Pages

Wednesday, October 14, 2009

Sukarnya Menguruskan Hati Walaupun Hakikatnya Ia Cuma Segumpal Darah Yang Lembut

Sukarnya menafsirkan hati yang kadangkala sering celaru.
Sukar membendung perasaan bila memandang hati yang terdampar beku dan dingin di dalam kotak berbentuk empat persegi itu. Pintunya berkunci tetapi kuncinya terbiar sepi.

http://customersrock.files.wordpress.com/2006/12/keys-heart.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Ada tangan yang membuka pintunya, melihat ke dalam ruang itu tetapi hati masih tidak mahu disentuh oleh sesiapa. Ia kekal menunggu adakah ada tangan yang cuba menarik ia keluar. Memberikan layanan yang sepatutnya yang diterima kerana dia adalah hati. Segumpal darah yang membentuk siapa dia - yang memberikan bentuk yang nyata dan sifat yang terbuka.

Hari ini dia lihat ada tangan yang menarik dia keluar.
Ada tangan yang membuat dia bersumpah tidak akan merindukan kedinginan yang menyelubungi hidup dia yang telah mati saat dia berpisah dengan jasad. Hati memang sifatnya merindui. Dia rindukan suasana yang panas, yang mendamaikan kerana dia tahu tempatnya di situ. Hati berjanji tidak mahu biarkan dirinya disentuh oleh kedinginan yang menusuk hingga ke dasar diri.

Hati diletakkan di tempat yang buat dia lega.
Tempat yang buat dia melupakan kesejukkan yang mencengkam dia entah berapa lama. Dia benci mahu mengira dan menghitung detik yang memualkan itu. Tidak mahu mengingat kisah lama yang menjadikan dia seperti hari ini. Dia hanya mahu ketenangan.

Tangan itu memegang dia.
Dia merasakan tangan itu membuatkan dirinya aman. Panasnya tangan itu.
Sentuhannya sungguh cermat dan dia senang diperlakukan dengan baik. Bukan seperti suatu ketika dulu.
Benci!

Hati dibaringkan agar dia dalam keadaan terjaga sentiasa. Hati tahu sudah tiba saatnya dia menunaikan tanggungjawab yang terpikul sejak azalinya. Dia tahu ini pengakhiran yang bakal dia terima. Dia sedar dan dia redha dengan apa yang dilalui kerana hati tugasnya merindui. Ah, tangan yang panas dan mendamaikan itu rupanya satu tangan yang gagah menghiris dan memotong setiap inci dirinya. Kental tangan itu cuba memisahkan bahagian dirinya yang cuma segumpal darah - lembut, lembik dan tidak bermaya.

Hati sedar, ini pengakhiran yang menjadi pilihan hati.
Saat dirinya terpisah dengan anggota sendiri - inilah saat dia bakal bersatu dengan pemiliknya.
Ini saat dia bakal berdepan dengan laluan yang berbahaya tetapi mendamaikan.
Hati menjerit - aku mahukan ketenangan dan suasana yang panas kembali. Biar aku hangat kerana aku sudah penat terbiar kesejukkan dan kedinginan.

Terima kasih kerana kamu buat aku menikmati hidup yang indah.
Terima kasih kerana aku bakal menemui cinta yang pernah tumbuh dalam hidup aku yang dikelilingi oleh padang menghijau. Terima kasih kerana buat aku hangat kembali. Diri ini mungkin milik mereka berlima di bawah ini. Walaupun keliru milik yang mana tetapi masih milik salah seekor dari mereka. Moga hati yang terpisah bakal bertaut kembali walaupun bukan seperti dulu.


http://www.imadedinner.net/wp-content/uploads/2009/06/cow_cute_cake.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Rempah tumis semerbak menyelubungi diri.
Oh, ini suasana hangat yang aku nanti. Hati kini diselubungi kepanasan dan sedia disaji buat santapan mereka yang berhak.

Zara : Diri sedang meniti takah-takah penyembuhan dalaman dan luaran. Harap semuanya berjalan seperti yang dipanjatkan dalam doa ketika sujud dan usai memberi salam. Walaupun kurang sihat, tugasan memasak seperti biasa dan maaf, hati lembu goreng berempah tidak dapat ku nikmati petang tadi. Masih berpantang untuk sembuh.

99 comments:

  1. pocket membaca ngan penuh penghayatan,
    walaupun mata ini mengantut,
    tp ku sekang kan juga,
    mulanya ku bayangkan watak utama sebagai hati..
    tp entah bila watak utama menjadi sepotong daging yg org potong potong atas chopping board.
    'Hati dibaringkan agar dia dalam keadaan terjaga...'

    dan tika ini, pocket nampak macam hati lembu dah, eh?

    ooiii!!! jangan dera minda videographic ini!!
    sabor sabor.. phew!! penyabaran berjaya, budak demam gi tido!!
    kang lambat baik.

    ReplyDelete
  2. waaaa..
    ayat sgt indah n have the deeper meaning..
    suke2..

    ReplyDelete
  3. hati org muda memang macam tu hehe

    ReplyDelete
  4. hati mmg sukar utk difahami
    walau hati itu aku yg punya
    ...........................

