Pages

Sunday, December 06, 2009

"Jari Tengah Kamu Yang Diangkat Tatkala Senja Meremang Memang Sesuai Dengan Motosikal Dan Perangai Yang Buruk"




Senja meremang.
Langit bertukar warna.
Kenderaan bertali arus.

Menoleh ke kiri.
Menoleh ke kanan.
Kenderaan yang panjang beratur memberikan izin laluan.
Tangan diangkat, senyuman dihulurkan tanda terima kasih.

Usai kenderaan pelbagai guna milik keluarga bergerak, bunyi hon dari ketua rumah bergema.
Dua celaka menaiki motosikal tiba-tiba menerjah entah dari mana.
Entah dari lubuk mana.
Bunyi hon kenderaan lain juga bertalu-talu, tanda amarah.



Eh, pemandu jahanam.
Engkau menyeringai pada kami.
Eh si pembonceng durjana, kau tunjukkan jari tengah sambil memaki-maki.
Kau tahu jari tengah itu juga kita panggil jari hantu?
Nah, serupa dengan perangai kau yang sebegitu.

Motosikal cabuk tak mengapa.
Perangai buruk dan busuk itu sungguh bahaya.
Bila digabungkan keduanya, sesungguhnya kamu manusia gila!

Mahu menunjuk jaguh di jalan raya?
Bajingan, itu bukan tempatnya!
Nyawa kamu tiada nilai?
Bagus!
Sebab nyawa kami ada.
Nyawa pengguna lain juga ada.
Azan Maghrib melantun memenuhi angkasa, jari kau masih tegak menunjuk ke udara.

Moga kamu berdua masih ada kesempatan untuk mencium bau pintuNya.
Moga-moga.

Zara : Hati mendongkol marah melihat mereka yang tidak mengerti nilai nyawa sendiri dan manusia lain ketika di atas jalan-raya. Oh, khabarnya semua institusi pengajian tinggi akan memulakan sesi baru pada 14 Disember 2009? Indahnya...

44 comments:

  1. tak senonoh la mereka
    tak sayang nyawa

    ReplyDelete
  2. .kurang ajar betul budak tuh!

    -intanurulfateha malas sign in hehee-

    ReplyDelete
  3. hehe...sabar jerla.
    risau gak dengan penunggang motor nih.especially malam minggu.
    tengah2 highway ramai2 bawak motor.risau dengan kejadian ada orang kena belasah sampai hampir mati kat highway MRR2 oleh 15 orang mat rempit

    ReplyDelete
  4. aku lah antara pelajar yang bakal memulakan sesi 14 Disember 2009 tuh..hehehe

    ReplyDelete
  5. dik zara,
    langgar jer...
    kalau mat rempit sebegitu,
    biarpun dilanggar,
    tiada siapa yg kasihan,
    lagi gelakkan lagi ada la..

    so please help mankind.
    help the other bored driver.
    by giving something to trigger their laughter...
    by running over those rempit with your front tyre...

    once passed the rear bumper...
    do reverse again and do them the favour
    of crushing their helmet twice:D
    so that it would look nice :)


    eh jadi madah!!?

    ReplyDelete
  6. nyawa mereka ad yg kedua di pasar pagi & malam..

    ReplyDelete
  7. ceh.. tukar rumah plak.. ehehe.. nmpk matang daa..

    ReplyDelete
  8. kak...nk cerita benar atau tidak???

    ReplyDelete
  9. maybe jari tu je dia bleh angkat.jari lain salah urat kut.hehe

    ReplyDelete
  10. bukan utm ke syg?
    u laen macam lewat sikit je.. :(

    ReplyDelete
  11. dari komentar ke5 tadi jadik ke belasan dah...

    tak kuar lar komen kRina td... Zara tengah bega-bega eh..?

    apa ye komen tadi...pk jap..
    haa.. bbudak tu sumer mmg kurang ajar...

    bbdak skarang ni takde rasa hormat kat orang lain dah... byk dah dengar dan baca... merisaukan..

    ReplyDelete
  12. layout baru tapi sedikit berat
    kb mall runtuh bahagian atas pun sebab orang2 macam ni rasanya

    ReplyDelete
  13. sokonh hans..
    sedih bila tgk org lain jd mangsa pada kecuaian org lain :(

    ReplyDelete
  14. Wah.. Tukar layout ke? Hehe.. Apo mahu buat pada mereka?? Kita sula saja? Hmmm.. Dorang kalau tak kena mmg tak mau sedar.. Sabar saje laa zara.. ;)

    ReplyDelete
  15. mat rempit kew?

    i pn mat rempit...

    tp x tegar...

    huhuh...

    ReplyDelete
  16. kak.
    sy pena jd mcm budak due ekor.
    hehee
    sorry~

    ReplyDelete
  17. Aidi-Safuan :

    huhuhu~
    tu le pasal~
    membahayakan diri woo~~

    ReplyDelete
  18. Pocket :

    hehehe~
    u make me smile
    even tho I need to crash some pile~

    =p

    ReplyDelete
  19. ezany:

    ku jadi tensen dengan makhluk sebegitu~

    ReplyDelete
  20. Mr PenyuBiru :

    aduyai~
    positif sungguh encik penyu~
    hehe~

    ReplyDelete
  21. a.z.r.i.n.a.03.07 :

    ye ke kak?

    aigoo~~

    hehehe~

    betul kak!

    setuju sangat!

    ReplyDelete
  22. hans:

    berat ke wei?

    huhuhu~
    memang bahaya sungguh~

    ReplyDelete
  23. sI tEDI :

    huhuhu~

    tu le pasal~

    bikin darah panas~

    ReplyDelete
  24. Farhana :

    kalau bleh sula laju2~
    dan tak kena tangkap, ku dah buat dah~

    hahaha~

    ReplyDelete
  25. GhOsToNe:

    ku pun suka rempit~
    tapi tak camtu~
    huhuhu~

    ReplyDelete
  26. dorang ni xsayang nyawa mereka
    dan juga membahayakan nyawa kita gak..

    ReplyDelete
  27. dh ckp amalan kot kak..
    bersedia dh nk mati~
    hurm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)