Pages

Wednesday, December 02, 2009

Panggilan Lewat Malam : Kehadiran Kamu Di Antara Mereka Bertiga Membuatkan Hati Aku Nanar Untuk Membuat Pilihan Terbaik. Ini Soal Lima Hati Sayang!




Sayang.
Maafkan aku.
Sungguh, aku pohon ampun dan maaf dari kamu.
Selama ini aku hanya melihat kamu dari jauh tapi aku tidak mampu merasai kenikmatan bersama kamu.

Sayang.
Tarikh itu hampir tiba.
Mungkinkah ada jawapan bagi segala persoalan yang melanda aku?
 Teman wanita pertama?
Kekasih gelap yang cerah?
Cinta ketiga yang bakal bernikah?
Atau kamu yang baru ku temui?



Ia melibatkan hati sayang.
Bukan seorang.
Tetapi kita, kita berlima.
Aku, kau dan mereka bertiga.
Maaf sayang, kamu yang keempat.

Sayang.
Mulanya aku menjangkakan hanya ada dua dalam hidup aku.
Teman wanita pertama yang kini sendiri dan mencari bahagia.
Kekasih gelapku yang cerah yang sedang enak mengulit cinta.
Tarikh itu tidak luput dalam ingatan aku.
Tapi, tatkala aku menerima warkah dari cinta ketiga aku, aku tersentak.
Dia juga punya hak untuk menuntut kelebihan kasih sayang aku.
Sungguh.
Walaupun cinta kami telah direnggut oleh seseorang yang bakal dia nikahi, tapi aku pasti dia masih milik aku.
Degil bukan hati aku?
Nah, kamu muncul membawa sinaran yang membuat hati aku berkocak gagah.



Sayang.
Sudah tentu aku mahu buat kamu bahagia.
Sudah tentu aku mahu buat kamu ceria.
Lupakan teman wanita pertama dan kekasih gelap yang berkulit cerah buat seketika.
Usia mereka bakal menginjak juga, tetapi kamu lebih muda, lebih bergetah.
Abaikan cinta ketiga yang bakal bernikah dan meninggalkan aku.
Kerana apa?
Aku punya kamu sayang.

Sayang...
Kita mungkin jauh terpisah tetapi aku mahu kamu selalu mengingati aku.
Mengenangi kasih sayang kita sepanjang waktu.
Setiap saat, detikan yang berlalu, hanya aku yang mengisi kalbumu.
Bukan mereka yang hanya akan lalu lalang dalam hidupmu.
Maka sayang, bila aku sudah bicara mengenai waktu, aku hanya terfikirkan sesuatu.

http://d2g465z57r2u8t.cloudfront.net/photos/18902/Diesel-D21200-Pink-Watch-Final-1.jpg

Ia akan berada dekat denganmu.
Ia akan sentiasa berada disampingmu.
Di setiap denyut nadimu yang bergerak, detik waktu turut sama menginjak.
Maka, aku rasakan inilah yang terbaik di saat kamu mahu menginjak usia.
Meninggalkan nombor satu di hadapan.
Dan menyalin nombor dua sebagai ganti usia.

Sayang.
Sekali lagi aku dambakan kamu sudi memiliki ia.
Biarpun ia hanya sesuatu yang biasa, tetapi ia penting dalam kehidupan kita.
Aku harap kamu sudi sayang.
Menerima dalam setiap helaan nafasmu.
Menerima dalam setiap denyut jantungmu.



Selamat ulang tahun Ween sayang.
Biarkan aku lupakan teman wanita pertama dan kekasih gelap yang bakal menyambut ulang tahun pada hari yang sama.
Biarlah aku lupakan cinta ketiga yang bakal bersanding pada tarikh yang sama.
19 Disember 2009.
Biar ia hanya milik kita berdua.

Ween tuan punya Alam Maya Saya.

Zara : Sekali lagi, ini adalah penulisan khas untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Ween (Alam Maya Saya -AMS) sempena ulang tahun kelahiran dia yang bakal tiba pada 19 Disember 2009 ini. Oh ya, memang benar teman wanita dan kekasih gelap bakal menyambut ulang tahun mereka juga. Cinta ketiga juga bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. 


67 comments:

  1. hahaha
    ingatkan apa tadi
    gudluck

    ReplyDelete
  2. so sweet giler cikgu ni bermadah..;D

    ReplyDelete
  3. intanurulfateha (◡‿◡✿):

    thanks sayang!

