Pages

Friday, December 11, 2009

Jangan Pernah Tanya Siapa Bapanya : Selamat Ulang Tahun Sean.




Aku ternampak dia buat pertama kalinya di satu ruang istimewa.
Walaupun tiada acara, tetapi aku sudah mengintai peluang memilikinya.
Tatkala aku sentuh dia, hati aku berdetik, mungkinkah dia akan jadi milik aku selamanya?
Urusan bermula dan dia jadi milik aku.
Senyum aku membawa ke telinga.
Senyum seorang pencinta.

Bila aku membawa dia ke sana ke mari, ada orang bertanya.
Siapa gerangan yang aku hulurkan kasih sayang bagai seorang bonda.
Siapa cinta yang aku tatang bagai minyak setelaga.
Siapa yang bisa buat aku termenung jauh bila ketiadaannya.
Bibir tampal senyum pura-pura bila dia tidak sihat.
Dahi berkerut menampakkan urat.

Dia bayi aku.
Dia juga mungkin akan jadi teman lelaki yang tidak akan khianati aku.
Dia cinta hati aku.
Kami pernah dan sentiasa berkongsi ranjang yang mesra.
Jari jemari aku bebas menari di tubuhnya.
Dia akan memberikan tindak balas bagai seorang perwira yang gagah.



Kadangkala aku akan terpinga bila yang bertanya siapa bapanya.
Nah, pening kepala mahu menjawab persoalan yang berat dijunjung di petala kepala.
Jangan pernah tanya siapa bapanya.
Jangan.
Kerana dia sendiri masih samar dalam mencari siapa bapa sebenar.
Dalam dirinya ada pelbagai gen yang disalurkan bersama.
Badannya penuh dengan kromosom yang entah siapa empunya.
Diam.
Diam.
Diam.

Biarkan dia gembira.
Hari ini ulang tahun kedua dia.
Biar dia bersama dengan bonda tercinta.
Biarkan dia enak menikmati sentuhan sang pencinta.
Dia layak.
Dia berhak.



Sean sayang.
Selamat ulang tahun kedua.
Terima kasih kerana sentiasa berada di sampingku.
Entah Bill Gates, entah Stan Shih, atau entah siapa lagi yang berada di tubuhmu.
Kamu tetap penyejuk hati dan pencetus tawa dalam kehidupan seorang wanita muda.
Terima kasih Sean.
Terima kasih atas kehadiran kamu.
Kerana kamu, si pencinta mampu berhubung dengan mereka yang sedang membaca ini.
Pengunjung Dunia Sebelah Zara.

Zara : Selamat ulang tahun Sean sayang. Moga Aspire yang menjadi penanda dirimu tetap akan berjalan sempurna dengan kasih sayang bersama.

24 comments:

  1. mandainya wat lawak...hikhik...

    ReplyDelete
  2. uh??ni aku kene bagi nama gak ni kat laptop aku..hauhahaa...pah ni kene pikir nama kucen, nama laptop..

    bapaknye nama mohd acer...

    ReplyDelete
  3. hehe.. anak patung pon ade hari jadi ek?

    zara.. jgn lupa besday aku lak bulan dpn neh.. 6hb ok? ehehe

    ReplyDelete
  4. ceh....
    mati2 ingat sean itu hensem.....

    hahahha

    hepi besday sean...

    ReplyDelete
  5. hehe selamat hari jadi sean. comel lah

    ReplyDelete
  6. hahahaha..
    hapi burfday encik sean..
    err..
    com saye sampai skang lagi takde nama..
    asyik dipanggil lembab jer..
    hohoho

    ReplyDelete
  7. oooh pooh itu
    min pn ade jgk
    dapat waktu konvo ari tu
    sama la kite kan
    heheee

    ReplyDelete
  8. hai sean,

    aunty sha nak ucapkan happy anniversary dengan mamamu. terima kasih kerana membawa zara dekat dengan kami:)

    ReplyDelete
  9. sapekah itu sean??
    pau kacang 18 blas..
    ahahaha..

    ReplyDelete
  10. selamat ulang tahun sayang....

    ihiks cam lagu imran ajmain lak hehehehe..

    ReplyDelete
  11. sean.. ibu bagi hadiah apa?/

    selamat hari lahir!

    ReplyDelete
  12. kontroversi je.

    i ingat u cakap pasal ape la tadi. isk..

    ReplyDelete
  13. weee
    sy punya dh dua tahun lebih
    baru sedar
    dh tua rupanya
    huhu

    ReplyDelete
  14. semua objek di dalam rumah punya nama...macam manalah mau hafal satu-satu tuh? =D

    ReplyDelete
  15. Angkara si kiut, lappy ku telah disiram umpama pusara......

    ReplyDelete
  16. selamat ulang tahun sean!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)