Pages

Tuesday, December 08, 2009

"Takkan Mahu Baca Sahaja, Mestilah Buat Sekali, Baru Tahu Sedapnya"




Salam semua!
Dalam penulisan sebelum ini, ada yang bertanyakan mengenai aku dan warna-warna dalam hidup aku. Sebilangannya seperti tidak menyangka bahawa aku memiliki barisan alat dandanan kerana aku sering tampil ganas dan tidak berkelakuan seperti wanita. *ketawa kecil*


[Tekan sini untuk pembacaan berkaitan]

Secara jujurnya, aku mula berjinak-jinak dengan benda begini tatkala aku menjalani latihan mengajar semasa satu semester. Saat itu, aku juga gunakan bedak padat dan pemerah bibir disebabkan ada markah untuk penampilan diri. Betapa tegaknya pemikiran - hanya mahukan keputusan terbaik.

Bila berpisah dengan kekasih pertama, aku mula bertindak dengan mula membaca artikel atau bahan-bahan yang berkaitan dengan alat dandanan. Nah, hati aku juga ada sifat kewanitaan bukan? Oh, jelas, aku tidak mempunyai kecacatan kromosom seperti yang didakwa. *ketawa*

Sudah sifat azali seorang pelajar sains barangkali, aku memang pantang bila membaca tetapi tidak melakukannya. Aku merasakan membaca cara-cara menggunakan alat dandanan adalah seperti membaca buku manual makmal yang penuh dengan uji kaji. Apa yang aku perlukan adalah bahan untuk melaksanakan eksperimen.



Makmal : Bilik aku.
Buku panduan : Artikel dan penulisan dandanan.
Bahan dan alatan : Set dandanan yang aku beli sendiri.

Eh, takkan baca sahaja bagaimana pemerah pipi perlu dicalit?
Takkan baca sahaja bagaimana pembayang mata perlu digunakan?
Takkan nak tengok dan kagum dengan hasil yang ditunjukkan?
Mengapa tidak gunakan sendiri?

Itu yang aku fikir.
Walaupun aku kurang gemar berdandan, tetapi aku merasakan ia adalah satu keperluan apabila terpaksa berhadapan dalam situasi yang memerlukan penampilan yang kemas, ceria dan segar. Eh, kenapa aku berbunyi seperti bengkel pengurusan diri dan etika sosial?

Zara : Sedang berurusan dengan pengamal perubatan yang kacak tetapi malangnya sudah berpunya. Geram secara tiba-tiba. Buat mereka yang bertanya tentang cara bagaimana menghubungi aku, kalian boleh gunakan kotak Luahan Cinta atau Mukabuku aku.

70 comments:

  1. ooo.. baca buku panduan make up, ingatkan buku panduan make ... err.. takpelah. takut nnt budak bawah umur (jard) baca plak.hehe

    ReplyDelete
  2. akak pun makeup simple je
    pakai krim and bedak nipis je
    tak reti nak mekap sebenarnya

    ReplyDelete
  3. samalah saya ngan intan..make up biasa2 je, xde glam2 sgt...ahhaha..tak reti sebenonye..
    tp betul , dalam dunia perguruan nih, kene kemas2 dan cantik2 dan ceria2 supaya murid ske pada kita (i mean subjek kita..ahha)

    ReplyDelete
  4. huhuh...

    kalo ak bace buku solek n ak pn nak try jgk!!!

    boleh x ek???

    ReplyDelete
  5. mencuba benda elok..apa salahnya..ehehehe

    ReplyDelete
  6. haha..aku tgk gmbr kat magazine..pastu try apply ikot suke ati aku..

    klu wat experiment..da konpem letup..haha

    ReplyDelete
  7. lpas ni ak blaja dari ko la zara..
    =)

    ReplyDelete
  8. muka ku satu kaler sahaja..

    tiada warna warni!!

