Pages

Tuesday, November 10, 2009

"Belajar Bagus, Masuk Universiti Tapi Jadi Cikgu Sahaja?! Membazir Masa Dalam Kerjaya Yang Tidak Terkenal!"



Entah mengapa tiba-tiba terasa seperti sudah menang di medan peperangan. Oh, cantik baju ini bukan? Ia selamat tiba di rumah pada 9 November 2009. Terima kasih berkalung budi buat Bijan yang telah bersusah payah membelikan baju ini untuk aku dengan meredah hujan lebat. Oh, Bijan menulis mengenai ini di SINI.

Aku kelihatan hebatkah dengan T-Shirt Sindiket Sol-Jah ini? Menerima komentar dari Sinaganaga dan Tok Rimau di Mukabuku aku. Bangga sungguh rasanya.

*******
Usai pulang dari mesyuarat tengah hari tadi, aku menghabiskan masa dengan mengulangkaji tajuk yang diminta oleh pelajar Tingkatan Lima. Tajuk-tajuk yang agak panas dalam Kimia. Malahan Kimia itu sendiri panas. *ketawa*


Sambil mencari nota-nota lama, aku memeriksa kantung masuk Mukabuku aku. Ada kenalan lama yang menghantar pesanan di situ.

NI : Salam. Engkau ni SFZ yang sama-sama belajar dulu dengan aku kan? Kalau betul, terimalah permintaan nak berkawan (baca : friend request) aku tu. Kalau salah, maaflah ya?

Aku pantas meneliti kandungan peribadi dia. Memandangkan aku ingat-ingat lupa siapa dia, aku tunaikan sahaja permintaan dia. Fikir aku, mungkin boleh diselidiki siapa orangnya selepas itu. Cik YM aku berkelip. Ada permintaan mahu berhubung.

NI : Terima kasih sudi terima. Sekarang kau belajar lagi ke dah kerja?
Aku : Alhamdulillah, aku dah kerja. Kamu?
NI : Aku belajar lagi. Sambung Sarjana (baca : Masters). Kau tak sambung?
Aku : Alhamdulillah, bagusnya. Aku dah tolak.
NI : Kau dulu masuk Kampus Selatan ya?
Aku : Ya.
NI : Kau ambik kejuruteraan apa?
Aku : Aku ambil pendidikan.
NI : Hek eleh, ambil pendidikan? Belajar bagus, dapat masuk universiti yang baik, tapi kau jadi cikgu sahaja?
Aku : Ya, apa salahnya?
NI : Membazir betul kau ni.
Aku : Membazir apa? Aku tak nampak membazir apa pun.
NI : Rugi kau tak ambil kejuruteraan. Gaji besar. Kerjaya pun semua orang kenal. Terkenal lagi.  Kalau jadi cikgu, sampai tua kau buat kerja yang sama.
Aku : (dalam hati sudah bengang) *Ketawa* Tak mengapa. Aku senang dengan kerjaya ini. 
NI : Kerjaya yang akan sampai ke tua. *ketawa*
Aku : Eh, aku nak tanya sikit. Bila kamu konvokesyen? Bulan Ogos hari tu ke?
NI : Ya, kenapa?
Aku : Oh, kenapa sambung Sarjana? Memang suka belajar ya?
NI : Sekarang ekonomi mana bagus, susah nak dapat kerja. Banyak kilang buang pekerja. Dari dapat kerja tapi ada kemungkinan kena buang sebab masih muda, baik aku sambung belajar.
Aku : Oh, macam tu. Kalau macam itu, lepas belajar, kamu rancang nak jadi apa?
NI : Mungkin aku akan mohon jawatan pensyarah agaknya Cikgu. Eh, aku panggil kau Cikgu tak mengapa kan? *gelak*
Aku : Tak mengapa. Memang sampai tua pun orang panggil aku Cikgu. Kalau aku mati pun, orang akan kata Cikgu SFZ yang mati. *ketawa*
NI : Eleh, terkenal sebab itu sahaja. Gaji pun rendah.
Aku : Tapi kamu tahu tak?
NI : Tahu apa Cikgu?
Aku : Kerjaya pensyarah itu sama dengan guru. Mengajar manusia juga, dan jangan lupa, kalau tiada guru, kamu bukan di tahap ini sekarang. Bukan semua manusia lahir terus pandai tiba-tiba. Gaji bukan ukuran nilai tugas kami, tetapi melahirkan manusia yang berguna itu lebih bermakna.



