Pages

Wednesday, December 09, 2009

Khas Untuk Pembaca Matang : Anda Tahu Apa Itu Cuci Kaki?


Kamu matang?
Betul?
Mari aku lihat kad pengenalan kamu.
Eh, jangan berdolak-dalik.
Apa tafsiran matang bagi kamu?



Kisah legasi Si Busuk dan Si Tengik kembali mewarnai Dunia Sebelah Zara.
Setahun lebih mengenali sesama sendiri tanpa pernah berjumpa, terima kasih Tuhan, persahabatan yang mereka bina masih utuh dan kuat tanpa mengira apakah badai dan cubaan yang melanda. Si Tengik sering menyedari, ada lima perkara yang sering menguatkan persahabatan mereka.



Seperti kata Si Busuk, lebih senang untuk memahami orang daripada mahu orang memahami diri kita. Itu mungkin yang membuatkan Si Tengik sentiasa mahu berlumba dengan diri sendiri. Mengejar dan membunuh segala halangan yang boleh menjatuhkan dan memakan kehidupan insani yang penuh dengan ujian duniawi.

Si Tengik yang sudah memulakan kerjaya profesionalnya sangat benci bila diasak dengan pertanyaan bila dia akan melangsungkan pernikahan. Benci dan meluat. Dia merasakan usianya masih muda, malahan tanpa calon untuk dirinya, dia tertanya-tanya mengapa orang sering menebak dia dengan persoalan begitu.



Si Tengik : Aku rasa macam nak bunuh sahaja bila orang tanya aku pasal kahwin. *ketawa*
Si Busuk : *ketawa* Siapa?
Si Tengik : Bila aku pergi kenduri kahwin, semua orang tanya, dah kerja ni, bila nak berlaki?
Si Busuk : Gila ayat.
Si Tengik : Aku senang sahaja jawab. Kalau tiada harta aku sendiri, aku takkan gatal-gatal nak jerut diri. *ketawa*
Si Busuk : *ketawa* Jawapan paling pintar. Kalau aku, aku jawab "Makcik ada anak dara? Bagi saya pinjam dua, tiga hari".
Si Tengik : *ketawa* Orang-orang tu macam tercengang. Mereka kata, "Ala, takkan selamanya nak kumpul harta". Aku cakap, kumpul harta, rumah, kereta, lepas itu baru cari suami. *ketawa* 
Si Busuk : *ketawa* Aku tolong jawabkan bagi pihak makcik tu. - "Laki kau masuk cuci kaki. Semua dah ada"
Si Tengik : Biar makcik, senang hati saya. Kalau tidak payah nanti.


 [Ada bahagian yang perlu ditapis kerana terdapat aksi ganas keterlaluan]

Si Busuk : ............................................
Si Tengik : ............................................

Si Busuk : Kau sediakan jawab sebab pasti nanti ada makcik-makcik akan jawab macam tu.
Si Tengik : *ketawa* Pijak perut, rentap rantai leher, muka seret kat tanah.
Si Busuk : Bengong...
Si Tengik : *ketawa jahat*
Si Busuk : Ganas gila. *ketawa*
SI Tengik : *ketawa* Harus...

Perbualan diteruskan dengan membincangkan isu yang berkaitan dengan perkara yang berkaitan dengan laman sosial yang mahu dipadam oleh mereka dan cadangan-cadangan untuk menguasai dunia teknologi dengan jayanya.


9 Disember 2009
Aku perlu bertugas di sekolah.
Menjaga kertas Perdagangan 1 dan 2.
Selamat ulang tahun ke-23 buat sahabat tersayang, Anna.

Zara : Sedang menilai buruk dan baiknya sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan dia. Hati tetap mahu tersenyum gembira tanpa ada rasa gundah gulana.

82 comments:

  1. muahaha~! ;p

    nanti giliran aku plak menulis ;)

    ReplyDelete
  2. si tengik and si busuk.. haha..
    interesting.. =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  3. huhu, begitulah. single di tanya bila mahu kawin. dah kawin ditanya bila mahu ada anak...jgn tanya tak boleh agaknya.kuaaang!

