Pages

Tuesday, February 02, 2010

Saya Tahu Saya Artis. Sila Beratur Dan Dapatkan Cop. Kalau Tiada, Saya Tidak Mahu Tanda Autograf Ya?


Bila pelajar sudah berdiri mengelilingi aku dan menghulurkan buku untuk ditanda, memang sumpah rasa macam penggiat seni yang berjaya dan terkenal di seantero dunia.
Sumpah, memang terus jadi penggiat seni yang terkemuka.



Bukan calang-calang artis ya?
Ada lapan jenis muka cop yang bakal tercatit di buku pelajar.

Teruskan usaha.
Ada peningkatan.
Telah disemak.
Baiki tulisan kamu.
Cuba lagi.
Baik.

Hebat bukan?
Peminat setia sentiasa mengerumuni.
Mana yang culas, nah, dapat yang lagi hebat.

Sila jumpa saya.
Siap dengan nama penuh artis bersama nama ketua keluarganya.
Ketawa.
Indah.

Siapa mahu tanda tangan penggiat seni ini?
Sila beratur ya?
Jangan berkerumun.
Nanti saya panas.
Ketawa.
Gila angan sungguh.

Zara : Mahu ke kelas dan selepas ini ada latihan rumah sukan. Laksamana, sila dapatkan juara!



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
  Terowong Kecil Cinta Zara ?

18 comments:

  1. hoho.. ku ade satu cop je...... cop jawatan je..

    ReplyDelete
  2. hehehe..best kan main cop2

    ReplyDelete
  3. giler ah ko kak.
    neh fes time aku jumpe cekgu yg ade cop2 bagai.
    dasat!


    *cop ade 5 bintang tak ada?*

    ReplyDelete
  4. huhu paling tak suka kalo yang berdakwat merah sila jumpa saya tu..tp ade gak dedulu dapat 3 ke 4 bintang

    ReplyDelete
  5. nak sign!
    tak mo cop2....
    hahahahahahaha...............

    ReplyDelete
  6. teringat zaman skola buat nota cantik2

    ReplyDelete
  7. saya nak cop bintang cikgu.
    tulisan saya kat komen cikgu ni kemas kan macam ditaip taip saja.. hehe walaupun saya tulis tangan :p

    ReplyDelete
  8. nanti nak mintak cikgu sign buku saya jugak yer...

    ReplyDelete
  9. perghh popular jadi cikgu nie haha

    ReplyDelete
  10. hahaha....bagus betul la zara...
    siap buat cop satu2 lagi tu...gempak!!! cj dulu jarang sangat dapat cop....tandatangan cikgu dapat la...
    baik tu jarang2 ja dapat....tapi suka subjek seni masa sekolah rendah...ada dapat bintang...twink..twink!!!!

    ReplyDelete
  11. hahaha..
    artis pujaan saye semuanya sain gune pen merah..
    takdenya dier nak sain gune cop tuh..
    kecuali cop name..
    hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)