    ReplyDelete
  9. Erk.. Nak ubah tapi tak beranii.. Heehee.. Kuar umah pn takat pakai celak, lipgloss.. Huhu. ;)

    Kdang2 keterampilan pn mampu bina keyakinan diri.. Huu.. Kan? ;)

    ReplyDelete
  10. hahaha
    ok juga
    pakai make up selalu pun xbaik untuk kulit
    berdandan bila perlu
    tapi kalau xberdandan pun biar kemas lah

    ReplyDelete
  11. ingin menjadi semakin anggun ka.hahaz

    ReplyDelete
  12. kalo disertakan gambar sure ag meriah entri nih..
    huhu

    ReplyDelete
  13. eh nnti zara ajar mimie mekap eh

    ReplyDelete
  14. sis..sy pun sama tak berapa pandai alat2 make up..hehehe..sbb sy rasa rimas kalau ada make up kat muka..tapi x bermaksud jgk,x da sifat kewanitaan kan??:)

    btw,sy suka dgr lagu kat blog sis..:)

    ReplyDelete
  15. saye ader bermacam2 alat mekap..
    dari base smpai finishing nyer..
    tpi saye xpndai pakai..
    saya baca..tp..
    saya hnya tgk mekap tue..:(

    ReplyDelete
  16. aku masih tak sampai tahap nak berdandan lagi sayang..
    kalau keluar, bedak muka pon jarang pakai..huuu

    ReplyDelete
  17. kak sha tak pandai berdandan walaupon rajin membaca. pakai juga...tp taklah pandai sangat. itu sebab suka pergi makeover saje kalau nak ke majlis. orang buatkan:)

    ReplyDelete
  18. bagus la..baca sambil practice

    ReplyDelete
  19. practice make perfect..go zara!

    p/s: slalu nak tiru make up artis hollywood yang sweet xmcm opera cina tu =) tp setakat ni misi tak berjaya lg heheheh...

    ReplyDelete
  20. cik yanie gebu jer yg lom prektis mekap2 nih

    eehehehhe

    ReplyDelete
  21. owh...gitu upenye...ade buku panduan lagi ek...seb baik aku jantan..ekekeke

    ReplyDelete
  22. kak.
    aku pon da mula pakai eyeliner dan eyeshadow.
    hahaha

    mcm badut muka aku.
    ;p

    ReplyDelete
  23. mmmm bedak asas dah cukup kot

    ReplyDelete
  24. erm..ckgu2 mesti ada markah penampilan kan..
    dulu pnh dengar cite senior course pendidikan kena tolak markah coz tak pkai heels..huhu

    ReplyDelete
  25. Go darling go!!

    ReplyDelete
  26. hahaha~

    u r the real scientist honey~~

    ReplyDelete
  27. hahaha~

    I thought u wanna teach us kamasutra~~

    ReplyDelete
  28. intan izani :

    hehehe~

    takpe kak~

    bleh belajaq~~

    ReplyDelete
  29. i'msosupernotcool:

    hahaha~

    gambar diri sendiri ke?

    ReplyDelete
  30. M O N I C A:

    hehe~
    betul2~
    pakai bila terpaksa je kadang2~

    ReplyDelete
  31. eLLa:

    takpe ella sayang~

    kamu renung dulu~

    pastu kamu akan teringin~

    ReplyDelete
  32. cHeRyNa PiReS:

    hehhee~
    zara belum pandai sgt pun kak~~

    ReplyDelete
  33. zella:

    dorang guna foundation yg bagus~

    payah nak tiru kecuali dah mahir~

    ReplyDelete
  34. ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠:

    hehhee~

    kamu dah comel kak~~

    ReplyDelete
  35. miSs s!v:

    hahaha~
    idak le~
    bleh punya kalau pakai eloks~

    ReplyDelete
  36. jijie:

    betul!

    ada amrkah tu yg sakit tu~

    hehhe~~

    ReplyDelete
  37. >>>SEMUA :

    Terima kasih sebab sudi datang membaca!

    ReplyDelete
  38. saya tak reti makeup. =.='

    ReplyDelete
  39. kalau aku mau belajar bersolek camana?
    haha

    ReplyDelete
  40. Ahfatt.... Teman nak join gak boleh ke?




    p/s : "Kenaper teman terasa bagai badut sarkas jika teman bermake-up?" - Jalut d'badut

    ReplyDelete
  41. Zara paki eyeliner & maskara.
    Mesti nmpk cantek sgt!

    :)

    ReplyDelete
  42. hehe.. suke bace entry ni.

    tapi memang penting untuk tau merias diri.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)