    ReplyDelete
  4. benar soklan paling malas nak jawabkan hehe

    ReplyDelete
  5. salam...i pun rase nk bunuh org gak...mane2 p org tnye ..ko bile nk kawin..soklan lazim...hehe

    ReplyDelete
  6. tulah pasal makcik2 ni ..sibuk betullah..bila nak kawen..bila nak kawen..tp aku kalu ditanya camtu..aku just diam dan tersenyum..
    kang menjawab kaw kaw..cam x hormat org tua plak..mmm

    ReplyDelete
  7. There's a Si Tengik and a Si Busuk ? o.O Ew. LOL.

    And yeah, what's the hurry on getting people married ?

    ReplyDelete
  8. suka nick si tengik n si busuk haha

    ReplyDelete
  9. masih blur..
    apa maksud cuci kaki??
    hikhik

    saya inesen...
    :)

    ReplyDelete
  10. cuci kaki pada pahaman aku ialah..

    contoh : perempuan dah sediakans egalanya.. kereta.. rumah..

    kawen.. org lelaki cuci kaki je.. semua dah sedia

    amaca jawapan aku!

    ReplyDelete
  11. .wahh rajin g skola
    .kasut da kapur dik? ;p

    ReplyDelete
  12. kreatif2..

    endahkan je ape orang kataa.. lu nak kawen ke, berteman ke, hak lu..

    (ni wa rase nak masuk umah cuci kaki gak ni. heheheh. jadi surirumah je.)

    ReplyDelete
  13. oit sensitif ke sal kawen2 huhu aku rase ko dulu ar wehhh

    ReplyDelete
  14. hurm...
    tu la..
    aku pun tension jugak setiap kali pergi kenduri kawen mesti kena tanya soklan cepumas tu....T_T

    ReplyDelete
  15. agagaa.
    nak tolong part seret muka tuh keh!

    ReplyDelete
  16. Matang bkn angka.. Bkn juga pangkat, kerjaya, pncapaian dn sbgainya.. Huhu.. Matang itu bila saat kita sedar yg kita bkn lagi kanak2, remaja, dn kita pny tanggungjawab dlam hidup.. Hurrmm.. Betul ke? Hee.. ;)

    ReplyDelete
  17. nak kawen!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  18. hahaha..soklan cemas tu..ehe..xpe2..sabar je la kan..

    ReplyDelete
  19. Saya nak kawin dengan si busuk ah cenggini...

    ReplyDelete
  20. ha ha..mungkin soalan paling mudah untuk ditanya kepada golongan muda

    ReplyDelete
  21. dang!!
    pocket actually kenal somebody yg memang cuci kaki.
    bila masuk family tu dia cuci kaki,
    bila kuar pun dia masih lagi suci,
    apa pun tak dak...

    hatta ASB dia pun tak pernah terkumpul,
    so skrg dia keja jual fisbol bakar.

    cian dia:)

    pocket tak nak cuci kaki, pocket nak ada duli, yg cukup tebal utk nak wat landing gear, kalau kalau jatuh.
    tak sakit sangat.

    ReplyDelete
  22. anggap satu pengorbanan, untuk keluarga.

    elok cuci kaki..

    kira umur demi kepuasan.

    selebihnnya untuk adik beradik boleh kan??

    ReplyDelete
  23. heee...besa la tu..org dok tanya..tp hairan plak..aku tak ramai plak tnya..eh..ke ramai tapi aku lgsg tak amek kisah n terkesan??hmmm

    ReplyDelete
  24. pernah terCHAT dengan sorang jejaka di YM...

    dia berkata bahawa mau cari calon isteri orang yg keje dengan Gomen....

    senang nak wat loan kata nyer....huhuhu....tu nama nyer CUCI TANGAN....ekkekkeke

    ReplyDelete
  25. kalau i,i suke org tanye.hahaha ala kalau org tanye lagi ckp 'esok saye kawen makcik.jemputlah'haha

    ReplyDelete
  26. hurm..soalan yg wat org xde mood nak gi kenduri kawen huhu..

    mmg mls sgt nak jwb soalan cepu cemas tu... wat org tension jer...

