. Siap dengan kata laluan (baca : password) sekali.
Abah : Cepat-cepat.
Aku : Ya, baik.

Sudah ada petanda bahaya, tetapi aku masih gagal menghidunya.
Balik rumah, Abah beritahu dia sudah beritahu pelajarnya dia juga ada Mukabuku.
Aku tepuk dahi, geleng kepala.
Senyum sambil ketawa.

Abah : Suka betul masukkan gambar ya? Gambar kek hari lahir Adik pun Along masukkan juga. Macam-macam gambar ada.

Saat itu memang aku tersentap.
Tercium gejala bahaya.
Tindakan segera harus diambil.
Tangguh-tangguh, asyik terlupa.
Tapi tadi akhirnya pemikiran kembali menjelma.

Cara anak mithali (yang tiba-tiba berfikiran keji)
Buka akaun Mukabuku Abah.
Pergi ke Rumah (baca : Home)
Nampak nama sendiri - Shafaza Zara Syed - tekan sembunyi (baca : Hide)
Nampak halaman peminat Dunia Sebelah Zara - tekan sembunyi lagi.
Ya, misi berjaya.

Tahniah Zara.
Guling-guling.
Lompat-lompat.
Eh, ini untuk kebaikan kita bersama juga bukan?
Ketawa.


Yang penting, lepas tengok poster, teruskan mengundi di sini  dan sini. Sila undi setiap hari.

Zara : Kepenatan dan entah sejak bila lupa bahawa diri ini sudah tidak berpunya. Eh, apa maksudnya? Terlupa juga yang bakal menjadi ibu angkat untuk anak keempat tidak lama lagi.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

25 comments:

  1. ehehe ooo mukabuku tu facebook ye..jenuh nak paham tadi...


    ehehe akak ada petua tuk mlm2 jumaat gak...sila sila terjah kalo nak tau petua...

    http://mdm7781.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. gua orang yg pertama...???


    gua... err... hmmm... abang dah tengok mukabuku Pak Syed Yusof tadi, cuma tak berani nak request jadi menantu, oops!

    jadi rakan... walaupun ada pepatah menyebut, kalau ingin anak, dekati dulu abahnya. hehehe...



    lagu di sini, sila tukar kepada 'love is all around' dari group wet wet wet... boleh tak???

    ReplyDelete
  3. ahak ahak..
    simpan rahsia yer..??
    samer laa kiter..
    saye dah privetekan dah semuanya pasal mukabuku saya..
    tak rela diadd oleh cikgu selagi tak abih sekola..
    T_T

    ReplyDelete
  4. skng ni tlampau rmai family join.. nk grau2 truk dgn kwn pun ssh.. smpai kn terpakse hide kn status kite.. :(

    ReplyDelete
  5. zara, ko rahsiakan semuanya ya? Aku failed la. Dulu tersilap cerita kat abah ada blog. Harap-harap dia lupakan url blog aku ni.

    *mahu peluk kamu jugak!*

    ReplyDelete
  6. senasib la kite kak.
    Abah juge dah ade fb,ngn adik2 pun ade.tiada privasi .huhu
    btw,lagu rain.suke!

    ReplyDelete
  7. haha! pandai ye cikgu? kejap lagi saya hantar mesej kat ayah cik zara bagitau pkara sebenar! hehe.

    ReplyDelete
  8. ahha.
    nasib la.
    sepandai-pandai tupai melompat, aku pun pandai gak melompat.
    boleh?
    hehe.

    ReplyDelete
  9. hahaha..papa eny daq baca blog eny da..kena tapis2 :D

    ReplyDelete
  10. sindrom mukabuku tak mengenal usia. banyak pengisian di sebalik mukabuku sebenarnya. tapi banyak juga kelalaiannya. bergantung pada individu. nice blog + entry :)

    ReplyDelete
  11. haha~ pandai sembunyikan awal2 dari ayah.
    mencegah lebih baik kata orang.

    ReplyDelete
  12. adeh... ya ya... undi jangan tak undi... hehehe


    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete
  13. Hahaha!

    Guling-guling aku baca.Ish2..daddy ko.haha!

    Jht gak ko ek? Sorok fb sendiri huhu...

    ReplyDelete
  14. BTW, gmbr tu menyakitkan mata aku lah..

    ReplyDelete
  15. menarik...satu family join mukabuku..boleh buat family page tu hehehe

    ReplyDelete
  16. haha
    berjaya jugak ya sorok?
    hehe
    kebijaksanaan cg tiada tanding taranye
    ;)

    ReplyDelete
  17. jahat jahat jahat!
    hahahaa
    tapi aku sokong kamu la kak.
    sbb aku akan buat mende sama kalau abah aku ada fb.
    :D

    ReplyDelete
  18. hahaha
    lawak betul baca entry nih

    ReplyDelete
  19. abah chegu pesan dulu, jangan sampai kena tangkap dahla buat blog ni

    ReplyDelete
  20. haha...jangan lepas ni ada pula dunia sebelah syed...gempar lagi dunia! =]

    ReplyDelete
  21. sangat sexy kaki itu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)