Pages

Saturday, December 12, 2009

Penulis Blog Tiada Kehidupan Sosial Di Alam Realiti : Kamu Nak Mati?



Ada orang kata penulis blog tiada kehidupan di alam realiti.
Hidup hanya tertumpu di dunia maya disebabkan dunia realiti mereka disisihkan.
Pandangan mereka menyatakan, alam maya ini sebagai satu cara bagi mengelak kesengsaraan di alam realiti di mana mungkin mereka tidak diterima oleh orang di sekeliling mereka.
Maka, menulis blog sebagai satu tempat pelarian.
Melarikan diri daripada kehidupan dan kesakitan di dunia nyata.

Kalau tiada realiti, mana datang maya?
Kalau tiada kehidupan, adakah minda mampu mencerna?
Adakah akal laju bergerak dan menongkah segala urusan yang menggila?
Tuduhan apakah itu?
Realiti atau maya - itu juga satu bentuk kehidupan.
Ini bukan penafian dalam diri.
Ini bukan.

Jangan pernah melaungkan jika tidak mengerti.
Menulis itu satu terapi.
Bukan tidak menghargai apa yang ada di sisi, tetapi lebih kepada kepuasan peribadi.
Kehidupan sosial teras dalam masyarakat, tebal dalam jati diri.
Ia membentuk peribadi.

Nah, kalau dunia maya juga menyajikan seperti itu, salahkan meluaskan minda dan menjalin hubungan mesra sesama manusia yang mempunyai minat yang sama?
Tiada istilah penafian kewujudan alam realiti.
Tiada alasan tidak memperakui kewujudan diri yang hakiki.

Zara : Sedang melakukan pembedahan mental bersama seorang yang diperakui pakar secara fantasi. Di dunia realiti, dia hanya seorang yang mampu mencernakan pelbagai watak demi kesinambungan sebuah mimpi.

51 comments:

  1. hahaha.tengik tol kepala otak yg kuar kenyataaan ni..dia tak tau pas ada blog lagi ramai kawan..lagi bersosial..siap wat gather2...huhu

    ReplyDelete
  2. kenyataan disangkal dgn bestnye oleh lady zara kite ;p

    ReplyDelete
  3. Maka, menulis blog sebagai satu tempat pelarian.
    Melarikan diri daripada kehidupan dan kesakitan di dunia nyata.

    ai...larikan diri dari kehidupan sebenar??abis kami semua berkerja nih..bagai nak sakit menanggung beban kerja bertimbun-timbun, bukan realiti lagik...aigooo..

    sape tuh>???ahaha..jeles ah tu xde blog...ahahha

    ReplyDelete
  4. huhu..

    tidak betoi!!

    ade jewk life..

    walaupn x semetiah owg laen...

    hmm...

    ReplyDelete
  5. Ouh zara.. Terima kasih sudi mnjawab untuk kami semua.. Huhu.. Terharu sebab sudi memahami.. Hehehehe.. ;p

    Alam maya dan alam realiti.. Ada kedua2 nya ku rasa sungguh besttttt.. ;)

    ReplyDelete
  6. sape yang kata gitu?
    mai sini ak nak pukul dia.

    blog ialah tempat berkongsi pengalaman dan teladan.


    bgus Zara.
    ileviu lah.
    hahahahaha..;DD

    ReplyDelete
  7. kakak ok ke nie??
    dun worie, just tulis ape kakak nk..
    anith ttp bce ok!!
    *hug*

    ReplyDelete
  8. eh!! kalau x de social life..

    dok umah 24 jamlah.. :P

    aku bangkang yg arif!!

    ReplyDelete
  9. kehkeh..
    setuju..

    nak tambah lagi..

    org yg ckp penulis blog tadek laip tu sebenarnya dowang yang ketinggalan zaman .. atau memang buta IT....

    hueheuheuehuehue

    ReplyDelete
  10. takpe, yang penting ade kepuasan sendiri ;)

    ReplyDelete
  11. bukan ke kita cerita kehidupan realiti kita kat sini
    tu pun xnmpk lg ke hidup kita
    haihh

    ReplyDelete
  12. wuahaha..jgn ckp begitu...aku ade life di luar..aku g spa n poco2..uwaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  13. rileks je zara setiap org punya penilaian berbeza kan
    jadi biarkan mereka
    dan kita pasti tahu ape yang kita lakukan

    ReplyDelete
  14. oh..
    kenapa apakah perlu dikatakan tiada life?
    ku sudah buktikan
    ku juga punya life seperti org lain

    ReplyDelete
  15. dgn berblog ni..
    1. dapat menyebarkan idea/ilmu
    2. mempunyai pndangan sendiri
    3. pandangan/komen yg akan diberi, lebih terbuka
    4. dapat meluahkan perasaan
    5. ada lagi x?

