Secara jujur, setelah menulis blog secara tegar selama lebih setahun, boleh dibilang berapa orang sahaja penulis blog yang aku pernah temui. Ada yang sengaja datang berjumpa, ada yang kebetulan singgah kerana urusan kerja dan ada juga yang bertemu disebabkan kami di bawah satu bumbung pengajian yang sama.
Kekangan demi kekangan dihadapi menyebabkan aku entah berapa kali tidak dapat menyertai perhimpunan penulis blog yang aku suka. Terima kasih pada mereka, aku tetap dapat membeli sesuatu walaupun aku jauh. Senyum. Ya, kami penulis blog yang sentiasa mesra.
Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, aku diterjah oleh seseorang.
Terima kasih, aku kena tipu lagi.
Pemanggil : Salam. Ini Cikgu Zara ke?
Aku : Ya, saya.
Pemanggil : Cikgu, saya nak beritahu anak saya tak dapat datang ke sekolah. Tiga hari dia tak boleh datang ke sekolah.
Aku : (dalam hati - bila aku beri pelajar nombor telefon aku) Anak pakcik? Siapa nama dia?
Pemanggil : Maria Odessa (begini lebih kurang bunyinya).
Aku : Eh, siapa ini? Jangan main-main.
Pemanggil : (Ketawa)
Aku : Siapa ni?
Pemanggil : Ini Hazrey lah. Bapak Gula-gula.
Tahniah Zara.
Anda kena tipu lagi.
Padan muka, siapa suruh format telefon genggam dan hilang nombor semua orang?
Sedih.
Berbalik kepada kisah tadi, Hazrey atau lebih mesra dipanggil Bapak Gula-Gula mahu mengadakan satu pertemuan penulis blog. Eh, anda tidak kenal dia? Mungkin anda tidak menonton televisyen. Tidak mengapa, dia memang suka merendah diri. Aku pernah jumpa dia sebelum ini. Memang semanis nama dia. Eh silap, isteri dia lebih manis. Sila baca SINI untuk lihat kertas cadangan maya dia. Senyum.
Selain dia, yang mungkin akan turut serta adalah Mazidul Akmal Sidik. Cadangan dia adalah lebih hebat. Mahu perhimpunan penulis blog (baca : blogger) dicatatkan di dalam Buku Rekod Malaysia (baca : Malaysian Book of Records). Kamu boleh baca penulisan dia mengenai hal tersebut di sini. Ada beberapa nama juga yang disebut bakal menjadi tuan rumah seperti Ondscene dan sebagainya. Berita lebih bakal ditulis selepas mendapat pengesahan daripada Bapak Gula-Gula dan sekutunya. Ketawa.
InsyaALLAH, kalau tiada aktiviti sekolah pada minggu hadapan, aku mahu juga ke sana. Sesiapa yang punyai kesempatan dan mahu berjumpa, silakan sahaja, Oh, ini tidak mengira anda adalah penulis blog ataupun tidak. Semua dijemput hadir.
Tarikh : 06 Mac 2010.
Tempat dan Masa : Sekitar Kuala Lumpur atau Selangor.
Akan dipastikan kemudian. (boleh baca di sini untuk lihat cadangan aktiviti)
Akan dipastikan kemudian. (boleh baca di sini untuk lihat cadangan aktiviti)
Doakan sahaja 6 Mac 2010 ini tiada aktiviti sekolah ya?
Kalau kamu semua punya kesempatan nanti, mari kita memeriahkan acara ini.
Sungguh mahu jumpa kamu semua.
Betul.
Senyum.
Akan menulis tentang ini lagi selepas mendapat pengesahan tempat dan waktu daripada mereka yang terlibat secara langsung. Kalau kamu berminat untuk menyertai, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen. Sayang kamu semua.
Peluk.
Zara : Masih keletihan dan sangat bersyukur esok adalah cuti umum buat semua. Punya masa untuk membuat kertas ujian sekolah dan sedikit projek terbaru bersama beberapa orang penulis blog terkemuka.
Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?]
nak ikut.....boleh ke??? tp segan
ReplyDeleteerr..
ReplyDeletesaye takleh..
jauh..
400 km..
saper nak bawak..
T_T
saya yang beribu km jauhnya..
ReplyDeleteada sponsor tiket?
saya jauh..
ReplyDeletealaahhiiii mahu joinn
alahai kalau boleh saya pon nak jumpa kak zara dan blogger lain. tapi, ahad tu ada event kat uni. hmph~
ReplyDeletekirim salam pada semua blogger, kalau kak zara pergi, ya?
^_~
event hari ahad, tapi sabtu dah mula sibuk.
ReplyDeletemacam2 kerja nak buat.
hmm~~
6 mac ary pe eh..huhu
ReplyDeleteCikgu Zara, saya telah link your blog from mine (baca: bodek).
ReplyDeleteJangan garang, saya dahulu masa tingkatan 5, asyik kena berdiri di luar kelas hanya kerana terkeluar ayat ...
"Cikgu seksilah"
Ada ke patut, kita complmented a teacher bukan kutuk dia.
nk ikut2..nnti gtau r temptnya ye
ReplyDelete6 Mac? Hari Sabtu ke....Aku kerja half day...x dpt nk menyibuk kot.
ReplyDeletewah mcm menarik aje..
ReplyDeletepenulis picisan cam akak leh ke datang.. ahh malulah :p
ReplyDeletelor, gw tuh duk jau d tanah seberang.
ReplyDeleteg mn yah?
gw jg ngan nggak tau malunya mau join nie non zara.
tp, myb gw lg nggak ada rejeki.
ohohhoho
-_-
kl or selangor InsyaAllah aku boleh join. jom.jom.jom.
ReplyDeleteoh..kalau aku pergi..orang akan kata "siapakah budak ini...tak pernah dgr pun nama"
ReplyDeletehaha
cikgu..nanti gtaw awal2 eik ktne..nk join r!
ReplyDeletebest ni
ReplyDeletemcm menarik je bunyinya...mudah2an ada kelapangan... =D
ReplyDeletekalau aku free blh turun
ReplyDeletedapat jumpa ko
pocket nak gi!!
ReplyDeletepocket nak gi!!
tp mcm kena keja tuu,
ada launching yg tak buleh ku tinggalkan..
alahaaaiiiii...
tgk nanti, kalau buleh pocket join,
akan ku update:D
macam besttt jer:)
ReplyDeleteala..on that day,kena g kenduri kahwin..huhuuhu
ReplyDeletemm...kl eyh?
ReplyDeletesusah la sket nk gi but i will support it..
good luck!
nak join..hihi
ReplyDeleteInsyaallah kalau takder aral... :)
ReplyDeletesalam kunjung...hmm...menarik jugak tu...utk merealisasikan perhimpunan terbesar blogger itu...rugi klu tk amek bhgn...tpiiii..... acik ader family day pada tarikh tu kat podeksen.....adoyaiiii...!!
ReplyDeleteJoin2..
ReplyDeleteKompomkan tempat ye..
(t.t) Malaysia itu terlalu besar ~
ReplyDeleteita nak gi.nak jumpe zara, naz n lots of my adore bloggers.hehe..zara, kamu pergi sendiri?nak join ita?seganla sowg2..huhu..
ReplyDelete