Pages

Wednesday, February 10, 2010

Bulan Merah Memang Panas! Cikgu, Saya Mahu Suntikan Dari Cikgu Sebab Cikgu Nampak Menggoda. Hari Ini Saya Sakit Sini (Sambil Tunjuk Jantung)


Hari Rabu yang panas.
Adegan disiulkan oleh para pelajar sudah cukup buat muka aku merah.
Ya, budak-budak nakal itu mahu disebatkah?
Ketawa.

Hari Rabu hari kokurikulum.
Wajib pakai pakaian seragam.
Aku pakai pakaian PBSM.

Budak-budak PBSM dengan gembiranya bersorak bila melihat aku.

Pelajar : Cikgu! Terbaiklah pakai baju seragam.
Aku : Mestilah. Tengok persatuan siapa kan?
Pelajar : Betul tu cikgu! Memang panaslah (baca : hot) cikgu!

Budak-budak badan seragam lain sudah kepal penumbuk.
Gelak-gelak dengki sudah kedengaran.
Senyum geli hati aku melihatnya.

Bila aku dalam perjalanan ke kelas seterusnya, kedengaran siulan dan sorakan kuat.
Budak-budak Tingkatan Lima.
Lelaki dan perempuan sama sahaja.


Kelihatan sangat gemuk.
Abaikan sahaja.

Tiba-tiba ada pelajar lari keluar dari kelas.

Pelajar : Cikgu, hari ini saya sakit cikgu. Tolong suntik (baca : inject) saya cikgu.
Aku : Mengada-ngada. Awak sakit apa?
Pelajar : Sakit di sini cikgu (sambil tunjuk jantung)
Aku : Sakit jantung ke? (ketawa)
Pelajar : Eh silap. Sakit di hati cikgu. Cikgu menggoda sangat.
Aku : Ceh! Masuk kelas, nanti saya libas.
Pelajar : (ketawa) Jangan lupa periksa gigi juga cikgu. Saya tunggu.

Mentang-mentang jururawat gigi baru datang minggu lepas, mereka sudah menggila nakal pula.
Aduhai, nasib baik baju ini tidak panas.
Sudahlah tajuk pelajaran juga panas hari ini.
Sains katakan.
Senyum.
Ukir muka ketawa.

Zara : Kepenatan dengan cuaca yang panas membara. Hilang tenaga.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

25 comments:

  1. hahahaha..
    cikgu sekola saye semua sudah kawin..
    dan kat sekola saye cuma ader KRS jer..
    adoi..
    T_T

    ReplyDelete
  2. cikgu zara same je dgn ibuku.sgt lawa memakai baju seragam bile rabu menjelang tiba.

    ReplyDelete
  3. still nampak cool n mude kan....sbb dikelilingi muda remaja...ngeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. kalau dulu cikgu gua macam ni, sumpah gua tak cabut kelas....

    ReplyDelete
  5. cikgu saya pun sakit nak minta suntik juga

    ReplyDelete
  6. bestnya g kelas pakai pakaian seragam....
    seragam or beragam?
    confuse...
    hehhehehhehe

    ReplyDelete
  7. huehehehe..segak...
    aku pakai KRS ari selasa..kat Ganu

    ReplyDelete
  8. cikgu mata hitam,

    chegu mata choklat juga pbsm, tapi dek kerana cuaca sekarang, chegu mata coklat cuma pakai baju-t PBSM saja.

    chegu mata choklat juga minta disuntik haha

    ReplyDelete
  9. memang nampak gemok dan pendek..ekekekeke

    ReplyDelete
  10. cikgu kesukaan ramai neh

    ReplyDelete
  11. haha.nakal sungguh murid2 ko ni zara.. wah.hot betulko kat skolah zara...*wink*

    ReplyDelete
  12. wah ramai orang suka cikgu nie huhuu

    ReplyDelete
  13. haha..cayelah cikgu..leh tlg cek paru2 sy x?
    xdpt bernafas tgk cikgu pakai mcm ni...muahahaha syg~~

    ReplyDelete
  14. hoho.tibe2 rase nak join budak2 tu.^^

    ReplyDelete
  15. Smart ah Zara berbaju PBSM.... macam Doktor saja. Hehehe

    ReplyDelete
  16. woho
    bahaya cg jalan2 camni
    nanti murid xley focus
    hehe

    gemok?
    ayat sensitif
    hehehehe

    ReplyDelete
  17. cikgu terhangat di pasaran nih...! kikikiki =D

    ReplyDelete
  18. hahahaha comell..
    plajar yg nakal..
    huhu

    ReplyDelete
  19. nampak sangat segak dik!

    ReplyDelete
  20. perghhh tergoda orang yang tak sakit ni hahahaha

    ReplyDelete
  21. kalau pakai seluar putih tu lagi nampak ngam .
    atau gurunya dimestikan pakai kain ya?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)