Pages

Thursday, November 26, 2009

"B, Maafkan Aku Sayang. Ini Bukan Korban Cinta. Itu Hadiah Cinta. Tahniah Kerana Pintu Telah Dibuka Selepas Jejaka Berenang Pantas!"




Senja merangkak pergi tatkala laungan takbir memecah kehinangan langit yang bertukar warna.
Kegelapan menjelma.
Si Merah mengalunkan irama kesepian dendangan penyanyi antarabangsa.
Oh, lagu yang berada di tempat pertama dalam blog ini.
Mata tertancap melihat nombor telefon yang tidak dikenali.
Si Merah diangkat.
Kedengaran salam dihulurkan.
Suara yang dirindui.
B!

Aku : Salam. B, apa khabar kamu sayang?
B : Aku baik sahaja. Aku dapat tahu kamu yang kurang sihat kebelakangan ini. Betul ke?
Aku : Eh, mana ada sayang? Aku baik sahaja.
B : Jangan bohong Zara. Aku tahu. Aku dapat rasa.
Aku : Maaf sayang. Kamu baca blog aku ke Mukabuku?
B : Aku baru baca blog kamu. Patut pun Jejaka tak benarkan aku guna Internet kebelakangan ini. Mesti dia tak nak aku tahu dan terkejut.
Aku : Alahai sayang. Bukan apa pun. Aku tak menangis kalau itu yang kamu mahu tanya.
B : Aku tahu kamu tak menangis sebab kamu tahan. Cerita dengan aku Zara, tolonglah.
Aku : Malas aku.



B : Kalau kamu tak cerita, aku pun malas nak beritahu kamu sesuatu sayang.
Aku : Apa dia? Ada lelaki mata biru untuk aku? *ketawa*
B : Jangan nak menggatal. *gelak*
Aku : Sekarang boleh, dulu tak boleh.
B : Cepat cerita dengan aku!
Aku : Ya lah. Memang kaki mendesak betul ni. *cerita apa yang perlu pada B*
B : Oh, begitu. Sekarang saat yang dinanti.
Aku : Apa dia?
B : Nak aku cakap ke Jejaka yang cakap atau kamu nak teka? Teka kalau kamu pandai.
Aku : Kamu nak balik Malaysia?
B : Bukan. Peluang terakhir. *ketawa*
Aku : Kamu mengandung?
B : (ketawa) Pandai!
Aku : Tahniah sayang!
B: Jejaka nak cakap dengan kamu.

Orang di seberang talian bertukar. Senyuman menguntum di bibir aku.

http://www.snapshots.net/cartoons/00690-funny-cartoons-sperm-cell.gif

Jejaka : Salam Cikgu Garang.
Aku : Salam bakal bapa. Tahniah! Laju berenang. *ketawa*
Jejaka : Oh, keji pernyataan itu cikgu. *ketawa*
Aku : Jaga B elok-elok. Bincang dengan dia baik-baik. Nak bersalin di mana nanti?
Jejaka : Dalam kapal terbang boleh? *ketawa*
Aku : Boleh. Nanti kamu boleh jadi terkenal.
Jejaka : Aku dan B dah bincang sesuatu. Kami mahu kamu jadi ibu angkat anak kami nanti. Boleh?
Aku : Aku sudah jadi ibu angkat pada 3 orang budak. Anak Hazami Bahrin.
Jejaka : Anak HB? Alahai, baru 3. Boleh kan?
Aku : InsyaALLAH, aku terima.



Jejaka : Terima kasih Zara. Jaga diri kamu. Kami sentiasa memantau kamu. *gelak*
Aku : Pengintip. Salam aku buat B. Jaga diri kamu semua.
B : Sayang, betul kata Jejaka. Kami akan tahu kalau kamu sembunyikan sesuatu.
Aku : *ketawa* Selamat Hari Raya.
B : Sama juga sayang.

Ini hadiah terbaik sempena raya kali ini.
Hadiah terbaik dari dua sahabat yang sudah mendirikan mahligai mereka.
Hati gembira.
Hati berbunga-bunga.
Bibir menguntum senyum.



Zara : Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Moga kalian mempunyai hari raya yang menggembirakan. Moga kalian bertemu dengan makna sebenar pengorbanan. Selamat berhujung minggu semua!

55 comments:

  1. persaingan sengit
    kena la laju kan
    nak jadi champion
    haha
    congratz utk mereka
    so kak zara nya bila lagi?

    ReplyDelete
  2. congratz B..wah3..xde rse jeles ke kak zara? ehehehehee..