    =]

    ReplyDelete
  4. wah. puitis nya. i love ur words, kak zara! thanks join contest ween :)

    ReplyDelete
  5. Ni utk kontes Ween eh?
    Gudlak!!!

    ^_^

    ReplyDelete
  6. zara kome ni bukat je ahli kimia tapi ahli bahasa..blehla part time ngajar BM..hahahaha

    ReplyDelete
  7. huu. mula2 mcm confius siapa mereka bertiga. baru lg berkenalan dgn Dunia Sebelah Zara. after read ur previous entry, baru faham :)

    ReplyDelete
  8. romantik nya. siapa yang akan ayat u nanti mesti kena sastera tinggi haha

    ReplyDelete
  9. tak berapa faham sebab banyak watak misteri. :D

    apapun good luck!

    pssttt..jom kurus! ^___^

    ReplyDelete
  10. he he ... pak cik nak adiah juga

    ReplyDelete
  11. gudluck zara..hasil nukilan yang cukup jiwang....

    ReplyDelete
  12. zara kalau ko taknak jam tu , ko pas kat aku k lalaa

    ReplyDelete
  13. ween :

    hehehe~

    no big deal dear~

    just hope u like it~

    ReplyDelete
  14. Nakamura Kazuki :

    hahaha~

    BM?

    karangan?

    aku pengsan wei~

    ReplyDelete
  15. s.c.h.u.l.t:

    hehehe~

    kamu buat bisnes kurus ya dik?

    nanti ku usya~

    =]

    ReplyDelete
  16. ░♥si lampu neon♥░ :

    tu ko tanya ween neo~

    LOL!

    ReplyDelete
  17. uitss..19th Dec 09..tarih anibeseri akak gak tue...

    ReplyDelete
  18. Gieyana:

    wah kak~

    buat contest gak ke?

    hehehe~

    ReplyDelete
  19. teman wanita, kekasih gelap dan cinte ke3 semuanya kamu ada

    jadi siapakah Ween di mata kamu?!!!!

    tetiba emo pulak.

    adakah Ween yang keempat?

    jeng jeng jeng!

    ReplyDelete
  20. Then babe, who am I inside your cold heart?

    Who am I babe?!!

    =p

    ReplyDelete
  21. YobSumo :

    Oh Yob~

    aku keliru~

    aku keliru!!!

    hahahaha~

    ReplyDelete
  22. aku x paham sangat cite nih ..kene translate dalam BI nih..ahhahah

    oh..pasal contest ke?keke...hengatkan apa dah...<-kes x baca abis..pahtu dah letak komen..wakaka

    ReplyDelete
  23. heheh...best of lux dear...x sngka u ponw masuk...

    ReplyDelete
  24. ingatkan ape la tadi...
    wat suspen jer..
    tapi, sedap gak sastera cikgu ni ek :p

    ReplyDelete
  25. hahaha
    harus2
    sokong2
    tapi ada macam novel juga nih
    tulis lah cerpen cik zara
    mana tau leh jual
    dapat royalti

    ReplyDelete
  26. adoila,
    ku baca, ku tak paham,
    ku baca lagi,
    ku tak paham lagi...

    akhirnya bila dah paham,
    kutahu yg aku perlu stalk kamu lagi...
    dan lagi dan lagi :D

    utk memahami cinta pertama dan kekasih gelapmu itu...

    adehlaaaa..:D

    tp entah kenapa dalam ber'adehlaa' aku tersenyum... zara yang memutuskan neuron ku... aku perlu minuman ber DHA

    ReplyDelete
  27. Wahhh..... Ermm, nak masuk gak ke takmo erk?

    ReplyDelete
  28. power giler manis ayat ko
    ahahaha

    ReplyDelete
  29. nak masuk contest ke? All the best ya. hadiah boleh kongsi tak? :p

    ReplyDelete
  30. jam tu ke watak baru?

    bace kali ke 3 macam baru dapat tangkap..

    dah beli? atau baru nak beli? huuu~

    gud luk utk contest..^^

    ReplyDelete
  31. hans:

    hahaha~
    ku menulis tak konsisten hans~

    =]

    ReplyDelete
  32. Pocket :

    hehehehe~
    hoyeah!

    dapat memutuskan neuron abangku!
    kih3~

    ReplyDelete
  33. Fatt Chin Choy:

    mana boleh lawan ayat ko Fatt~

    haha~

    ReplyDelete
  34. apa maksud kekasih gelap?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)