Aku menunggu lima minit.
Tiada balasan, tiada jawapan.
Aku menunggu lagi dan membiarkan kotak perbualan terbuka begitu sahaja.
Lima puluh minit berlalu, aku terfikir mungkin di kawasan dia terganggu liputannya.

Zara : Usai menyediakan laporan sepanjang hampir tiga minggu melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Esok pagi harus keluar awal daripada biasa.

110 comments:

  1. well done. ko mmg sevenfold! ;)

    ReplyDelete
  2. bravo!
    bagus ayat kamu tu zara..
    betapa nur bersusah payah utk fikir utk menjadi seorg guru
    leh pula mereka memperlekehkan usaha profession guru..

    bak kata kanak2 ribena
    "tak baik betul org itu"

    ReplyDelete
  3. suke baju
    nak satu!

    blajat je skrg
    xtau lg nak keje ape nanti

    ReplyDelete
  4. wahh bagus dik.. kata-kata yg buat dia terkujat..

    kenapa nak provoke orang kan ?

    ReplyDelete
  5. kawan saya kata

    kalo doktor dalam satu masa operation wat salah satu nyawa mati

    tapi kalo cikgu dalam dua waktu dekat sekolah merapu...

    hah

    mampos

    abis 30 - 40 orang satu kelas

    ReplyDelete
  6. Saya paling tak suka org memperlekehkan profesyen keguruan. Walaupun saya bukan seorang guru tapi saya mnjadi manusia sehingga ke tahap ini adalah hasil titik peluh guru juga selain kedua org tua.

    Ambil bidang engineer kalau setaat mahu glemer, baik boleh blah...kalau tahu bidang engineer boleh glemer, kenapa perlu ambil master lagi? tidak cukup glemer kah anda? wakakaka.

    Saya sayang cikgu2 saya(ceh..tiba2 je..)

    ReplyDelete
  7. cikgu, dulu utm kolej mana??
    ntah2 penah jumpe..haha

    ye..mgkin blaja lain, keje nanti lain..

    doa bnyk2..

    ReplyDelete
  8. gua penah jumpa senario macam ni back in 2004...budak pHD kutuk cikgu kimia gua...gua hangin gua balas balik...

    ReplyDelete
  9. sakit ati jugak aku membaca..aku baca tajuk pong rasa cam dah panas2 dah, blom bukak page lagi tuh..ahhaa..

    oooo..nak jadik pensyarah ye..dier x tau ke pensyarah tuh cikgu jugak..aduyai...

    bekas anak murid aku slalu konpius nak bagi salam...bile nampak aku, mesti dier akan berkata kepada kawannya:
    "eh..tu teacher tuh..mung kene kata gini..Good Morning teacher, pahtu kalu jupe cikgu Yana(cikgu BM) baru mung bleh sebut cikgu"

    ahaha..aku pong jadik konpius jugak(garu kepala yg tak gatal)..bukan ke teacher ngan cekgu tuh sama je..??ahahhhah..aduyai..budak2 skolah rendah jah 2, leh dimaafkan..dah tu kalu budak yang mesenger ngan ko yg dah berumur tuh, x tau gak pensyarah ngan cikgu tuh samo jah tugas nye, camno tuh?kekeke

    ReplyDelete
  10. kuang aja tol org cmni..
    eh sakit lak ati ku zara..
    sori de mori lah yerk..

    nak baju???

