Pages

Friday, November 13, 2009

Terapi Menulis : Bolehkah Ia Digunakan Bagi Mengatasi Masalah Buta Huruf?

Zara.
Geram bila terpaksa menulis perkataan benci.
Awak benci tak?
[tumbuk-tumbuk dinding sebab tiada karung tinju]

http://www.labnol.org/wp/images/2008/07/teachingabcalphabets.png
[Gambar penghargaan di SINI]

Sedih apabila menyedari ramai pelajar di sekolah tidak tahu membaca dan menulis. Malahan, pelajar Tingkatan 4 pun ada yang tidak boleh membuat karangan Bahasa Malaysia dengan betul. Alahai. Lupakan tentang mahu mengajar Sejarah, Geografi, Sains, Matematik dan sebagainya, aku rasa aku perlu membuatkan mereka tahu membaca sebelum bergerak ke tahap seterusnya. Dalam mesyuarat penapisan pelajar ke kelas seterusnya pada tahun hadapan, aku mula menyedari gejala ini.

Kekuatan menghadapi cabaran sedang diuji. Ini ujian Zara. Ujian tentang bagaimana harus mengawal keadaan dalam suatu persekitaran di mana pelajarnya tidak mahu berubah ke hadapan. Pelajarnya semuanya Melayu. Secara peribadi, aku merasakan apabila pelajar tinggal dalam kawasan yang sama, menghadiri sekolah rendah dan menengah yang sama, serta bergaul dengan mereka yang sama dengan mereka, mereka tiada keinginan mahu berubah.


Tabahlah wahai hati. Ini adalah cabaran. Jika berjaya di sini, insyaALLAH, akan bertemu manusia-manusia yang sangat mengenang budi. Moga ada hati yang mahu berubah. Moga ada hati yang terbuka.

Zara : Hujan lebat sedang membasahi Bumi.

60 comments:

  1. masa kat opis lama.. GPK 1 sediakan kad membaca atau mengenal huruf untuk pelajar tingkatan 3.. sedih sungguh.. nama sahaja duduk malaysia.. bahasa kebangsaan sediri tak tahu..

    semoga dak zara menjadi guru yg cekal dan sabar!

    ReplyDelete
  2. gerammm sangat tu..

    minum ais dulu

    ReplyDelete
  3. akak 0rg ajar budak2 pra...
    slalu dipersalahkan kal0 pelajar yg mas0k ta0n 1 xpandai membaca...

    ReplyDelete
  4. btol tu yang...sedey aku tgk...

    bkn xboley.. tp mls..
    pastu ble da ketinggalan..mule la give up..huhu

    ReplyDelete
  5. memang susah nak berubah kalau kita asyik duduk dipersekitaran yang sama sahaja...

    tabahkan hati k...
    =)

    ReplyDelete
  6. Hmm...berat ni. Tak tau nak komen macam mana.

    ReplyDelete
  7. salam, mungkin faktor keluarga atau diri sdiri. tak boleh nk slhan sape2. :)

    ReplyDelete
  8. besa la tu~
    aku ade kawan yang sebaya ngan aku xleh bace gak zara...umo aku 20 dah~

    ReplyDelete
  9. kesian sgt tgk budak x pndai bca ntah cmna nk idup nnti

    ReplyDelete
  10. kesian sgt tgk budak x pndai bca ntah cmna nk idup nnti

    ReplyDelete
  11. .btul syg
    .tegagap2 bace
    .tym kite ajar english, lg lah hampeh
    .mmg tegagap gile ah
    .BM pun x reti bce, lagi la bi =.='

    ReplyDelete
  12. ok...
    juz jdikn 1 of ur challenge k...
    ol da best ^^

    ReplyDelete
  13. banyak faktor sebenarnya kalau nak kupas

    ReplyDelete
  14. "Secara peribadi, aku merasakan apabila pelajar tinggal dalam kawasan yang sama, menghadiri sekolah rendah dan menengah yang sama, serta bergaul dengan mereka yang sama dengan mereka, mereka tiada keinginan mahu berubah."

    SPOT ON. Bravo gua ucapkan.

    ReplyDelete
  15. betul. setuju sangat. bukan kawasan pedalaman je zara. dekat bandar pon dah ada yang macam tu. leka. leka. leka.

    yang susah bukan sebab bila mereka bodoh. yang susah bila mereka malas.

    ReplyDelete
  16. tatau tulis tu ain tak pena alami..tapi pena jumpe budak nak pmr tatau nak tambah menda2 simple..haish..cmne die kre duit agaknye kan??

    ReplyDelete
  17. jgn mengeluh..
    sis pasti boleh!
    ;)

    ReplyDelete
  18. nak aminkan doa yg kat bawah skali dlm entry ni..
    amiiiinn yarabbal a'lamin..

    jgn putus asa k.. :)

    ReplyDelete
  19. tingkatan 4 tak reti baca.biar betik. T.T

    pasti boleh.berusaha! ;P

    ReplyDelete
  20. aku tingat ex student aku yg jah nam tp x tau baca BM apatah lagi bahasa2 lain dan jawi..jadik nak amik peksa pong payah, tp dier tau math..dier ske nombor..x paham jugak..aku selidik diernye latarbelakang keluarga..aku kecewa, dier anak luar nikah, mak nye kawin lain,dan tinggal dier sorang2 ngan Tok dier, mak dier x amik kisah pong..ayahnye sah2lah xde, ayah tiri dier pong hampas...dier duk ngan Tok..slalu x dtg skolah akibat kesempitan hidup, dan suke duk kat pasar ikan, tolong2 org, kalu rezeki ader yg bagi duit kat dier...malah dier slalu tido kat market tu je..

    tp kalu hidupnye lebih baik sedikit, mungkin dier akan berjaya, sebab aku tgk dier pandai math dan budak yg hormat cikgu..

    ah..zara..ko buat aku tingatkan dier..

    ReplyDelete
  21. itu ujian buat kamu zara. tugas kamu mungkin untuk mengubah dunia ;p

    ReplyDelete
  22. diorang mungkin tak tahu membaca.
    tapi mungkin diorang bijak mengira.

    try bagi diorang soklan2 calculus n num meth. tengok.

    ReplyDelete
  23. Takkan kat sekolah menengah pun masih ada yang tak reti membaca? Agaknya budak2 tu ada masalah pembelajaran kot seperti dyslexia, ADDH atau ADHD.

    ReplyDelete
  24. ha'ah...agak pelik di situ. form 4 tp masih tatau baca? mmm...berkali ganda kesabaran lh cik zara perlukan tuk mengajar anak2 murid ni. huhu. caiyok!

    ReplyDelete
  25. huhuhuh... smpai begitu sekali? patut pelajar terus diajar buat blog spt dinda. tengok berapa cepat depa dpt tangkap...

    ReplyDelete
  26. Betul? Ramai yang tidak tahu membaca dan menulis? :(

    ReplyDelete
  27. akak tahu dah...mmg ramai..tambah2 pelajar2 berbangsa selain melayu..lintang pukang...

    ReplyDelete
  28. U ajar ABC je baby~

    ReplyDelete
  29. mier@merr :

    malas tu yang aku sumpah tak boleh blah~

    ReplyDelete
  30. Abcdeftyyhahh. :

    tu tak cam salahkan org lain gak ke?

    ReplyDelete
  31. intanurulfateha (◡‿◡✿):

    huhuhu~
    siannya~

    ReplyDelete
  32. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    doakan zara ya Nuar?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)