Kamu pernah datang.
Kamu pernah pergi.
Kamu pernah membajai hati.
Tanah yang gersang dan terbiar pernah kamu terokai.
Kamu pernah membawa sinar harapan.
Kamu pernah menyajikan kasih yang tidak mungkin sirna.
Kamu hamparkan segunung impian, menyiram sejuta mimpi indah berseri cita.
Walaupun hakikatnya kamu membunuh dengan lebih kejam seperti sebelumnya.
Kini kamu datang lagi.
Pintu yang tertutup cuba kamu buka semula.
Kata kunci, kata laluan utama menjadi taruhan kamu kembali ke kamar indah.
Kamu menjerit mahu membaca semula.
Kamu melaung mahu menulis semula.
Kamu meminta untuk memadam semua cela.

Kamu buat aku ketawa tatkala kamu muncul lagi.
Pasangan berlainan jantina masih mengerumuni.
Kamu dambakan sebutir kemaafan dan bertanya adakah layar mampu dinaikkan kembali.
Mungkinkah bahtera gagah mengharungi lautan yang tidak bertepi.
Itu mimpi.
Mimpi yang kamu sangkakan satu realiti.
Itu ilusi.
Ilusi yang kamu letakkan di mata kamu yang tidak mahu berubah.
Itu tetap kamu.
Walau masa berlari pantas.
Walau takwim bertukar ganti sambil tangan pantas merenggut helaian, kamu tetap begitu.
Kata-kata yang terhambur hanya uji kaji.
Hanya racun yang sembunyi di sebalik manisan asli.

Jangan pernah datang kembali.
Tempoh masa untuk menuai hasil sudah berhenti.
Masa membeku.
Hati tertutup.
Mata padam.
Kamu mati.
Pasti.
Zara : Jangan datang kalau kamu tidak pasti dengan hati sendiri. Jangan kembali kalau wanita lain masih bergalang merantai setiap langkah yang kamu aturkan dalam hidup di dunia ini.

kamu memang kuat zara!
ReplyDeletekamu harus begini selalu sama orang yg tak pernah nampak nilai sebenar kamu.
sy kena blaja dgn akak
ReplyDeletenk bg hati tertutup
boleh?
tet..gambo diatas menarik..ahaha
ReplyDelete..awesome zara..
kene jadik seorang yang tabah..
jangan pernah ada benci
ReplyDeletemuntah hijau xper,,jgn kuar air mate drh ..hehe
ReplyDeletekenapa ni dek?
ReplyDeletesape? sape? sape yg kmbali.?
ReplyDeletesape yang buat ko muntah ijau tuh??
ahaha... mamarazzi la pulek...
sekali zara bermadah... xtau bro nk komen ape huhuhu...
ReplyDeletekehidupan ini hanya ilusi... ilusi yang dilakonkan manusia untuk memenuhi nafsu sendiri
out of topic--> he...23x zara kan dah selalu bro promote he..23x bro dah lame kenal Dakjaat cuma bro xpernah bersembng je huhuhu bro even berblog dari 2006 tp xramai yg kenal huhuhu (yg mengenali bro sume dah xberblog huhuhu)
www.broframestone.com
em..
ReplyDeletemmng kuat la...
uhh..first time dengar ada org muntah hijau...huhuhu...
ReplyDeletemakcik..bkk ati kamo0 untuk aku..
ReplyDeleteSape penipu, menipu dn yg tertipu??? Aigooo.. Kuatlah zara.. Sial bertahan kerna kamu mmg kuat.. Chaiyokkkk!!!
ReplyDeletechayok2..
ReplyDeleteaku pun ko bukak hati sekali yea hoho
ReplyDeleteayat kamu memang power kan
ReplyDeleteantar kat mne2 pertandingan
mst menang nie
heheee
sabar k
kamu mst kuat..
lame ne ain duk cni...pk..mendalam..cheerssss akak!!
ReplyDeletehuuu
ReplyDeletesedih ;(
be strong kak zara.
comelnya kamu...
ReplyDeletehaha!
=]
kemaafan dendam yg terindah
ReplyDeleteErk... Bulih erk camtu? Kamu nie mmg baiklah. Susah nak jumpa orang macam kamu. Semoga kamu sukses selalu k?
ReplyDelete*huggggggggg*
ReplyDeletekakak kan superwomen anith, so kakak kne kuat!
=]
n anith tahu kakak B.O.L.E.H
be strong n bee happy okay dear! ;)
ReplyDeletemacam mana nak buat ayat2 jiwang macam kamu dik?jeles!
ReplyDelete