Pages

Wednesday, January 06, 2010

Bila Ketagihan Cuba Dirawat, Badan Aku Semakin Hilang Pertahanan Diri


Sakit.
Ketahanan diri semakin berkurang.
Sudah dua bulan aku tidak menyentuh dia.
Aku pandang dengan sepi.
Aku cuba memberikan yang terbaik pada tubuh.

Tapi selepas dua bulan, badan makin lemah.
Tenaga semakin berkurangan.
Kekuatan diri semakin menghilang.
Pening.

Hati kusut.
Kepala serabut.
Badan melayang seperti hendak jatuh tidak bersambut.

Bila hati mati dan cuba berhenti, kesan lain menagih simpati.
Benci melihat diri yang begini.
Mata bulat, gelap macam panda yang tidak mandi.
Hingus meleleh tanpa henti.
Bersin bertebaran ke setiap ruang udara terbuka, setiap inci.
Pusing lagi.


[Gambar dipinjam di SINI]

Di mana aku boleh beli ini di sini?
Kalau kamu tahu sila hubungi aku segera dan sampaikan maklumat terkini.
Degupan jantung kian terhenti.
Walaupun hidung masih basah dengan cairan jernih yang dibenci.
Rasa seperti mengkhianati.
Diri sendiri.

Diam.
Senyum tampal di bibir.
Tisu lekat di hidung.
Tarik.
Baling dalam tong sampah.
Kepala hempas ke bantal.
Pitam.

Zara : Semakin hilang makna diri bila kesakitan menerjah akal dan minda. Sabar dan tabah. Pujuk diri, cium jiwa. Hati kusut dibuang ke tepi. Kesat hidung.

30 comments:

  1. Are u okay, dear?
    Take care tau!

    ReplyDelete
  2. SMOGA CEPAT SMBUH!

    ReplyDelete
  3. tengah demam juga.. :(
    smoga cpt sembuh.. klo xtahan, makanlah ubat.. jgn tunggu immune system saje ye.. especially kalau cairan yg keluar bkn cairan jernih tapi sudah bertambah seri berwarna kuning-kehijauan.. huhu..

    ReplyDelete
  4. ha?
    kenapa kah itu...
    hope get well soOn..

    ReplyDelete
  5. jaga diri lek lok Cikgu Zara..

    ReplyDelete
  6. penat ek kak zara..tabah2..huhuhuu~

    ReplyDelete
  7. jap nk tangkap pe yg dutarakan...
    emm




    haa...slamat malam..(=.=)

    ReplyDelete
  8. Ada dua pilihan Zara.

    Pilihan Baik. Datang jugak ke sekolah walaupon tak sihat mengajar anak bangsa.

    Pilihan Tak Baik. Ambik MC. Sambung tido

    ReplyDelete
  9. kalau ketagih merokok macam mana?

    ada cara?

    ReplyDelete
  10. perlu memeriksa:)

    ReplyDelete
  11. kamu x sihat ke zara?
    semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  12. oh!aku pon selsema dik

    ReplyDelete
  13. pakcik pun sama senasib la kita nie

    ReplyDelete
  14. cikgu zara,
    jangan pakai make up mata cmtu ke skola tau.
    kang anak murid kamu ketakutan pula. huhu..

    hope everything is ok dear... =)

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Uiks? Ketagih kopi camtu ke? Tapi kalau campur dengan faktor cuaca + sekolah + demam, memang parah lah... Take care and get well soon ok?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)