Pages

Tuesday, November 24, 2009

"Kalau Berani Kenalkan Diri. Biar Aku Rotan Punggung Kamu Laju-Laju. Jangan Letak Buku Dalam Seluar"

Amaran di atas ditujukan kepada Putera Penyelamat yang menulis di ruangan Luahan Cinta. Eh, keji ke ayat aku? Putera Penyelamat, kalau awak berkuda putih sekalipun, awak mungkin hanya akan diperkudakan sebelum saya sempat mengatur kuda-kuda. Eh, berapa banyak kuda ni?



Punggung besar, salah ke?
Punggung kecil, salah ke?
Tentang punggung pun boleh jadi isu besar.

Orang selalu tanya, kenapa mesti nak rotan di punggung. Kan susah nak duduk lepas kena.
Aku jawab : Nak kena rotan kat depan ke? Lagi sengsara bukan?
Eh, ayat panas telinga.

Orang tanya sakit tak kena rotan?
Aku jawab : Awak tadah anggota badan baru awak tahu.

Orang tanya, awak pernah kena rotan ke?
Aku jawab : Pernah. Dengan cikgu hanya sekali. Dengan ibubapa, ada beberapa kali sewaktu kecil dahulu.

Orang tanya, kenapa awak kena rotan dengan cikgu?
Aku jawab : Sebab saya tak pakai kasut sekolah hari akhir persekolahan Tingkatan 3. Saya buat persembahan pentas dengan rakan sekelas dan ingat tiada lagi pemeriksaan disiplin. Ternyata saya silap.

Orang tanya, awak pernah rotan orang?
Aku jawab : Belum lagi. Tapi kerusi dan meja banyak yang sudah menjadi mangsa.

Orang tanya, selain rotan, apa awak pernah kena denda sewaktu sekolah?
Aku jawab : Saya pernah kena lempang dengan Cikgu Bahasa Inggeris sewaktu Darjah Tiga sebab terlupa bawa kerja sekolah. Perempuan untung, kena lempang di muka sahaja. Tangan cikgu lebar. Selepas kena, ada cop mohor di pipi kanan masing-masing. Kalau lelaki, kolar akan dicekak, kaki tidak akan menjejak lantai, dan penampar akan hinggap di muka. Ya, dan guru itu seorang perempuan.



Eh, kenapa tiba-tiba aku cakap pasal rotan?
Mungkinkah rotan antara hasil terbaik di negara kita?
Maksud aku, rotan di hutan yang kita jadikan perabot.

Tadi petang berbual dengan rakan baik.
Tadi petang berbual dengan sepupu terbaik.
Tadi petang berbual dengan teman sekerja terapat.
Dan manusia bernama Zara memang suka berbual.



Suka panda yang tertonggeng-tonggeng ni.
Dia tunjuk punggung ke?
*ketawa kecil*

Seperti yang pernah diingatkan sebelum ini, jika tidak berpuas hati dengan penulisan aku, sila gunakan cara paling berhemah untuk meluahkan ketidakpuas hatian. Jangan pernah berak di tepi jalan dan biarkan lalat menghurung secara berkelompok. Benci kalau penyakit merebak. Tak suka tau?
*kaki hentak-hentak ke lantai, mulut muncung-muncung*



Zara : Merancang perjalanan ke Melaka bersama seseorang pada bulan Disember. Mahu menikmati keindahan dan menggila setelah usia masing-masing meningkat dewasa. Moga keinginan akan terlaksana. Eh, mahu ketawa sambil membuat tarian tiang secara tiba-tiba. Alunkan irama!

47 comments:

  1. cikgu skang tak dibenarkan untuk rotan student dia da kan..

    ReplyDelete
  2. aku tak igt la penah kene rotan ke tak..
    tp kena denda mmg selalu ar..
    sbb aku mmg pemalas wat homework....
    itu memang tiada penafian...
    setakat menjunjung buku kat luar kelas....menulis beribu kali berjanji tak lupa bawa buku...hehe

    ReplyDelete
  3. huhu..xpnh lagi kene rotan ngan cikgu..tp ngan ayah pnh..hihi..sebab nakal sgt..

