Pages

Tuesday, January 19, 2010

Mahu Simpan Otak Dalam Ais Kisar Mangga - Biar Kuning Dan Sejuk.


Hari yang meletihkan.
Badan penat, suara tenat, perut ketat.
Balik, lunjurkan kaki, buat senaman lipat-lipat.
Muka kelat.
Penat.



Dapat roti telur satu.
Satu bungkus ais kisar (baca : ice blended) mangga.
Mulut diam - mengunyah dengan gigih.
Mata memanggil untuk ditutup.
Otak berdengung.
Pemanas air berkeletuk.

Otak mula diserapi nikmat kesejukkan ais kisar mangga.
Naik satu takah demi satu takah.
Sedut laju-laju.
Sampai otak.
Mata kuyu.
Hati layu.
Sayu.

Jari pegang kaca mata.
Tangan kanan mula terjuntai.
Jasad rebah atas wanita separa bogel yang sedang mandi dalam kolah merah - sumpah, tidak basah.
Buih sabun hanya kekal di bawah.
Tidak naik ke tubuh.
Ilusi mati.
Sepi.
Sunyi.
Geli.

Zara : Badan kepenatan dan hampir mati. Otak kejang dan tidak mahu berfikir buat masa ini. Hanya senyap dan sunyi pengganti diri yang bising bingit. Lunyai.


11 comments:

  1. x basah ek..hehehee..

    sedap ouh ice blended..sejukkkkk~~ tp sedapppp~~

    ReplyDelete
  2. ice blanded tu seduk lama sampai otak jadi beku sangat best

    ReplyDelete
  3. ice blanded tu seduk lama sampai otak jadi beku sangat best

    ReplyDelete
  4. wahhhhh.... kawie nyer feveret nih... hehehhehehehe....

    ReplyDelete
  5. sedap ooo ice blended mango..
    nak gi william lak rasa..

    ReplyDelete
  6. zara ayat kamu memang perlukan penghayatan yg mendalam kan
    huhuuu

    ReplyDelete
  7. air kisar mangga??nyummy!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. roti telur jugak..

    ReplyDelete
  9. Cik Zara sayg! Mungkin kamu perlu bercuti...rehat2 kan minda...dan manja2kan diri..di SPA...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)