Pages

Tuesday, December 15, 2009

Bila Pembohongan Kamu Terbongkar, Hingus Aku Meleleh Gembira.


Aduhai.
Sumpah.
Penipuan kamu buat hingus aku meleleh laju.
Selsema akibat hujan malam yang mencucuk ke dasar tulang.
Ditambah dengan terbongkarnya penipuan yang cuba kamu selindungkan.



Aku ketawa sambil membuka kamera di kepala Sean.
Berinteraksi dengan teman-terbaik sepanjang masa.
Teman lihat aku asyik mengesat lelehan mukus.
Ketawa.

Kamu boleh gali lubang.
Tutup.
Gali dan tutup berkali-kali.
Tapi bila terbongkar, kamu mahu menimbus diri?

Ya, kamu belum sedar.
Kamu belum tahu.
Tapi si perempuan telah mendedahkan segalanya dengan bangga.
...dan aku?
Ketawa gembira.
Kerana apa?
Pembohongan kamu telah terbuka dengan jayanya.

Kamu masih mahu menari, aku ikut rentak kamu.
Tapi kamu terlupa, penari tentu ada pelan tindakan seterusnya jika acara tidak berjalan lancar.
Aku sudah nampak pincangnya tarimu.
Jelas walaupun kamu mahu menafi walau kaki sudah terseliuh berkali.
Ketawa.

Tetap masih mahu menipu?
Betul?
Sungguh?
Sumpah?

Esok pagi akan aku letakkan di tempat persidangan kita.
Akan aku bentangkan di depan mata kamu.
Tetap mahu menipu?
Telur kamu akan tinggal satu.
Ketawa gembira.

Zara : Sedang menikmati perjalanan yang kita panggil sebagai satu garis usia remaja menginjak dewasa. Esok ada yang mahu membawa bersiar-siar menghirup udara segar, menyedut wang belanja ke negeri Melaka. Moga-moga rancangan berhasil, moga ada pelepasan dari tuan dan puan pemilik rumah.

33 comments:

  1. Aku kalau masuk sini, mesti kena migraine sebab tak tahu mana satu nak tengok. Nak ubat, kau kan ahli kimia.

    ReplyDelete
  2. .telur tinggal satu?
    .mne lagi satu syg?
    .HAHAHA!

    ReplyDelete
  3. menari kalau sudah pincang cari tarian lain pula mgkn inang hehe

    ReplyDelete
  4. Pembohong kakak kata saya???? T_T

    Hahahaha! Siapa, kak? Nak jugak meleleh air hidung. Masin.

    ReplyDelete
  5. ooo
    kata-kata kamu
    memang sungguh simbolik
    heheee

    ReplyDelete
  6. pocket pernah menipu,
    jarang kantul, tp kalau kantul..

    pocket akan sorok muka mcm kevin dlm filem up, sorok belakang russel:D

    so dia menyorok tak?
    kabo kat dier.. muka jer tersorok..
    'tipu' dia tak jgak :D

    ReplyDelete
  7. kenapa entry ney ada kesinambungan dgn uncle beruwang??:))

    ReplyDelete
  8. Zara.. Kalau saje google translator punye translation utk sastera.. Huhu.. Dahsyat sastera kamu.. Deep meaning.. Smpi kdang2 kalau tak betul2 mau tenggelam.. Heehee.. ;)

    ~ ajarkan ku.. hee.. kdang2 ade yg perlu kita luah tapi tak mahu orang faham.. errkkk.. ade ke mcm tu.. hmmm..

    ReplyDelete
  9. macam mana nak hidup kalau telor tinggal satu? tiada lagi semen. hehe.


    Zara mungkin dia terpaksa menipu.
    Untuk kebaikan kamu.

    Ada ke orang menipu tanpa sebab.

    Atau pun dia memang betul2 berniat jahat dengan menipu.

    mungkin.

    ReplyDelete
  10. kena baca 2 kali baru paham..
    cik iz xpandai sastera, tu yg lambat ckit.. hihi

    nway, doakan org yg menipu tu diberi petunjuk..

    mungkin dia ada sebab tapi x boleh dibiarkan..

    ReplyDelete
  11. kena baca 2 kali baru paham..
    cik iz xpandai sastera, tu yg lambat ckit.. hihi

    nway, doakan org yg menipu tu diberi petunjuk..

    mungkin dia ada sebab tapi x boleh dibiarkan..

    ReplyDelete
  12. iskh..

    pelik lew..

    ahli kimia leh hasilkan begienieyh!

    ReplyDelete
  13. pergh kes berat ni sayang heee...

    sampai tinggal satu nih hehehehe

    ReplyDelete
  14. zara nk keluar dengan sape tu??
    =)

    ReplyDelete
  15. telur tggl satu??apa maksudnya itu adik ku

    ReplyDelete
  16. haippp
    saper berani tipu adik ku ini?

    telur? hehe *senyum =}

    ReplyDelete
  17. dah buat persidangan ker, ada keputusan tak

    ReplyDelete
  18. ayat kamu selalu buat kamu senyum.

    tajam setiap bicara.

    kamu kuat zara!

    ReplyDelete
  19. haha..kenape telur tinggal satu? =p ku dah mule pk lucah..haha~

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas informasi menarik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)