Pages

Thursday, December 10, 2009

Awak Duduk Atas Meja, Saya Duduk Atas Kerusi : Boleh Saya Cium Awak?




Kenangan kadangkala mengajar kita lebih daripada makna kehidupan itu sendiri.
Kita tersenyum bila mengenang yang manis.
Kita menangis bila mengenang yang pahit.
Ada kalanya kita akan menangis juga bila mengenangkan yang pahit.
Ada kalanya kita tertawa bila mengenangkan yang pahit.
Itu kenangan.
Kenangan yang kita cipta berdua.


Aku duduk dengan dia.
Aku duduk atas kerusi.
Dia pula di atas meja.

Aku senyum - ramai orang dalam bangunan empat persegi ini.
Aku duduk tengok dia.
Aku senyum lagi.
Tangan aku ligat menulis sambil aku tengok dia.

Aku tekun menulis.
Aku sentuh dia.
Dia tetap tengok aku.
Aku teruskan menulis sambil aku pegang dia.
Dia tak menolak.
Aku senyum.

Orang lalu lalang tengok aku dan dia.
Ada juga yang berjalan terus tetapi ada yang menjeling ke arah kami.
Aku hanya tersenyum, dia pula tidak menghiraukan mereka.

Aku sudahkan menulis.
Aku selak baju dia.
Dia tidak menolak.
Aku selak lagi - dia tetap biarkan.
Aku tahu, dia tak akan menolak.
Aku pasti.

Aku pegang dia.
Kemas dan kejap.
Aku menebar pandangan ke sekeliling - tak ramai orang dalam waktu macam ini.
Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.

Aku tengok dia.
Teringin.
Sangat teringin.
Aku senyum.

"Takkan ada orang nampak kan?", aku tanya dia.
Dia tetap tengok aku.
Dia rela barangkali.


Aku lihat sekeliling lagi.

Chup!
Aku cium dia sekali.
Aku senyum.
Aku kemas barang.

Aku bawa dia ke mesin pinjaman keluar.
Letak kad pelajar aku di tempat pengimbas.
Masukkan kata laluan.
Aku letak dia di atas alas hitam.

"Gedebuk"
Mesin baca dia.
Tarik kad pelajar.
Resit dikeluarkan.

Aku pegang dia kejap-kejap.
Bawa dia keluar dari rumah dia buat 10 hari.
Dia tidak kisah.



Ah, kenangan memang indah.
Kenangan memang membuatkan aku mahu menoleh ke belakang.
Memungut segala yang manis dan yang pahit.
Mahu simpan kejap-kejap, kemas dalam ingatan.
Senyuman mesra, tawa dan tangisan dalam hujan.
Biar ia menjadi yang terbaik pernah dilayar dalam ingatan.

Zara : Usai berbual dengan dua teman wanita yang sungguh istimewa. Kedua-duanya guru muda. Seorang bertugas di Kapit, Sarawak. Seorang lagi di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kata-kata nasihat yang mereka curahkan dalam membantu aku membuat keputusan, membuat aku tersenyum lebar. Mereka mengerti hati adik mereka ini.

46 comments:

  1. xpaham rrr..
    perkukan penjelasan..
    hehe~

    ReplyDelete
  2. yup! kenangan itu mendewasakan diriku... ;)

    ReplyDelete
  3. yup! kenangan itu mendewasakan diriku... ;)

    ReplyDelete
  4. ingat kan pakweeee tadi. hehehehe.

    buku tajuk ape?

    ReplyDelete
  5. Lord Zara:

    Nanged!

    Have a nice day! :)

    ReplyDelete
  6. Macam situasi di library.. Meminjam buku.. Buku ape tu zara??? Hehehehe.. ;p

    ReplyDelete
  7. aku suka entry ni
    penuh makna
    serius

    ReplyDelete
  8. aku x paham ni...
    lelaki ensem ke atau kad pelajar..??/ahahha..

    ReplyDelete
  9. Teka-teki, teka tekuk, ular mati macam sendok, Apakah? NgeeNgeeNgee

    ReplyDelete
  10. Buku kan?

    Hahaha.

    Dua kali bace bru paham!

    :P

    ReplyDelete
  11. Mesti ilmu tu. yang menjadi persoalan ilmu apa yang Zara dok selak sampai cium?

    ReplyDelete
  12. step pinjam buku ke hape ni kak?

    ReplyDelete
  13. ahaha..aku pun penah buat gitu.nak hadiah.ngeh2

    ReplyDelete
  14. nnt dtg lgi nk baca bg PAHAM!!
    huh

    ReplyDelete
  15. ayat2 yu membuatkan ai membayangkan sesuatu...hahhahhaha

    ReplyDelete
  16. lain kali curik saja itu bukhu.haha

    ReplyDelete
  17. hye Zara,nice description for a book~moment kat library lg..
    keep up ur writing~~

    ReplyDelete
  18. zara
    lari tajuk kejap
    nak minta tolong ko
    aku nak masuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal
    semua syarat dah cukup
    cuma satu jer
    nak tinggalkan link dkt komen blog dia
    ko tolong letakkan leh tak?
    aku letak2 xleh pun
    nih link entry aku http://hanspunyablog.blogspot.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal-perlukah-aku.html

    minta tolong sangat2 yer

    ReplyDelete
  19. peh ayat die....best seh aku bce...

    ReplyDelete
  20. censored abes...haha!

    ak bru nk p psz td

    pinjam sehelai dua buku....

    alih2 tutup plak malam ni...=]

    ReplyDelete
  21. ko g psz ke yang??

    duh...mmg kenangan la kalu camtu..

    ReplyDelete
  22. haha..
    ingatkan aper laa tadi..
    sungguh dalam maksud ayat tuh.
    ingatkan cik lord zara nih kiss saper laa..
    rupanya buku jer..
    adoi..

    ReplyDelete
  23. otak sedang biru.
    jadi...otak dah pk lain.
    sori adik:P

    ReplyDelete
  24. aku pun suka membaca buku kala sedih dan gembira...

    ReplyDelete
  25. em.em.em.

    buku.memang buku.
    diari?

    em.em.em.
    garu kepala sambil tonton bloggerboy.

    ReplyDelete
  26. alamak...

    kan senang kalo cakap..

    sy rajin pnjm buku dkat libry!

    hahaha...

    ReplyDelete
  27. hihi..ni mesti cium buku yg nk pinjam kat library kan..

    ReplyDelete
  28. flashback kenangan...hmmm sound good..mmg indah n pahit..hehehe

    ReplyDelete
  29. persoalan nyer dik,
    kenapa buku sejarah tingkatan dua
    itu perlu dik cium?
    kalau quran, kena cium then junjung,
    so bukan quran lah kan...
    hummm

    pastinya ada idola kegemaran dlm tu,
    eh? majalah mangga? diorang kasi pinjam ker majalah murahan gitu? bli jer la dik:D

    ReplyDelete
  30. kenangan akan hidup dalam diri sampai mati... tapi nnti dah tua2 mesti asik tersengih2 je hehehe

    ReplyDelete
  31. kgan mahal ni..

    ada rahsia tak sebaliknya?

    ReplyDelete
  32. sensei zara..ambe tak ske cium dia..tapi kekadabng kena juga cium dengan paksa rela..kalau tak confirmla sekarang ambe tak dapatla merasa nak duduk dalam mahligai kejayaan...

    ReplyDelete
  33. aku rindu ke library!!!!!!!

    aku rindu buku2!!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)