Pages

Thursday, December 03, 2009

Sayang, Lagu Apakah Yang Bakal Kamu Dendangkan Buat Aku Jika Kita Dapat Bersama? Adakah Sesuatu Yang Dinukilkan Olehmu Demi Cinta Kita?




Sayang.
Sayang.
Sayang.

Kamu tahu aku suka lagu?
Kamu tahu aku dambakan bunyi yang merdu dalam hidup aku?
Mungkin kamu pernah tertanya, lagu apakah yang bersenandung dalam hati aku ketika melihat kamu.
Entah.
Aku sendiri kurang pasti.

Sukarnya untuk memiliki kamu.
Puas aku mengintai di sebalik helaian kasih sayang.
Puas aku menabung demi memiliki kamu.
Ah, aku benci hanya melihat kamu.
Sudah tentu aku mahu menyentuh kamu.
Melarikan jari-jemari di atas tubuhmu.
Mengusap lembut dan membelai setiap inci fizikal kamu.



Aku tahu.
Aku mengerti.
Dengan melayanmu dengan baik, aku akan mencapai sedikit kegembiraan.
Pasti kamu akan mendendangkan lagu terbaik.
Irama terindah.
Bait menarik.
Puisi cinta bagi mempertahankan kasih kita.

Diam.
Senyum.
Tapi sayang, tatkala tangan mahu menggapai, hati melonjak gembira, aku tersentak melihat satu nota.
Nota yang terselit yang membuatkan aku gusar adakah aku bakal memiliki kamu.
Ah, terketar jantungku.
Terkesima hatiku.

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.
Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.
Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.
Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca lanjut di cabutan [SINI]
http://www.asia-product.com/images/mp3shuff.jpg

Sayang.
Mungkinkah dua hati akan bertemu menjadi satu?
Mungkinkah?
Aku hanya mampu berharap sehingga fajar tahun baru menjelma tiba.

Zara : Dalam penulisan sebelum ini, aku menulis tentang gaji pertama yang baru masuk hari ini. Bukannya tentang malam pertama. Alahai.

44 comments:

  1. cinta pertama pada jepun sudah tentula pada si cantik manesss ayumi hamasaki......hahaha

    ReplyDelete
  2. mcm menarik..tp, malas plak rse nk join..xmahu la..kak zara je yg join..kalu menang, umumkn..^^

    ReplyDelete
  3. akak suke ke mende alah tu?
    ekekekeke

    kalo join, gud luck!

    ReplyDelete
  4. sy sokong dr pelbagai sisi klu kak zara masuk..nnt ble da menang boleyh kte kongsi bersama..sbelah kamu,sebelah saya oh indahnya dunia hanya milik kta bersama...ahhahahaaa..
    :P

    ReplyDelete
  5. wah2 ramai yg mau merebut benda pink ini hahaha

    ReplyDelete
  6. bgus lew msuk contest jewk...

    arap lew menang...

    dapat adiah kngsi2 ek...

    ReplyDelete
  7. Dan sila-silalah letakkan lagu After Love dendangan FT Island di dalamnya. Hehe...

    ReplyDelete
  8. my first lover who sings to my ears when i'm sad was a local, singapore mali i think... MuVo or something...
    her body was metal!!
    then u'd think she's heavy right?
    no, she had the smallest frame one could have, dua jari jer.

    Now she is singing to mama.
    i bet she's singing lagu lagu ahmad jais now. or maybe a bit of saleem... adehlaa.

    am looking for a new GF now.
    will u do the honour of.............

    ReplyDelete
  9. haha..akak..ain da pk bukan2 td..gaji eh??Leh blanje ain la gni..=)

    ReplyDelete
  10. aku suke lagu punkrock.titibe je neo ni

    ReplyDelete
  11. Zara...nyanyi lagi 'masam-masam manis' hehehe.. Kak tirana suka lagu ni..lagu classic gitu.

    ReplyDelete
  12. adoi bahasa melambung harganya.
    sampai tak mampu akal membelinya.

    ReplyDelete
  13. i wanna by all american reject..

    best tau,cube dgr kn syg... =)

    ReplyDelete
  14. wuahaha..best2 contest lagik...lalala~ meh blanja aku mkn mekdi,gaji da msuk kan?...lallala~

    ReplyDelete
  15. iPod shuffle? Can lebig baik untuk beli ipod touch? :p

    ReplyDelete
  16. I want to dedicate this song to...

    LOLS~

    ReplyDelete
  17. chokio_nia:

    hahaha~
    aduyai~
    kamu pk apa sayang?

    ReplyDelete
  18. ░♥si lampu neon♥░ :

    hahaha~
    punkrock eks?

    ReplyDelete
  19. Tekkaus:

    hahaha~
    ni contest~
    ku main tibai je bang~

    ReplyDelete
  20. Hazami Bahrin:

    U think this is the radio?

    Dush!

    ReplyDelete
  21. dear kak zara..
    sori lama tak masuk blog u..
    how r u?

    terasa jeles kamo boleh update blog hari2..haha..
    n btw, jeles jugak kamo boleh jumpa bapak gula2 tempoh hari..
    nanti nak jumpa gak..
    ok?

    ReplyDelete
  22. Hayatito :

    hehehe~
    boleh je~
    just roger me darling~

    ReplyDelete
  23. seseorang pernah mainkan gitar dan menyanyi untuk saya bila saya prank dia masa tahun lompat yang saya nak tunang.hakhak.terharu gila.


    seseorang lagi selalu menyanyi untuk saya setiap kali dia telefon.



    dan sekarang,semua 'seseorang' tu dah tak ada untuk menyanyikan lagu.

    takpe,bukak youtube,nyanyi untuk diri sendiri kuat-kuat.
    :)

    ReplyDelete
  24. penjenayah merah jambu.:

    dan sekarang zara juga memetik gitar untuk diri sendiri disebabkan tiada orang yang dapat mendendangkan lagu yang ku sukai~

    =[

    ReplyDelete
  25. best kan kalo dpt ipod itu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)