    ReplyDelete
  5. mendalam maknanya tu...

    jaga hati org sekeliling cik zara bebaik...

    ReplyDelete
  6. oh hati berempah...lazat ker?hee

    ReplyDelete
  7. jgn sedih ye syg..aku tiada kekuatan utk ku pinjmkn..huhu

    ReplyDelete
  8. sweetnye ayat zara..btol kalo tersalah ikut kata hati mesti merana diri..
    waa zara tgh bahgia eh skang...besh2..

    ReplyDelete
  9. sweetnye ayat zara..btol kalo tersalah ikut kata hati mesti merana diri..
    waa zara tgh bahgia eh skang...besh2..

    ReplyDelete
  10. ermm..hati ku xnk kuar lg..xnk org bukak kunci..xnk tgn yg hulur jugak..xmau2..

    nk biar je hati dkt tpt yg patut..xmau2..haha..emo2~

    eh2..cik zara ngh bahgie ek..tumpang suke..^^

    ReplyDelete
  11. alamak cantiknya kek...bila boley makan ni..teringat pulak lagu Jagalah hati...yang kump nasyid indon bawa tu..best jugak

    ReplyDelete
  12. kah3.......ati daging si lembu tu yg ko canangkn,....hehe...
    syabas zara... salute..tabik springgggggg~~ aku suka ayat ko....

    ReplyDelete
  13. ades.ingatkan hati ape tadi.

    hati-hati di jalan raya ya! ;P

    ReplyDelete
  14. kamu mulakan lagi...dan lagi...
    Namun aku masih tidak jemu ke sini..


    hehe he eh eh ehe

    ReplyDelete
  15. hati sukar ditafsir dan sukar di mengerti...namun hati yang menjadikan manusia itu sempurna....tanpa hati tiada emosi....


    zara...malam tadi dapat makan sate lagi..hik..hik...hik...semunya sebab coretanmu dan gambarajah di blog kamu dik...

    ReplyDelete
  16. Memang lumrah manusia. Kita ni terlalu sukar untuk difahami! :p

    ReplyDelete
  17. Pocket :

    hahaha~
    kesian abangku menahan diri yang mengantuk tetapi kecewa apabila menyedari ianya adalah manifestasi seketul hati lembu~

    =)

    ReplyDelete
  18. Samaira :

    bila hati bergabung menjadi yang sepatutnya~

    alahai~

    ReplyDelete
  19. {lumut}:

    ku tak makan~

    sebab tengah pantang~

    hehehe~

    ReplyDelete
  20. {lumut}:

    tak~
    tidak bersedih~
    hanya meneliti sikap aku kembali~

    ReplyDelete
  21. imHepPie :

    hehehe~
    sweet ke daku ni Mimie syg?

    ReplyDelete
  22. imHepPie :

    hehehe~
    ini hati lembu~
    bukan hati aku~

    ReplyDelete
  23. et:

    hehehe~
    dak et ni~

    doctor, saya nak pembedahan~
    =)

    ReplyDelete
  24. miera a.k.a merr:

    hehehe~
    ko antara yang menyedari apakah yang aku maksudkan~
    bagus2~

    =)

    ReplyDelete
  25. ms ct :

    hehehe~
    alangkah senangnya hati kamu kak~
    ah, mesti lazat kan?

    ReplyDelete
  26. Tekkaus:

    itu manusia~
    kalau lembu bagaimana ya?

    ReplyDelete
  27. hati lembu hujongnya! chait! pantang kene ingat =D

    ReplyDelete
  28. Blog Anuar Kamaruddin™:

    hahaha~
    berpantang ni bang~
    hehehe~

    =)

    ReplyDelete
  29. zara sayang...

    apasal kak sha rasa macam nak makan hati bila baca posting nieh...adui dik...

    * nieh story kempunan tak dpt makan hati goreng rempah ek?

    ke kak sha yg silap?

    ReplyDelete
  30. cHeRyNa PiReS :

    hehehe~
    ku potong hati tu kak~
    ku tolong masak, tapi tak dapat makan~

    hahaha~

    ReplyDelete
  31. zara.. BM aku 4 ja masa SPM.. hoho.. tp aku fhm kot entri neh.. ;p

    ReplyDelete
  32. Jard The Great :

    hahaha~
    takde kena mengena dengan result SPM le Jard~

    ReplyDelete
  33. berpantang utk sembuh dik???maksudnya?

    ReplyDelete
  34. Dah ramai yang komen, so ni je la komen I. Woohoo!