    =p

    tanda cinta kau kat aku.
    boleh?

    ReplyDelete
  11. manyak mutut aaa ckgu...
    klu xkrne ckgu...
    die x ke mane punye...

    ReplyDelete
  12. kerja apa2 pun
    janji yg halal
    tak perlu pertikaikan
    kerja yg Allah telah aturkan buat kita.. tak baik merendah2kan~

    ReplyDelete
  13. baru perasan k0men AIE..

    jgn kutuk bidang engineer...sy terasa....ha3

    ReplyDelete
  14. puji lawa baju, kalau lebih poslaju sini dua helai, hitam tak cun, cuba pilih merah, hitam bagi saya..

    ReplyDelete
  15. uiks
    cikgu pun ok pe
    apedaaa
    tu la pikiran x terbuka
    hmmm

    ReplyDelete
  16. sekarang nye masa mane la bole cakap lebih. saya sendiri lepasan ijazah sains kimia, tapi bekerja langsung tak kene dgn jurusan. hurm...berlagak nye org itu. huhu~
    *tah2 nanti muka dia gak mintak dpli or kpli...hihi

    ReplyDelete
  17. kena sebijik orang tu hehe..
    bahan kimia dari otak dan lidah memang tajam dan menusuk kalbu.

    Tq jawab panggilan yer..

    ReplyDelete
  18. sha, tak kutuk kamu la..tp budak tu agah sangat..kalau ckgu takde, tiadalah menteri..

    ReplyDelete
  19. haha...amik ko. nak lawan ngan cikgu..... salute!!!

    ReplyDelete
  20. jadi guru merupakan satu kerjaya yang amat besar maknanya. Mereka yang bukan guru takkan faham tentang ini buat selama-lamanya. :D

    ReplyDelete
  21. BELAJAR BAGUS.MASUK U.BUAT MASTER..
    TAPI...PEMIKIRAN STILL MANGKUK.

    ReplyDelete
  22. pergh terbaik wokkk!

    ReplyDelete
  23. muahahaaa...padan muka...kan da kena sejibik....tu la...rendah2 kan org lagik...haha..

    ReplyDelete
  24. mahu kaya jangan jadi guru.


    16 mei hari guru,
    hari jurutera bila kah?

    ReplyDelete
  25. pensyarah = cikgu...
    tapi, pensyarah tak de hari pensyarah...
    cikgu ada hari guru....

    ReplyDelete
  26. Cita-cita aku yak lagi mahu menjadi guru.
    Tapi ianya sudah tercapai..
    walaupun untuk hanya beberapa bulan..
    akan berakhir lagi beberapa hari sahaja..
    Sedih...

    ReplyDelete
  27. LOL !!!!

    he got PWNED !!!! =P

    seriously ingatkan i nak flame dia...

    rupa2nya... padan muka dia...

    hey kalau bukan cikgu.. siapa la dia di UTM tu !!!!

    jap nanti i nak blog pasal u... pasal this topic

    ReplyDelete
  28. berlagaknya mamat tuh

    aku lg suka jadi cikgu tp takder rezeki kat situ

    huhuhuhu

    ReplyDelete
  29. good one sis, u nailed him,
    n amat lah buduhnyer pendapat dia tu,
    apa la sangat gaji riban riban tp
    tak stabil, dia sndiri mengaku..
    orang kat kilang banyak kena buang,
    kalau industri automotive di barat kecundang, kita di malaysia turut kecundang, dan mula makan nasi ngan gula.

    cikgu? akan sama sampai la ke tua...
    yes ... sampai ke tua sama jer.. tak perlu risau.

    not to mention about being government server lagi tu!! nak bli umah amat la beza nya ngan kami yg kilang nih...
    alehai

    u nailed him/her sis..:)

    ReplyDelete
  30. wuahahah...ape nye ayat da...cetgu lagi best la dr pensyarah..adoiii222..

