Sayang.
Tangan aku lemah merungkai takwim yang aku susun di hujung meja.
Lemah aku melihat tarikh yang tercatat.
Sepi.
Rama-rama terbang hinggap di sudut matamu.
Aku tahu kamu seorang yang ceria.
Kurniaan Yang Maha Esa sudah sempurna buat kamu.
Nah, hati terpaku.
Membisu.
Senyum.
Sayang.
Aku lama memerhati.
Adakah tarikh itu dapat aku datangi?
Adakah aku mampu bersemuka dengan takdir diri?
Ah, kebetulan ia jatuh pada saat kamu dilahirkan.
Adakah cinta yang tersulam tercatat bila kamu menjerit nangis keluar dari perut bonda?
Senyum.
Simpul.
Pegang rama-rama.
Jingga.
Bila tarikh itu datang sayang, aku pasti tiada disisi.
Tapi aku mahu kamu tahu, doa aku sentiasa buat kamu.
Cinta ini akan subur mewangi.
Aku tahu mungkin ada hati yang mati.
Mungkin ada sumpahan yang mengiringi, tetapi aku tetap sayangkan kamu.
Sumpah, sepenuh hati.
Oh, tarikh itu telah datang.
Sayang.
Cinta bakal menoktah juga.
Mungkinkah akan diabadikan bersama?
Aku panjatkan doa yang terbaik buat kamu di hari bahagia hujung minggu ini.
Baca dalam hati.
Senyap.
Sepi.
Biar aku simpan sendiri.
Merenung ke dalam diri.
Pasti.
Buat puteri tersayang,
selamat ulang tahun ke-23 buat kamu.
Nah, kita sebaya.
Cuma bezanya aku harus menunggu lapan bulan lagi untuk menyalin nombor baru.
Senyum wahai puteri.
Bergembiralah.
Tetapi jangan lupa, bersyukur pada Maha Pencipta.
Berterima kasih pada ayah dan bonda.
Selamat ulang tahun Fathiha.
Walaupun aku sudah menulis terlewat beberapa hari.
Zara : Oh, aku menulis ini untuk suatu pertandingan. Masih menunggu kelibat jejaka panas di pentas akhir? Sila baca penulisan yang bawah ini.
hepi bufday the friend of my cute kakak zara!
ReplyDeletehehe
*plok kak zara*
Wow! Speechless.. Indah sungguh susunan bait-bait kata itu. Terharu~ Thank u! Thank u! N thank u to anith too~ U r listed! :D
ReplyDeletetak dapat bersama sahabat tersayang ya... penuhnya takwim. ambil sahaja mc. diam2 sudah lalalalala
ReplyDeletenak nyanyi sket,
ReplyDeletehepi besday to u~
hepi besday to u~
hepi besday to fathiha~
hepi beday to u~
hepi bufday to ur friend!
ReplyDeletefuh....punye laa puitis...tersentuh lak...igtkan utk someone special ^_^
ReplyDeleteanyone happy birthday to ur friend yaaa
wowww! special!! pandai betui adik berkata2! teruja akak! hepi besday buat ur friend yer..:)
ReplyDeletehappy birthday kawan zara
ReplyDeletehappy birthday:)
ReplyDeletesebab tu saya sering minta takdir saya kekal begini
epi befday to0..
ReplyDeletekamo0..nnt watkan entri time bfday 0rg erk...hak3
happy besday oit zara
ReplyDeletefuh ayat..lame sudah tak bace ayat romantis gni..cair ah..=)..epi besday neway..hehe
ReplyDeletenice....huhu...
ReplyDeletegud luck cik lord zara..
ReplyDeletesemoga leh menang..
tapi saye rase memang leh menang pon..
ayat giler romantis..
salam..cikgu..kalo rajin amik logo copy n paste kt blog cikgu...hisham.
ReplyDeletewah! best la sajak2 ni mmg puitis...
ReplyDeleteBertuahnya Fathiha , wajarlah ramai sayang2 kamu, zara - hugs;p
ReplyDeleteoh!happy birthday too!
ReplyDeleteHyeee..
ReplyDeleteSila jenguk sini:
http://tihazainal.blogspot.com/2010/01/keputusan-birthday-contest.html