    ReplyDelete
  4. i suke punggung bulat. erk. ;p


    ps : nak date ke melaka dgn bf ke? ;p

    ReplyDelete
  5. adoi buntut ayam betul la..

    takyah la rotan2 nnt budak takmau belajar.

    kita wat psiko jeee

    ReplyDelete
  6. aku rasa walaupun cikgu dulu garang2 semua tapi bersyukur sebab manusia yg dilahirkan selepas itu kebanyakannya berguna untuk negara
    bukan macam budak2 sekarang...
    kena cubit pun dah report mak ayah
    mak ayah pula jenis back up anak
    sebab tu budak2 sekarang banyak naik lemak
    aku rasa merotan tu perlu tapi cikgu2 xleh rotan selalu sebab nanti budak2 akan jadi lali dengan rotan

    ReplyDelete
  7. ahahaha...kalau rotan kat depan?? tak dapat dibayangkan....

    ada org kacau lagi ke kak zara..??

    aik..nape tukar template neyh..??

    hehe...=p

    ReplyDelete
  8. Rotan itu perlu,
    tp sekadar untuk mengajar,
    jgn dibantai nyer merotan sampai
    terbelah pat ponggong budak tu,
    pastinya susah nak basuh berak
    sebab makin banyak celah.
    (Terlebih ker ayat ini, sila beritahu)

    1) rotan di ponggong? tak kejam lg, zaman pakcik dulu diorang rotan tapak kaki. lagi sakit nak jalan...

    2) pernah kna rotan? slalu sampai dah immune. sila guna rotan yg berdiamer 45mm ya cikgu...

    3) selain rotan, pocket pernah juga dicabut sideburn dan dicubit bahagian bawah ketiak, kulit lembut diantara tangan dan tulang rusuk. amat lah penyiksaan...




    PS:Zara.. abang tidak sengaja miss your comment reply, i'm sorry. and as a punishment.. let me tulis panjang panjang sini :D
    (Memang nak wat karangan pooonnn)

    ReplyDelete
  9. hurm..pnah kne rotan ngn ayah mak..ngn cekgu pon penah..saket..tp, jadik pengajaran kat diri..sekali sekale, ape salah eh bertegas..kalu maje je..spoil la bdak uh..huuu~

    eh2..tuka template..lagi..hehe~

    ReplyDelete
  10. woo..aku rasa aku sangat banyak kena rotan zaman sekola sebab sangat degil..
    hu

    tapi sekarang aku sangat baik.hahahhah ;p

    ReplyDelete
  11. Apa brg rotan? Sepak jewr trus! Hehehe.. Seb baek teman tak jadi cikgu.

    ReplyDelete
  12. cikgu zara ni garang ker??
    huhuhu

    ReplyDelete
  13. Saya pernah kena rotan waktu sekolah rendah aje. :p

    ReplyDelete
  14. bila nak try rotan murid2 plak? :)

    cantik layout!

    ReplyDelete
  15. aku ari2 kna rotan kat tapak tangan masa skool teknik dlu..shari 20 rotan gak ar..bkn tipu..mmg btul..skit gila...nak menulis pn ssah..tapi skrg bila ingat blik ase best plak kena rotan..hahahaha..

    ReplyDelete
  16. ░♥si lampu neon♥░ :

    budak skang tak guna psiko~

    tak jad neo~

    ReplyDelete
  17. cInTa aDrIaNa :

    hahaha~
    sakit woo agaknya kat depan~

    ReplyDelete
  18. Pocket:

    hehehe~
    kat kaki?
    OMG!

    45 mm?
    cam menarik je~
    hehe~

    eh, tak mengapa bang~
    ku saja gurau2~

    ReplyDelete
  19. .ieLah. :

    sangat baik dan sangat comel juga~

    =]

    ReplyDelete
  20. sakit yg amat dong..
    gila skit..aku plak pengawas..bdk2 wat salah,aku kena rotan..ujian bi kalo salah 1 kna 2 rotan,kelas tak bersih aku kna gak..kiranya rotan pn muak tgk tapak tangan aku..huuuu!

    ReplyDelete
  21. mira amair:

    huhuhu~
    sebab tu aku jadi pustakawan je~
    huhuhu~

    ReplyDelete
  22. teringatlak zaman sekolah..bukan dirotan oleh cikgu...

    tp oleh Arwah Ayah...
    KRina yg degil ..huhuhu... pastu kena grounded seminggu...

    ReplyDelete
  23. dulu aku kena rotan oleh ustad, ticer ngan warden hostel.

    sakit gilak weh biarpun ditangan.

    ReplyDelete
  24. hehe..sekarang da tak leh guna rotan.nanti kena tindakan undang2.

    ReplyDelete
  25. ganas bet0l cekgu bahasa inggeris tu kn....

    ReplyDelete
  26. ganas bet0l cekgu bahasa inggeris tu kn....

    ReplyDelete
  27. oo patut laa Cikgu Zara garang, dulu2 pun aktif juga yerr,

    sesuai jadi guru disiplin.

    ReplyDelete
  28. a.z.r.i.n.a.03.07 :

    huhuhu~
    sama lah kita kak~

    =]

    ReplyDelete
  29. Aidi-Safuan :

    kalau kena dengan caranya~
    boleh aja~

    =]

    ReplyDelete
  30. ckgu zara, rotanlah punggung sye yg nakal ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)