    ReplyDelete
  31. wah...bikin aku panas ni yang...
    aku jadi cigu pun sebab aku blaja ngn cigu dulu...

    dia jadi engineer.. blaja ngn engineer ke dlu??
    dia lupa sape yg wat dia masuk bidang yg konon glemer tu... :)

    ReplyDelete
  32. dah minat cikgu jadi cikgu, bila minat hilang stress.
    boleh juga jadi pensyarah cepat naik sikit sambil ngajar sambil buat PHD tinggi cita2 ZARA, jadi Prof.

    ReplyDelete
  33. WAH... CIKGU pandai bermain bahasa... Haahaaa...
    PS: Nak baju tu jugak.. FREE k.

    ReplyDelete
  34. Zara,
    kamu mengingatkan sy pd seorang manusia yg sedang menerima tajaan JPA untuk pengajiannya di UM..
    bermakna dia terikat untuk bekerja dgn kerajaan setelah tamat belajar
    tapi sayang seribu kali sayang..
    sedih bila dia kata tidak akan kaya bkerja dengan kerajaan..
    kalau dia ingin jadi kaya setelah hbis belajar nanti, kenapa dia ambik tajaan JPA even dia anak org. yg sgt senang..
    bukan seperti anak2 org lain yang bijak tapi tidak mampu untuk belajar..

    manusia tidak pernah bersyukur..

    dan walaupun pandai tapi sangat bodoh untuk memahami realiti dunia dan sangat bodoh dalam budibahasa..

    p/s : saya berhenti belajar kerana ayah saya tak mampu untuk tampung pengajian saya..tapi saya bangga mampu cari duit sendiri dalam usia sangat muda..malah bangga ayah saya ajar apa itu budibahsa..

    ReplyDelete
  35. dia keje swasta sok dia tau la tinggi rendah langit nieh. bukan senang...kena itu dan ini. bila gawat company boleh tutup.

    hapaaaaaraaaaa....

    ReplyDelete
  36. Zara,

    mokcik baru jek nak sediakan pes cili untuk kawan zara itu, tapi nampaknya zara dah terlebih dahulu semburkan serbuk lada hitam...aduss...

    mokcik suka...mokcik suka

    ReplyDelete
  37. Kerja gulu kerja mulia...sah2 dapat pahala...dan ilmu yg diajar tu nanti yg akak diguna bila 'disana'...itu pun dah lebih memadai...kerjaya ni memang kerjaya mulia...akak pun kalau boleh nak putar masa nak mohon jadi guru juga!

    ReplyDelete
  38. nah..pdn muka dia..
    hahahaha..sukati ja nk ktuk krjaya org..dia pn blum tntu ke mna2 lagi..
    huuuuu!

    ReplyDelete
  39. orang macam tu memang patut kena ajar jer...
    hahha
    good job

    ReplyDelete
  40. nice! good point there. though i also want to be a lecturer, i never downgrade those whom we call 'CIKGU'. for me, cikgu n pensyarah mean the same, they both willingly give and share their knowledge with us. i always look up to cikgu coz they've made me what i am today. i respect ur point, i really do!

    ReplyDelete
  41. sentap je aku bc entry ni..
    sukah2 nk kutuk..
    jgn risaw la psl gji..
    cgu pn gaji pokok dh 2000(kot?)
    tak igt..
    pastu dgn elaun lg..
    sape r si ni tu?
    lmpang nk?
    haha

    ReplyDelete
  42. .palisevenfold.:

    well buddy, she messed up with wrong girl~

    ReplyDelete
  43. joegrimjow :

    jual Herbalife Joe~

    =]

    kamu a good agent~

    ReplyDelete
  44. ninim;

    so, what's the point?

    cikgu bagus kan?