    ReplyDelete
  35. Lifesaver :

    ake sedang sakit kak~

    chicken pox~

    ReplyDelete
  36. sangat mendalam.
    terima kasih kakak.
    :)

    ReplyDelete
  37. .wahh sgt makan dalam ayat neh
    .sastera sungguh

    .kamu amek sastera ke dulu syg?
    .makan tahun mahu pahamkan ;p

    ReplyDelete
  38. hatimu kalbu hehehe =p

    ps:-mcm pna tgk picture itu tapi dimana yer ..lalala

    ReplyDelete
  39. cik intan (◡‿◡✿):

    hehehe~
    ku amik Sains dulu sayang~

    =)

    ReplyDelete
  40. Neutral Daily :

    Terima kasih sudi singgah ke sini~

    ReplyDelete
  41. Salam zara..

    kamu, bertuah yang dapat menarik segumpal hati itu, walau baru 2 bulan :)

    kamu, semoga melalui detik penyembuhan dengan cermat. mengapa ya, daerah entri terbaru anem hampir sama dengan kamu.

    topik hati;p
    kebetulan..;
    wallahu'lam.

    jaga hati itu, jangan biar rapuh.lagi.

    ReplyDelete
  42. nape xleh nk comment kat shotmix tu ex...
    tekan je jd gini,,

    Your IP address 203.82.91.103 has been banned from this shoutbox.

    Please try again later

    bleh bantu?

    ReplyDelete
  43. penat aku memahami sayang...
    alih2 hati lembu lak upanya....
    heheeheheh
    tapi sa nya cam da maksud lain tersembunyi...

    p/s: ni blog baru aku...jemput singgah2....

    ReplyDelete
  44. HAti....warna..

    ????//as-salammm komen pertama..

    ReplyDelete
  45. aku baca entri ko, slalu buat aku in the deep thought..auww..nice one..buat aku manyak pikir...hehe..

    susahnya nak paham hati dan perasan org..malah tuan empunya diri pong susah nak paham hati masing2..ahaha...aku jugak lah tu..

    ReplyDelete
  46. aku baca entri ko, slalu buat aku in the deep thought..auww..nice one..buat aku manyak pikir...hehe..

    susahnya nak paham hati dan perasan org..malah tuan empunya diri pong susah nak paham hati masing2..ahaha...aku jugak lah tu..

    ReplyDelete
  47. arnamee:

    ye ke sayang?
    alahai~

    tak mengapa~
    mungkinkah ada hubungan antara kita berdua?

    ReplyDelete
  48. zafa:

    eh, ye ke zafa?
    alahai~
    nanti ku periksa~

    ReplyDelete
  49. miss zahidah :

    hahaha~
    takde maksud tersembunyi pun sayang~
    hahaha~

    ReplyDelete
  50. ashie023 :

    hehehe~
    maceh Ashie~
    kamu sellau buat aku kegilaan dengan lelaki kacak~

    ReplyDelete
  51. ashie023 :

    hehehe~
    bahagian hati juga benda yang paling sukar aku mengerti~

    ReplyDelete
  52. aku taksuka makan hati. tapi yup! akusuka hati aku!
    moga hati kamu juga aman dah bahagia di sukai oleh org lain!!

    ReplyDelete
  53. Suka hati lah! Hati ini memang susah dijaga, cepat terguris dan mudah terasa. Suka hati lah!!

    ReplyDelete
  54. kakak mu masih lagi mencari pemegang kunci yang sesuai....

    hu hu hu

    =[

    ReplyDelete
  55. Hati lembu sedap kalo di masak ... masak ... er.. masak ... masak ape yer? Ekekekeee...!!

    Sila berpantang dgn jayanya yer, cik adik maneeeessss!!

    ReplyDelete
  56. sI tEDI:

    baik sayang~
    akan ku jaga dan belai~

    ReplyDelete
  57. ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :

    alahai kak~
    insyaALLAH bakal ketemu nanti kak~

    ReplyDelete
  58. sakit ye sayang? get a rest ya. hey, hati u milik i, bukan lembu 5 ekor itu ya!

    ReplyDelete
  59. Da' daffodil D :

    hehehe~
    baik sayang~


    ahh, terlupa yang kamu milik aku, aku milik kamu~

    ReplyDelete
  60. patut la ak belek² komen ak xde..
    ingtkn da kne delete..
    upenye ak silap komen da..
    nk komen kt cni tp terkomen kt entri bwh..

    nape ak smakin keliru eh..
    mcm da lost dlm blog ni je..
    hehe..

    mmg ssh nk tafsir hati..
    kadang² ia tidak jujur dgn diri..
    hoho..

    ReplyDelete
  61. Aku Beskot™ :

    hahaha~

    takkan lah aku delete pula~

    =)

    ReplyDelete
  62. oh zara kamoooo bercinta dengan hati yg keras ke ni

    ReplyDelete
  63. dik ku doakn kau cepat sembuh dari penderitaan serangan varicella z yang indah namanya. dan ku doakan kau bernafas dengan lega bila menerima ketetapan di bumi J dan ku harap kunjungan ku membawa secebis cinta untuk mu............membahgiakan hek hek

    ReplyDelete
  64. Angelosanora :

    hehehe~
    terima kasih kak ku syg~
    hehe~

    ReplyDelete
  65. ala.. hati je.. macam hati ayam tu... :P

    tak caya, ko g tanya saudagar ayam.. ekekek..

    ReplyDelete
  66. GiGGLe GaL :

    hahaha~

    saudagar ayam hati dia lain kak


    kih kih~

    ReplyDelete
  67. err...

    bole request peparu masak pedas kat sini?hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)