    ReplyDelete
  27. he..23x satu je nasihat bro.. if kumpul harta biar la berpada.. jgn xbyr zakat je...

    lgpun skrg xramai lelaki yang lelaki... riso dpt lelaki yang nak harta...dok rumah goyang kaki.. kamu pulak bermati2an kat sekolah carik rezeki huhu

    he..23x bgus gak ayat kawan mu itew.. pinjam anak dara makcik semalam 2.. confirm xberdara la tue nnt (cam test kereta la pulak)

    p/s- bro xckp pun bro yang terbaik...tp bro masih terase kekurangan diri... masih ada yang tiada.... cam mne nk jamin masa depan anak org

    ReplyDelete
  28. harta keperluan dunia, kalau keperluan rasanya tak jadi halangan kalau berkemampuan.
    Cuci kaki la kalau berkahwin semua dah ada tetapi ada lagi keperluan hidup bersama yang perlu dikongsi bersama kan

    ReplyDelete
  29. memang da lumrah kot, orang tua suka menyibuk. hal kahwin kita pun sibuk, arah itu ni.

    harap2 diri ini bila sudah tua tidaklah begitu.

    ReplyDelete
  30. soalan lazim dari makcik2...hahhaa

    ReplyDelete
  31. hahaha...tau takpe mmg itu adalah normal bagi makcik2 yang suka menyibuk....

    ReplyDelete
  32. manusia memang suka amik tahu hal orang lainkan...

    ReplyDelete
  33. pertanyaan biasa untuk anak dara...nnt dah kawin...bila nak ada anak pula??

    ReplyDelete
  34. Pertanyaan ghitu jawap jewr ikut orang yg bertanya.... Cth;

    Laki bujang yang bertanya, jawap "Jomlah, rumah tok imam bukak lagi ni" dengan gaya bersungguh-sungguh.

    Kalau makcik yang bertanya, jawap jewr "Artis *si polan* tu tak masuk meminang lagi lah" dengan selamber.

    ReplyDelete
  35. troisnyx* :

    some older people love that so much~

    ReplyDelete
  36. Blog Anuar Kamaruddin™:

    hahaha~

    harus katanya~

    ReplyDelete
  37. ░♥si lampu neon♥░ :

    takde calon~

    carikan satu~

    ReplyDelete
  38. Pocket :

    pergh~
    ada landing gear~
    err..bertilam empuk tak nak ke bro?

    ReplyDelete
  39. i'msosupernotcool :

    baca pengertian Si Tedi di atas~

    ReplyDelete
  40. I cuci kaki~
    Eliza pun cuci kaki~

    Harta mak bapak punya~

    ReplyDelete
  41. I cuci kaki~
    Eliza pun cuci kaki~

    Harta mak bapak punya~

    ReplyDelete
  42. Donatella a.k.a. DonDecember 10, 2009 at 8:08 AM

    Hahaha~

    Give Si Busuk to me~

    He sounded cool~

    ReplyDelete
  43. Hazami!

    Is that consider as confession?!

    =p

    ReplyDelete
  44. HEMY :

    ada org tanya~

    meh aku tanya~

    bila nak kawin dgn cembam?

    ReplyDelete
  45. ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠:

    aigoo~~

    nak tumpang lempang org camtu bleh kak?

    LOL!

    ReplyDelete
  46. rathiqah azmira rosli :

    hahaha~
    bleh gak jawapan camtu~
    nak guna lah~

    ReplyDelete
  47. Framestone:

    minta2 dijauhkan dari manusia2 yang camtu~

    aigoo~

    ReplyDelete
  48. Lifesaver :

    dan bila ada anak, nanti sibuk tanya bila nak bercucu kan?

    ReplyDelete
  49. Buat Semua>>>

    Terima ksih kerana membaca dan meninggalkan komen!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)