Pages

Sunday, November 15, 2009

"Umur Saya 22 Tahun, Dan Saya Seorang Guru. Awak Tetap Mahukan Nombor Telefon Saya?"

Salam sejahtera semua!
Pertama sekali, ingin memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat mengunjungi kalian semua hujung minggu disebabkan aku bertugas sebagai guru pengiring ke Kejohanan Olahraga Negeri Johor. Menghantar empat peserta untuk diuji bakat mereka. Alhamdulillah, ada kejayaan peribadi yang dicapai dan catatan masa terdapat peningkatan yang nyata.

Terjumpa seorang rakan lama yang hanya berbual dua tiga patah perkataan sahaja akibat asyik direnung dari jauh. Ya Encik H, jangan biarkan aku lihat kamu di mana-mana kejohanan olahraga lagi. Aku bukan satu replika untuk direnung walaupun sudah enam tahun tidak bertemu. Dan ya, bila ada sahaja kejohanan yang besar, sudah pasti ada sahaja yang mencari peluang menduga pasaran harga masing-masing. Salah satunya, mungkin cinta.

Aku sedang menjaga barang pelajar yang mengambil bahagian apabila terdapat sekumpulan peserta lelaki (PL) daripada sekolah daerah lain duduk berhampiran. Ya, tugas guru pengiring memang merangkumi semua aspek. Dari sebagai pengurus, hingga sebagai pembeli makanan untuk pelajar. Aku terdengar suara - suara peserta yang bising dan menangkap suara dari belakang tempat duduk aku.

PL : Awak dari mana?
PL : Sombongnya.
PL : Tudung hitam, sombongnya.  Asyik pandang padang sahaja.

Perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran aku, mungkin mereka sedang mengusik sekumpulan peserta perempuan yang duduk berdekatan. Bila suara semakin galak, aku menoleh ke belakang. Bingit dan mengganggu tumpuan aku pada kejohanan.

PL : Eh, tengok pun. Awak dari mana? (Ya, di bajunya ada nombor untuk peserta)
Aku : Dari Ledang.
PL : Masuk acara apa? Umur berapa?
Aku : (menggeleng kepala tidak percaya yang disangka oleh mereka sebagai tidak berminat)
PL : Ala, jangan sombonglah. Nak minta nombor telefon boleh? (gelak mengekeh)

Aku : Umur saya 22 tahun, dan saya seorang guru. Awak tetap mahukan nombor telefon saya?
PL : (terdiam dan kemudian ketawa) Cikgu ke? Tipu lah.

Tatkala ini, pelajar aku datang menghampiri usai acara mereka untuk berehat dan menonton acara lain.

Pelajar Aku : Cikgu, acara saya dah siap. Nak minum air, cikgu.
Aku : (menghulurkan botol kepada pelajar) Tahniah. Duduk rehat dulu ya? 
Pelajar Aku : Baik cikgu.
Aku : (berpaling kepada mereka yang berada di belakang aku) Awak tak percaya lagi?

Peserta lelaki tersebut sudah merah mukanya dan mereka beredar dari belakang aku. Mungkin ada acara yang bakal mereka sertai pada waktu petang tadi.


**Di luar stadium MPK - Tiada gaya guru ke?**

Esok perlu ke sekolah seperti biasa. Badan memerlukan rehat yang cukup dan insyaALLAH, mungkin usai pulang dari sekolah esok, aku akan mengunjungi kalian seperti biasa. Pelukan hangat yang tidak berpeluh buat kalian semua!

Zara : Akan keluar bertugas mengiringi lawatan pelajar dalam minggu ini ke Negeri Sembilan, insyaALLAH.

91 comments:

  1. hai. saya baru 24 tahun dan bukan cigu. mahu fon number saya?
    haha

    ReplyDelete
  2. .hahahaha lawak lawak
    .last last bg num telefon x syg? ;p

    ReplyDelete
  3. wah2..tergugat si kosong baca nih nnt..hehe..
    tp akak mmg xnmpk mcm cikgu la~ala2 cikgu berhias gitu..hehe

    ReplyDelete
  4. zara...kamu nampak sedikit seperti pelajar sekolah menengah...mungkin kamu patut pakai tag nama kamu dimana saja supaya orang tidak terkeliru...

    ReplyDelete
  5. wa umur 20. seorang pelajar. cikgu boleh tulung ajar wa menelefon?


    mende wa ngarut ni?

    ReplyDelete
  6. "Hai, saya 21 tahun. Saya bukan cikgu. Saya ada henpon. Tapi ingat nak tukar baru. Awak belanja boleh?"

    Hahahaa!

    ReplyDelete
  7. ha ha ha ha..

    dak zara... layan je lah..bagi dia hangenn..

    pastu baru beritahu kamu cikgu.. ekkekeke

    ReplyDelete
  8. wow...cikgu muda...biasa la...hehe...dress up pun urban semacam je...

    cikgu gua dulu pakai baju kebaya teman team takraw gua dulu....

    ReplyDelete
  9. eh betul ke pelukan hangatmu itu tak berpeluh? ekkekeeeeee ...

