Pages

Saturday, February 20, 2010

Pengakuan Eksklusif : Ada Teman Lelaki Dan Teman Wanita Bukan Bermakna Zara Adalah Seorang Biseksual. Mencari Laman Sesawang Bank Sperma?


Wanita muda yang suka bermain (baca : playgirl)
Gilakah aku kerana diberi gelaran sebegitu.
Diam.
Tampal senyum pada muka.

Sesiapa yang sudah biasa dengan persekitaran Dunia Sebelah Zara pasti telah mengerti bahawa sesungguhnya aku sering (dan amat gemar) menterjemah segala perkataan yang di dalam bahasa kedua ke dalam bahasa kebangsaan Malaysia. Ya, itu memang tujuan mengapa aku menulis di sini. Jika aku mahu menggunakan juga tatabahasa yang diperlukan, aku akan menggunakan tanda tertentu untuk menunjukkan bagaimana ia perlu dibaca dan digunakan.

Diam.
Istilah aku adalah seorang biseksual adalah sesuatu yang agak dangkal untuk dilemparkan oleh manusia yang tidak mengenali siapa itu Zara dan apakah yang sebenarnya berlaku dalam Dunia Sebelah Zara. Teman wanita adalah kawan-kawan perempuan yang aku cinta, manakala teman lelaki adalah kawan-kawan lelaki yang aku suka.

Oh ya, mengapa aku menggunakan perkataan teman wanita dan teman lelaki?
Teman adalah manifestasi tinggi dalam erti kata melampaui maksud kawan itu sendiri. Kawan adalah terlalu umum dan kurang menampakkan ada ikatan yang dikongsi lebih dekat, tautan dua hati itu sendiri. Oh, kalau seseorang itu layak digelar sahabat, makanya dia lebih hebat dalam menyulam rasa dalam segumpal darah pekat.

Penaakulan aku tentang persahabatan bukanlah kayu ukur tepi jalan.
Sekali kamu mengaku kamu kawan aku, dan aku kawan kamu, aku tetap akan berdiri teguh di belakang kamu dan bersedia menghadapi apa jua cabaran bersama.
Tetapi awas, sekali kamu khianati aku, kamu tiada tempat lagi di sini.
(Tunjuk hati)

http://www.freelayouticons.com/graphics/1172531586-18.jpg

Memang aku seorang yang gemarkan kasih sayang, cinta, pelukan dan ciuman.
Itu memang aku (sudahkah menjawab soalan undian?)
Siapa yang pernah bertemu aku, pasti ketawa sahaja kalau aku panggil mereka sayang.
Siapa yang pernah bersama aku, pasti gelak besar kalau diberikan pelukan dan ciuman ketika saling bersalaman.
Sungguh aku mahu ketawa berdekah-dekah bila membaca komen yang aku dapat dalam penulisan sebelum ini. Alahai, aku ini dikatakan sebagai tidak bermaruah pula.
Ketawa.
Senyum mesra.
Angkat kening, geleng kepala.

Pagi Sabtu sudah buat aku ketawa.
Sampai aku terlupa jadual untuk bermesra dengan laman sesawang bank sperma.
Eh silap, dengan laman sesawang khas herba.
Aku tidak mencari sperma ya?
Ketawa.

Memang pelik dengan kata-kata carian kalian ini.
Aku hanya mahu tersenyum mesra dan bahagiakan hati.
Ah, ada sesiapa yang sukakan lagu dalam blog ini?
Sila angkat tangan kanan tinggi-tinggi.

Zara : Melalui hari yang indah bukan bermaksud kamu insan bertuah. Tetapi melayari kehidupan dengan hati yang tabah menunjukkan kamu bukan sahaja indah tetapi bertuah sekali. Senyum dengan gelagat masyarakat yang membunuh kamu dengan kata-kata.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

22 comments:

  1. ku masih tak tutup lagi blog kamu cik zara.. ahahaha.. suka benar dgn lagu Rain tuu

    ReplyDelete
  2. Melalui hari yang indah bukan bermaksud kamu insan bertuah. Tetapi melayari kehidupan dengan hati yang tabah menunjukkan kamu bukan sahaja indah tetapi bertuah sekali.




    kata cik Zara besH banGet...



    ku mcm cik Jard agaK suka banGet dgR laGu raIn nie....huahuahua jaTuh ciHenTa pd Rain...hehehhe

    ReplyDelete
  3. baru sekali dgr blom boleh angkat tangan lagi ;)

    ReplyDelete
  4. okay aku angkat tgn paling tinggi!
    lagu ini best!

    ReplyDelete
  5. 1st time baca ur blog..
    peulisan yg bgus :)

    yesss..slalu org salah fhm bila sebut GF n BF...
    Apa2 pun istilah...mereka adalah kawan :)

    Lagu 2 skali dgr mcm Super Junior lak hihi

    ReplyDelete
  6. zara, aku dah baca komen previous comment tadi. sungguh la lancang mulut manusia itu

    ReplyDelete
  7. Eleh.

    setakat ckp konon2 tulis dlm BM tapi lagu dalam Korea apa kes?

    bongok la ko biseksual.

    g mati.
    g kencing tepi jalan

    ReplyDelete
  8. sian dgn mereka2 yang seperti di atas..... mereka tak kenal ko.... pe2 pon ko mmg best.... sokong cikgu zara!!

    ReplyDelete
  9. masuk ke sini,dengar lagu rain.sangat puas hati.terimass~~
    sperma??ovum xnk dicari juga? =p

    ReplyDelete
  10. kamu perlukan Inspektor Sahab untuk menyelesaikan isu di atas, Zara =]

    ReplyDelete
  11. 1st visit blog u..cause name u dah start top..k..em..actully 4 me, perempuan ni adalah dicipta dengan penuh lemah lembut..sebab tu dia manje dan penuh sifat penyayang..

    ReplyDelete
  12. kali ni mengambil masa 2x untuk memahami ayat2 mu kak zara.. btw suka ayat terakhir tu...

    "Melalui hari yang indah bukan bermaksud kamu insan bertuah. Tetapi melayari kehidupan dengan hati yang tabah menunjukkan kamu bukan sahaja indah tetapi bertuah sekali."

    ReplyDelete
  13. apa masalah haters dalam blog ko ni zara? macam setan.

    ReplyDelete
  14. hoh...berwarna warni sungguh story!1

    nice song :)

    ReplyDelete
  15. love this entry...
    bertuah sape dapat zara..
    i know.. u r caring n loving person...

    ReplyDelete
  16. noq
    I confuse la
    U noq ker Bi
    hahahaha

    macam2 ko nih zara
    ekekeke

    ReplyDelete
  17. panjang tajuk
    tp sebb ada perkataan sperma
    membuat ku tertarik untuk baca
    hehehe

    ReplyDelete
  18. Tajuk sentiasa menarik perhatianku.
    Ku tahu entry tiada kaitan denga tajuk sebenarnya tapi berminat dengan penulisan dunia sebelah zara yang boleh buatku senyum.

    ReplyDelete
  19. jgn la cakap kamu biseksual dik..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)