    ReplyDelete
  16. mengarut jek
    blog ni utk org yg ada great life
    especially blog peribadi

    byk perkara best
    byk la isi blog
    ;)

    ReplyDelete
  17. Ngarut sume tuh...

    pedulikan makhluk2 yg berkata begitu

    ReplyDelete
  18. i dont know from which did you read that article, but jangan kecil hati la. slalu bila org kutuk blogger, dia bukan kutuk blogger persendirian cam ni. aimnya pada orang macam khai (tauke gosip bertopengkan manusia bertaqwa), rpk (some of his article did contain the truth. SOME only.), obefiend (outspoken malay heathen).
    those are the kind of bloggers yang orang betul2 rujuk sebagai blogger. orang yang jenis bukan cerita hal peribadi ala2 diari, tp yang jenis sibuk nak sebar propaganda yang entah betul, entah tidak. and slalunya org camni mmg tak keluar rumah pun (unless g mamak). cthnya khai tu, ada dia ngaku dia dah petang baru bangun, cos sepanjang malam dia bz blogging.

    ReplyDelete
  19. hagbaq kat dia, tadak dunia mana bleh ada akhirat.alamak macam tadakkna mgena

    ReplyDelete
  20. he...23x kehidupan alam realiti bro lagi ganas dari blog bro.. so xkan nk masukan unsur2 ganas dalam blog kan huhhuuh

    korg tue pun rasanya xde kehidupan n xreti bersosial coz suke menkritik kebahagian org len

    out of topic--> mas kahwin kat johor mmg murah..tp mane tahu Zara nk up ke.. eh wat offer kat blog bro nmpk.. krg bro g pinang nnt...

    ReplyDelete
  21. xsemestinya seorang blogger xdak life kat dunia reality...

    blog tok kita share info, experience dan mcm2 lagi...
    Best pew ada blog..

    ReplyDelete
  22. penulis blog menilai kehidupan lebih mendalam rasa nya :) haha poyo je ayat

    ReplyDelete
  23. gua bangkang keras2 pendapat tu..
    gua fames pe kt mktb..kaki sosial..
    ahahaha

    ReplyDelete
  24. NONSENSE! Nak lari pe kebendanya? Kahkahkah...sah orang yang beri pendapat tu yang lari dari kenyataan. Kenyataan yang dirinya gila.

    Emo pulak nuar di entry cik zara yg ini...ekekeke =D

    ReplyDelete
  25. hish mmg x setuju
    kite kan menulis ttg kehidupan yg realiti
    apekh??

    ReplyDelete
  26. sbb ada kehidupan la kita berblog, sbb utk menulis ttg apa yg berlaku dlm kehidupan kita, agaknya org itu x memahami kehidupan, bg az, menulis blog samala mcm menulis diari. cuma nya blog ni kita kongsi, ttp dalam masa yg sama kita boleh nak share ngan followers kita. so org yg berblog ni lebih byk kehidupannya. :P

    ReplyDelete
  27. ha...2 cume kate2 org yg x sensitif dgn keadaan..abaikan..

    ReplyDelete
  28. betul lah tu
    aku penah tulis entry macam ni tapi lupa bila

    ReplyDelete
  29. mereka yg tak penah mencuba menulis di alam maya ne mang tatau ape prasaan kite..skali cbe, br mereka tau..heh

    ReplyDelete
  30. pandangan kita boleh berbeza2 mengikut kehendak individu masing2 :)

    ReplyDelete
  31. ..faktanya mungkin lebih dari itu..(tambah kuah serta Provoke)

    ReplyDelete
  32. Ah... artikel ditulis dari pengalaman, pengalaman dunia maya dan realiti. Kenyang didunia maya yg tak pernah sama dengan kenyang didunia realiti :)

    ReplyDelete
  33. ada juga orang yang kata camtu ??? Ya ke tak tau bersosial ??? Muahahahaha pelik pulak aku dengar .

    ReplyDelete
  34. mereka terlalu banyak pengalaman di alam realiti untuk dikongsi

    ReplyDelete
  35. appreciate la apa blogger buat. jangan mencemuh.

    ReplyDelete
  36. setuju dengan moira. khai memang takde life. obefiend tahan lagik. siap buat duit pun dengan blog. dia tak tau ke orang keje lagi ada life, bersosial? ini memerap kat umah. pe kes?

    ReplyDelete
  37. Jangan peduli dengan kata-kata mereka. :p

    ReplyDelete
  38. sape lah yg pandai2 ckp mcm tu...
    peduli kan saje dorang okay??

    suka sgt kat blog zara! ;p

    ReplyDelete
  39. sgt menyokong mu dik!

    ReplyDelete
  40. hehehe...btol la tu...manekan dt nyer maya tanpa realiti..da tentu realiti itu yg mncipta dunia maya...ape salah kah bermaya...maya umpama kita berfikir tnpa ade pnghujung,,,rite zara? we never stop thinking and dfrent like other people outside..huhuhu...

    ReplyDelete
  41. Ellow..

    Xsemestinya KELUAR RUMAH baru leh dapat life...dan DUDUK RUMAH takde life. Dont be so narrow minded.

    check this link:
    http://loveydoveydoo.blogspot.com/2010/01/aku-seorang-introvertdengarlah-luahan.html

    Fine la kalau taknak tgk link tu...tapi please google apa maksud INTROVERT okek?

    ReplyDelete
  42. OH ADA ORG KUTUK OBEFIEND LA KAT SINI! AKU HABAQ KAT DIA AIH!

    ReplyDelete
  43. mana ada kutuk

    mmg obefiend malay heathen scum pun

    truth

    nice blog

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)