Macam-macam peristiwa menarik berlaku hari ini.
Sumpah, aku asyik tertawa dengan gelagat pelajar.
Nah, menyinga juga ada bila pelajar cuba ambil kesempatan untuk melarikan diri.
Melarikan diri dari laluan perlumbaan, bukan mahu lari di atas padang.
Pelajar : Saya tak nak lari hari ini cikgu.
Aku : Kenapa tak nak lari? Awak sakit?
Pelajar : Tak.
Aku : Dah tu?
Pelajar : Tak larat la cikgu. Tadi dah lontar peluru.
Aku : Mana awak nak larat, awak berat bawa batu.
Pelajar : Batu apa pula cikgu?
Aku : Batu di tepi tudung awak tu. Banyak sangat, berat nak lari.
[Gambar penghargaan di SINI]
Pelajar : (Ketawa) Mana ada cikgu.
Aku : Kalau begitu, awak kena lari. Tak payah pecut pun tak mengapa, awak habiskan larian, awak dapat satu mata untuk pasukan kita.
Pelajar : Saya lari perlahan-lahan sahaja lah cikgu.
Aku : Tak mengapa. Asalkan awak lari.
Aduhai, sumpah.
Macam-macam ragam.
Yang asyik ejek-mengejek, kata-mengata memang kena dengan aku.
Cikgu Zara ini adalah juara bercakap dan berdebat bila keadaan memerlukan.
Ketawa.
Yang kata dirinya semput, aku sudah suruh ke tepi.
Yang kata sakit, aku sudah beritahu tidak perlu sertai.
Yang beri alasan senggugut, aku suruh lari hari Isnin nanti.
Senggugut hanya sehari.
Jangan cuba menipu aku yang mengalami serangan yang sama hingga tidak boleh berdiri.
Zara : Acara disambung pagi Isnin nanti. Sekarang masa untuk beristirehat sebentar.
bdk2 skrg pandai bergaya...tp mgkin juge ibu mereka yg belikan tdg berbatu tu....nak wat camame! heheee
ReplyDeletemesti masa latihan tadi cikgu mata hitam berteduh bawah pokok kan?
ReplyDeletechegu mata choklat
hakhakhak..jahat sungguh kamu...
ReplyDeletegelak guling2 baca...batu di tudung yg berat ye? YA AMPUN!!! =D
hahahahks!!! berat batu permata kat tudung....lagi berat dr pluru yg di lontar ka?? haha!!
ReplyDeleteZara maybe a secondary school teacher. But did she thinks that she's smarter than a 5th grader?? check it out here!!
http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/
haha..budak2 macam2 kan..
ReplyDeletekah kah...belum kira batu subang, rantai apa jadah suma tu...
ReplyDeletewah!
ReplyDeletekalah la kmk oleh biak (budak) sekolah kinek tok...
main sukan pakai tudung batu2...
kmk k g pengilan (kenduri) jak tudung cam ya....
heheheehehhe
budak2 zaman sekarang dah pandai bergaya..masa saya dulu2 pakai tudung jahit tengah je....ringan!hehe
ReplyDeletewah tamak meraih mata pasukan :)
ReplyDeleteahakan baru tau npe kat sklh ramai yg taknak lari
ReplyDeletehaha..memang santai giler cikgu nih reply dia nyer student..haha
ReplyDeletesumpah..hbt..haha
weyh.npe xtye beli kt mn tudung tu?kalah cikgi2..haha
sah!! musim merentas desa la ni kan??
ReplyDeletesaye nih memang bukan kaki larik..
ReplyDeleteklau ajak melontar tuh bleh arr..
hahaha
pesen zaman skarang!
ReplyDeletehahaha..mcm tuler prangai budak2, adeje nk men ngelat!
ReplyDeletelawak la cikgu zara kite nei ek... jom lawan berdebat nk dgn bro he..23x
ReplyDeleteBroFramestone Blog
berat bawa hati batu..haha
ReplyDeletehaha... mmg malas duh merentas desa..
ReplyDeletesama la aku dulu..
hehe btol2 berat batu kt tudung ekeke
ReplyDeletemusim sukan sekolah!
ReplyDeletePerot saya cuby. susah nak lari. camana cikgu???
ReplyDeleteSaya senggugut gak ah camni... hehehe
ReplyDeleteringan je batu2 tu..alasan budak2
ReplyDelete