    hehehe~

    ReplyDelete
  45. AiE bAhRi :

    saya sayang kamu bang~

    eh, tetiba~

    ReplyDelete
  46. ashie023:

    miahaha~

    bagus student kamu~

    comel sungguh~

    ReplyDelete
  47. zeqzeq :

    hahaha~

    sila minta pada Sindiket Sol-Jah~

    =p

    ReplyDelete
  48. Samaira :

    tu lah pasal~

    mau terajang dia~

    kih3~

    ReplyDelete
  49. jijie :

    dia minta memang ku sumpah ketawa laju2~

    kih3~

    ReplyDelete
  50. Fatt Chin Choy :

    takpe Fatt~

    cari isteri cikgu~

    ReplyDelete
  51. Pocket :

    yeah!
    ni yang sayang abg pocket lebih ni~

    ReplyDelete
  52. Puan Nina (DINina) :

    tapi alhamdulillah, Puan jadi manusia yang lebih kuat dan tabah (saya amat pasti tentang itu). =]

    ReplyDelete
  53. Hanisumayyah:

    takpe kak~
    kerja kan itu ibadah kan?
    =]

    ReplyDelete
  54. PiNk ButTeRfLy :

    Thanks a lot dear.=]
    Well, I must say that I agree with u as well. Never look down to others~

    ReplyDelete
  55. BUAT SEMUA:

    terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat!

    ReplyDelete
  56. that person mmg nk kne tmbak kot..wtf nk rendah2kn cikgu..x mengenang jasa btul..n one more thg..die tu x reti pk ke the similarities of being a teacher and a lecturer..nmpk sgt mata duitan n pangkat n nama

    ReplyDelete
  57. well done..
    proud with u
    klw bukan kita, sape lagi yg akan pertahankan profession kita ryte?
    cikgu adalah permulaan bagi semua kerjaya..
    hehe

    ReplyDelete
  58. kerja yg tidak terkenal...tp semua pemegang title kerjaya yg 'terkenal' tu agaknye x pergi sk0lah k0t ek...

    ReplyDelete
  59. zara, indah bhs kamu. sunggoh 'dia' terpukol...hahah

    nak je ckp kat dia "pdn muka! kutuk org!"

    :D

    ReplyDelete
  60. Hmm, aku pon pantang orang perlekehkan cikgu ni. Takde cikgu,takdela SARJANA . ye x??

    Bodo gile orang tuh. Nak jadi pensyarah konon~ mampoz la bebudak tu dia ajar...xikhlas.... see ? sambung MASTERS sebab xde keje. bukan niat ikhlas nk sambung. kejadah beb ??

    Zara! teruskan berbakti kepada ank2 tanah air nih. =) mak saya pon cikgu. Memang jasaa cikgu diingati. Paling pntg niat ikhlas nk mengajar. idop cikgu lebey berkat compare to engineer okay?

    btw, kepada certain orag yg nak jadi cikgu sbb xde kerja atau xpass blaja whatsoever, aku nk warning awal2....TAK PAYAH OKAY! jadi cikgu kena ikhlas!!

    dan lagi satu, Ninim eh ?
    Kalo doktor punya silap, mati satu nyawa...cikgu merapu? rosak 30 orang murid? SILAP BESAR beb. tgkla kepala murid tu, kalo pandai berfikir....cikgu ajar merapu xmerapu pon dia pandai pilih mana betol mana salah. am i right?
    doktor silap buat sekali, seumur idop dia dihantui rasa berdosa kat family orang tu.

    fikir2kanla~

    ps: cikgu n dosa sesama berbakti besar kepada msyarakt provided hati orang tu ikhlasla kan~ =D


    selaamat berjaya cikgu zara!

    ReplyDelete
  61. akak cita2 nak jd cikgu walau tak kesampaian...huhuh
    tp sampai skrg kalau gi mana2...mesti org akan teka 'kerja cikgu' ke'? atau masa gi jemput anak kat skola..bdk akan bg salam 'assalammualaikum cikgu'
    bangga dipanggil walau bukan cikgu...
    heheh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)