    ReplyDelete
  3. oh hohoho...

    apa2 pon selamat hari raya aidiladha.. hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh..sungguh laju!! haha...

    tahniah untuk B n jejaka.. :)

    ReplyDelete
  5. HUHUHU..

    TAHNIAH2!!!

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidil adha.
    maaf lama tak menjenguk sedang bercuti di kampung :)

    ReplyDelete
  7. huhuhu...tahniah untuk b!

    and for zara,xoxo from me and slm aidiladha...

    semoga ceria2 selalu..

    ReplyDelete
  8. sesekali dan lalu tetiba ayat sendu dari Zara, hilangkan gaya keganasannya, lembut terserlah kegadisannya.

    ReplyDelete
  9. mesti ibu angkat misali ni.. patut la ramai jer dah cop..

    ReplyDelete
  10. zara anak ko aku nak jadik mak angkat!
    hahaha

    ( lari topik :P )

    ReplyDelete
  11. Saya baru tersedar.

    Kalau saya menjadi siuman, saya akan datang ke blog ini. Saya terasa seperti seorang manusia kalau saya datang sini.

    Ehh, nanti jap. Kawan awak B tu jumpa nombor telefon awak kat mana? Bukan kat jusco? Mesti kat tesco tu. lols lols lols.

    Selamat hari raya aidiladha.

    p/s: Im supposed to be in Muar today, sebab kena cover satu wedding for Nona, tapi berjaya meng-escape kan diri. Hahaha.. kalau idak boleh zara belanja besar, bila lagi nak makan duit cikgu.

    ReplyDelete
  12. wa..tahniah2...emm..jap2..ade bau jeles la..ehe...jgn mara ek..gurau2 jer..

    salam aidiladha yer cyunk!

    ReplyDelete
  13. cikgu zara ok??
    sempena hari raya aidil adha ni, jadikan setiap pengorbanan semata-mata kerana Allah.. insya allah sahabat, bahagia pasti akan muncul. pasti!
    doa untukmu..
    salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  14. c0ngret zara...bakal menjadi ibu...................












    angkat..

    hee.salam aidiladha

    ReplyDelete
  15. sape tu beb. da jadi mak da ko sekarang yer...hhu

    ReplyDelete
  16. tahniah.\
    haha...
    tjuk punnyer r..berenang pntas..
    haha

    ReplyDelete
  17. mule2 slamat ari raye akak..

    n ckp congrates eh kat ur kwn..

    ain tak sbr nak tgu akak lak..=)

    ReplyDelete
  18. bila pulak kak sha nak call zara utk cakap pasal orkid ye. hmmmm...lambat betul. Tuhan!!!

    ReplyDelete
  19. bertuah...
    x cukup jadi ibu murid (sbb ada anak murid)tup2! bakal jd ibu angkat..

    ReplyDelete
  20. sayang...i miss u...

    best nye jadi ibu angkat...heheh~

    ReplyDelete
  21. macam best je lumba2 nie ? haha congrats tu b

    ReplyDelete
  22. slm tahniah buat B dan Jejaka.. n zara juge sbb bakal jadi ibu angkat.hehe..wah zara ayat kamu.. laju berenang!!! haha.

    ReplyDelete
  23. Noorlaila Mohamed Nor:

    Kak zara?

    hahaha~

    [pitam]

    ReplyDelete
  24. Hazrey :

    hahaha~
    dah jumpa encik Hazrey!
    Yeay!!

    ReplyDelete
  25. ░♥si lampu neon♥░ :

    mak anak org lain~

    kih3~

    ReplyDelete
  26. cHeRyNa PiReS :

    zara akan sabar menanti kak~
    hehehe~

    ReplyDelete
  27. Airland:

    haha~
    kasih sayang melimpah ruah kot?
    ngee~

    =p

    ReplyDelete
  28. Salam ziarah. Harap dapat bertukar link dengan blog ini.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  29. Admin www.morhabshi.com:

    InsyaALLAh~
    boleh saja~

    ReplyDelete
  30. biasanya aku jadi silent reader..tapi kali nie tak dapat menahan nafsu utk komen:

    " entry ini sangat menyentuh..penuh kasih sayang dan nilai persahabatan..biar sudah dimilik orang...tidak sekali meninggalkan sahabat..."

    ReplyDelete
  31. tukang kebun :

    hahaha~
    hang kebun kamu ni bang~

    =p

    ReplyDelete
  32. mcm baca novel plak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)