    ReplyDelete
  10. hahah wakaka mmg x de gaya guru tp mcm pelajar form 4 5 atau 6 kekeke

    ReplyDelete
  11. hahah...ko ni,best juga kan?..lme da x rasa ngurat2 cam dlu..ekekek

    ReplyDelete
  12. kahkahkah..

    yang...mmg xseperti cigu...
    mcam masih pelajar kampus selatan...ekeke

    ReplyDelete
  13. hahaha~
    nmpak remaje lagi la tuh...

    ReplyDelete
  14. hahaha~
    nmpak remaje lagi la tuh...

    ReplyDelete
  15. budak sekolah urat ko yer. kekeke

    ReplyDelete
  16. trend la ni orang lelaki carik pompuan yang lebih matang aka tua dr mereka ;p

    ReplyDelete
  17. haha. kamu terlalu muda untuk dianggap guru. mungkin aku pun akan confuse di situ.

    ReplyDelete
  18. awak 22 dan seorang guru?
    saya nak nombor talipon awak,
    regardless...

    memoga awak memiliki adik yg comel lg indah.

    Player itu patut balik check mata dia.. kerana dia mula meminati wanita diluar liga dia...

    heheheh

    tp tgk gambo nyer..
    umph, i'd be like him too:D hahahah

    ReplyDelete
  19. haih..nampak macam baru 17 tahun..heee...~

    ReplyDelete
  20. haha..muke akak kat bawah nmpk cm student la..btol..tu pasallah kot..haha

    ReplyDelete
  21. jika mabik nombor pun langgar etika ker. salah erhh

    ReplyDelete
  22. gaya kamu mcam pelajar sekolah kot?

    hehe.

    ReplyDelete
  23. pewwiiittt..
    apa perasaan kena ngorat ngn bdak skola? feeling awet muda?

    ReplyDelete
  24. nak no fon jugakkkk
    boleh kan?
    hee :p
    tu tandanya awet muda laa kak!

    ReplyDelete
  25. pheewit.. kene ngorat.. hahaha dah pakai baju sindiket sol-jah tu.. mmg nampak awet muda la.. hohoho

    ReplyDelete
  26. baju hitam, jangan lah sombong sangat.huhuhu

    layankan saje zara :)

    ReplyDelete
  27. hehehehe...22 tahun..muda lagi tu.. tu yang kena ngorat ngan plajar tu...

    kelakarla... =)

    ReplyDelete
  28. budak sekarang....sopan dalam memikat macam dah takde. tp yang tak sopan tuhlah ramai yg suka:)

    ReplyDelete
  29. memikat tak kena gaya gitulah..
    heheh akhirnya melepas... kan..?

    ReplyDelete
  30. di mengorat?????hehe

    ReplyDelete
  31. hahaa adakah namak tua? atau terlebih muda? mmmm

    ReplyDelete
  32. tu namanya age harrasment..hahaha

    ReplyDelete
  33. bdk2 skrg mmg yakin,hehe..d'usha plaja skola tue,t'haru je rse eh cgu..haha..

    ReplyDelete
  34. bro mase sekoalh dulu sellau je ngorat cikgu...coz ade gak cikgu yg xtau yg bro nie student lagi he..23x

    out of topic--> suap dengan kaki ek he...23x

    tunggu la time dah tiada jalinan kasih sayang nnt

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  35. hahaha..malu nyer die..tu la..lain kali wat lagik..kan da kene..

    ReplyDelete
  36. pelukan hangat tidak berpeluh.comfirm ambe tak cayerrrr hahaha..tapi memang nampak cam studentla zara..kalau kome pakai nombor confirm cam peserta

    ReplyDelete
  37. Budak-budak zaman sekarang ini memang lain kan! :p

    ReplyDelete
  38. hahahahah...kelakau..kelakau..
    tp seresly takde pun gaya mcm cikgu...
    anyway tahniah cikgu membuatkan diri anda tidak seperti guru.. :)

    ReplyDelete
  39. sy masih lagi student.
    tak ade org mintak no phone sy pon!
    ;p

    ReplyDelete
  40. kahkahkah...anggap saja itu satu penghargaan buat dirimu =D

    ReplyDelete
  41. comeynye students tu.

    kan dah malu.

    hahaha..

    ReplyDelete
  42. sukar nak percaya cikgu atau pelajar ya..
    saiz cikgu dan student sama kot.

    ReplyDelete
  43. sweet 17.. sbb tu ingat student.. sumi dah 23.. ^_^

    ReplyDelete
  44. ct sarah:

    hahaha~

    nanti org kata ku ekmaruk kak~

    ReplyDelete
  45. chokio_nia :

    hahaha~

    nak nuat muka comel la camni~

    ReplyDelete
  46. cHeRyNa PiReS:

    yg tak sopan tu dikatakan berani kak~

    =p

    ReplyDelete
  47. Blog Anuar Kamaruddin™:

    hahaha~

    bolehkah begitu bang?

    ReplyDelete
  48. ☺[ai][sUmi]☺Chan:

    hahaha~

    sumi lagi comel~

    ReplyDelete
  49. mmg tak mcm seorang cikgu..
    sbb muda sgt
    rupa n gaya da ada
    hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)