Salam semua!
Hari ini hari Sabtu dan saat ini hujan sedang mencurah-curah membasahi Bumi.
Usai pulang dari sekolah.
Melunaskan cuti berganti sempena Deepavali yang aku tidak merasai dan disambung dengan kursus LDP.
LDP
Latihan Dalam Perkhidmatan.
Disebabkan jadual aku hari ini sudah diwarnai oleh TIGA jamuan makan, aku merasakan ia lebih kepada LDP juga.
Lebihan Dalam Perut.
Lemak Di Pinggang.
10 Pagi - Jamuan sempena majlis kursus.
1 petang - Kami warga sekolah dijemput hadir ke majlis jamuan Guru Besar Sekolah Rendah.
4.30 petang - Jamuan minum petang usai LDP.
Hasilnya aku merasakan perlu menahan nafsu makan selama beberapa hari agar lemak-lemak hilang dan terbang. Hari ini kepala pusing. Terkenang akan kelas-kelas yang dilalui oleh aku hari ini. Terlampau banyak suka dan duka serta cerita jenaka.
[Gambar penghargaan di SINI]
Disebabkan kesilapan kecil GPK memberikan kelas ganti kepada aku hari ini, aku bertembung dengan peristiwa yang enak dan menghiburkan.
Masa Ke-7 : Kelas 2 IK
Ada 3 pelajar lelaki sahaja di dalam kelas.
Aku : Mana orang lain?
Pelajar : Waktu KH cikgu. Semua pergi bengkel.
Aku duduk dan hati terdetik sesuatu yang kurang menyenagkan. Tangan pantas membuka Buku Pergerakan Kelas 2 IK di atas meja. Mata tertancap di jadual. Waktu ke-7 tatkala ini, dan seharusnya memang kelas KH, bukan Bahasa Inggeris yang sepatutnya diganti oleh aku.
Aku : Siapa ajar awak KH?
Pelajar : Cikgu STR.
Aku : Saya nampak Cikgu STR tadi, dia ke bengkel. Awak semua ponteng ya? (nada tinggi)
Pelajar : (muka pucat)
Aku : Pergi bengkel sekarang.
Pelajar : Baik cikgu (bergegas keluar tanpa membawa sebarang buku)
Aku : Buku mana?! Tutup kipas!
Pelajar : (seorang kembali dan melaksanakan arahan aku)
...dan aku memerhatikan mereka sehingga mereka masuk ke bengkel. Untuk memastikan mereka tidak melarikan diri dari ke kelas lagi. Oh, ini bukan kali pertama aku menangkap pelajar ponteng kelas selama aku memulakan tugas, tetapi ini kali pertama berjumpa 3 orang yang jujur kerana ponteng.
Malam ini ada Maskara Shorties.
Sedihnya tidak dapat ke Rumah Pena.
Sumpah!
Sungguh sedih.
Tok Rimau, Saudagar Garam, Dean Sham - jangan lupakan aku ya?
Zara : Hujan masih lebat di luar. Mungkin akan keluar sebentar esok. Aku kehilangan tanda nama. Entah, lupa letak di mana. Cuai!Benci! Sudah aku gunakan semenjak dua tahun lepas. Penuh dengan memori dari zaman Latihan Mengajar.
Oh, aku punya undian yang terbaru di tepi. Jika ada masa, luangkan masa untuk mengundi ya? Dan aku tidak kisah berapa kali kamu mahu mengundi. Terima kasih semua! Selamat berhujung minggu.
ala..
ReplyDeletetak kisahla tak rasa cuti depavali pun..
bkn kamu mmg dh lame cuti ape..hehe
hehe..seronok nyer da mula masuk ke kelas.... akak tk de kne masuk kls lagi... minggu yang penuh dengan taklimat dan menyelesaikan semua borang2 penting,.....
ReplyDeletemasih lagi bersabar menunggu minggu hadapan... apa yang bakal terjadi seterusnya...
hehehe..
ReplyDeletegarangnye cekgu nih..
=p
teacher zara!!!
ReplyDeleteaku sekolah dulupun selalu ponteng!
ReplyDeletenasib baik tak ketemu cikgu ZAHRAH masa tu.
la la la la
tc.zahrah..
ReplyDeletesalah masuk kelas yea hahaha
wuish..garang sungguh dik Zara.
ReplyDeletebagus2...hehe..mesti kecut perut budak2 tu..
owh garangnye cikgu...hehe
ReplyDeletemessyremo:
ReplyDeleteeceh~
dushum!!
Cik As:
ReplyDeleteseronok ke kak?
nanti jap ku fikir~
hahaha~
miSs siv:
ReplyDeletemoh masuk kelas daku~
=]
imHepPie:
ReplyDeleteyes mimie darling?
sI tEDI :
ReplyDeletehahaha~
=]
if tak aku gigit2 kamu~
AzuanBudakPandai :
ReplyDeletesalah masuk waktu~
hahaha~
a.z.r.i.n.a.03.07 :
ReplyDeletehahaha~
dasat tak kak?
LOL!
{lumut} :
ReplyDeletehidup harus garang~
LOL!
waaahhh...sudah mula menunjukkan taring ye! bagus! lepas nieh kalau diorg ponteng lagi, sila tegur. kgn dibiarkan. okay?
ReplyDeletecHeRyNa PiReS :
ReplyDeletehehehe~
baik sis!
=]
apo la nak jadi bebudak skg nih. lempang laju2
ReplyDeletehanimndroid :
ReplyDeleteaku tumpang lempang muleh?
hahaha~
ya ampun garangnya kamu ekeke
ReplyDeletebagus..bagus..cikgu ..aku suka ko garang.. patutnya ko berkas je mereka tu.. biar dirasa..
ReplyDeletealamak...selamat aku xjd student zaman ko..haha....sebab kite sezaman..
ReplyDeleteaku kuat monteng klas bio... fobiaaaa....
zara..
ReplyDeletezara
cepat2 buru sidia yang ada POJEK LDP.
mana tau 10 tahun dapat pakai C Class atau E class..mata bulat..
yang penting LDP tanpa 'H'
qah qah qih qih
hehe terhibur hati mendengar cerita zara.
ReplyDeletememang ada lagi budak2 yang jujur ni.
haha.garang betul ni. ;P
ReplyDeleteHai...budak-budak zaman sekarang! :(
ReplyDeleteponteng sebab takut tu
ReplyDeletebtol ke budak2 tu pegi bengkel???ke diaorg pegi tmpt lain plak?
ReplyDeletezara syg..kamu mengajar dimana
ReplyDeleteSamaira:
ReplyDeletemuahaha~
GiGGLe GaL:
ReplyDeletehahaha~
aku polis ke kak?
zeqzeq :
ReplyDeletehahaha~
tanpa H?
zan-xray :
ReplyDeletejujur sampai ku tak bleh blah bang~
arque :
ReplyDeletenak jadi student daku ke?
Tekkaus :
ReplyDeletetu lah pasal~
Fatt Chin Choy:
ReplyDeletetakut apakah?
Lifesaver :
ReplyDeleteku udah skodeng kak~
dia pergi bengkel~
mier@merr:
ReplyDeleteceh~
mau kena dushum ni~
hahaha~
Puan Nina (DINina):
ReplyDeletedi sebuah sekolah menengah kak~