Pages

Thursday, October 29, 2009

Sahabat, Kalau Kamu Baca Ini, Aku Mahu Kamu Tahu Yang Aku Sedang Mencari Kamu Wahai Teman

Kamu teman.
Kamu sahabat.
Kamu sentiasa menjadi pendorong aku.

Tatkala aku ditimpa kesusahan, kesempitan, kamu pasti akan menarik aku agar aku kuat dan begitu juga sebaliknya.
Sejak bila sudah ada rahsia antara kita?
Sejak bila di antara kita sudah tiada nilai kepercayaan?

Sahabat, kamu paling mengerti aku.
Sekilas aku menidak akan kebenaran kamu akan cepat menghidu.
Panggilan telefon tidak berjawab, pesanan ringkas tidak berbalas.
Jangan buat aku nanar!

Sudah terlampau banyak yang aku hadapi sekarang.
Cinta yang buat aku kehilangan arah dan mencari kekuatan.
Pekerjaan yang aku sedang bina dengan bersungguh-sungguh.
Penat dan aku semakin hilang asas diri.
Tapi bila terkenangkan kamu yang hilang secara tiba-tiba, air mata aku mengalir.
Sumpah!

http://i259.photobucket.com/albums/hh283/mikka_12/coffee%20prince/cartoon6.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Aku sedang menangis tatkala menulis ini buat kamu.
Aku buka Mukabuku tiada kamu.
Aku capai Si Merah mencari kamu juga tidak ketemu.
Aku menunggu di Skype juga kamu tidak muncul.
Air mata semakin deras mengalir.
Jangan seksa aku sahabat.

Jiwa aku semakin rapuh.
Tolong selamatkan aku.
Aku sendirian ketika ini.

Zara : Hati sedang rapuh. Hati sedang kosong. Aku benci bila aku jadi manusia terakhir dan langsung tiada kepentingan dalam hidup dia. Aku bukan yang terbaik buat dia lagi. Nampaknya aku perlu bercakap dengan Dinding Biru kembali.


46 comments:

  1. kak zara..tabah2..mungkin kwn kak zara ade kepentingan laen..

    jgn biarkan rase rapuh tu kuasai diri..jom, bangun..kuat2..sye tau kak zara kuat..

    ktorg pon ade ni..menyokong kak zara dr blkg..kuat kak zara~

    ReplyDelete
  2. ah.
    macam sakit saja.
    isk.

    kamu ok cik zara?

    ReplyDelete
  3. oit zara
    nape nih
    jgnla sedey
    sobss
    aku jd sedey juga nanti

    ReplyDelete
  4. dak zara : mungkin dia perlu sedikit masa.. beri dia sedikit ruang lagi..
    InsyaAllah.. semuanya akan okey!

    jangan menangis..

    ReplyDelete
  5. be tough ok dear..:)
    kami kan ada buat kamu...

    ReplyDelete
  6. take my hand and welcome back to my life, buddy :)

    ReplyDelete
  7. dik...sabar ye..dia bz kot..nnt dia akan contact kamu

    ReplyDelete
  8. dinding biru tidak boleh bercakap tetapi penyu biru boleh.hik3..

    ReplyDelete
  9. ak x pernah merasai benda ni..
    tp yg ak tau,ko sedang begitu terseksa bkn..
    sabar zara..
    kentalkn hati..

    ReplyDelete
  10. ~jangan cepat besedih.. be positive k.. pahit, manis, masam, masin tulah dunia kehidupan.. ^^

    ReplyDelete
  11. sedihnye bace entri ni. sedih kan kawan yg selama ini ade tbe2 menjauh :(

    ReplyDelete
  12. Zara,
    kadang-kadang kita ditinggalkan tanpa sebab.
    Lalu kita jadi nanar.Gila.Tak tahu mana mahu mencari.Gila dan gila.
    Dan kalau waktu itu,dia mungkin muncul,kita akan peluk dia kuat-kuat dan mahu dia janji,jangan pergi,jangan pergi,jangan lagi.
    Tapi dia lebih selesa buat kita begini.Dan aku tahu,seorang pelari,terpaksa lari,apabila dikejar sesuatu yang tak tertanggung.Lari kerana lemah.Lari kerana mahukan kekuatan.Lari bukan kerana sengaja.

    Biarkan dia seketika Zara.
    Kuatkan semangat.
    Suatu masa,dia akan sedar,betapa jauhnya dia pernah lari,dia tetap akan berbalik,pada kamu,dinding,tempat bersandar.Amin.

    ReplyDelete
  13. its ok..blajar dr pengalaman..xsemue bnda yg kite nk tu kite dpt..but pecaye la yg ade hikmah sebalik semue kejadian tu..

    ReplyDelete
  14. sabar ye syg,....

    be positive k...
    sahabat will owez b sahabat...

    bg masa yek....

    ReplyDelete
  15. agaknya dia bz kot...ada keja ke..

    ReplyDelete
  16. mungkin dia takmo kaco zara di saat2 penting macam nieh. trust me, kak sha sendiri takmo mengganggu seseorang jika dia bz dengan kerja dan mau mulakan idup baru.

    tabah ya!!!

    ReplyDelete
  17. mungkin dia juga sama:) mungkin je la kan haha

    ReplyDelete
  18. ada sesapa yang tak sayang ZARa..

    ReplyDelete
  19. awat jd lagu ni?
    huuuuu!
    ceq sdih jgk..

    ReplyDelete
  20. owh zara sayang..
    tabahkan hati mu ya sayang..
    mungkin dia ada masalah dengan dirinya sendiri..
    biarkan dia buat seketika..
    bila sampai masanya..
    dia akan cari kamu semula..

    kuatkan semangat..

    ReplyDelete
  21. sometimes is hard to make it true...tapi takpe sabar je..because sahabat yang baik tak kira di mana jua berada pasti akan mengingati kita sebagai teman karibnya...

    Zara..tadi ambe nak masuk blog english mung tapi dah dibuat untuk yang invite..nape tak open je..so tak blehla nak jadi pembaca senyap lagi kat dunia sebelah sana..huhuhu

    ReplyDelete
  22. Kadang-kala kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang lain. Biarlah dirimu jadi kekuatan dan motivasi diri sendiri. :D

    ReplyDelete
  23. Samaira:

    sedang mengumpul kekuatan ni sayang~

    ReplyDelete
  24. .palisevenfold. :

    Buddy!

    Thanks sebab dah kembali!

    Damn!

    aku rindu!

    ReplyDelete
  25. Mr PenyuBiru :

    hehehe~

    nak no tepon~

    boleh?

    hahaha~

    ReplyDelete
  26. Aku Beskot™ :

    aku sedang~

    dan akan berusaha~

    ReplyDelete
  27. faqhrule :

    aku mau tumpang kugiran kamu boleh?

    ReplyDelete
  28. penjenayah merah jambu. :

    Terima kasih sayang~
    aku rindu kamu~
    aku sayang kamu~

    ReplyDelete
  29. cHeRyNa PiReS:

    mungkin juga kak~

    aku sedang belajar untuk tabah juga~

    ReplyDelete
  30. Puan Nina (DINina):

    Thanks a lot Puan Dina~

    =]

    ReplyDelete
  31. Nakamura Kazuki:

    alahai~
    jangan lupa drop email tau?

    ReplyDelete
  32. Tekkaus:

    setuju dengan kamu bang~
    aku akan berusaha lagi~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)