Pages

Saturday, October 31, 2009

LDP dan Pelbagai Tafsiran - Terima Kasih Kerana Jujur Walaupun Kamu Membuat Satu Salah Laku

Salam semua!
Hari ini hari Sabtu dan saat ini hujan sedang mencurah-curah membasahi Bumi.
Usai pulang dari sekolah.
Melunaskan cuti berganti sempena Deepavali yang aku tidak merasai dan disambung dengan kursus LDP.

LDP
Latihan Dalam Perkhidmatan.
Disebabkan jadual aku hari ini sudah diwarnai oleh TIGA jamuan makan, aku merasakan ia lebih kepada LDP juga.
Lebihan Dalam Perut.
Lemak Di Pinggang.

10 Pagi - Jamuan sempena majlis kursus.
1 petang - Kami warga sekolah dijemput hadir ke majlis jamuan Guru Besar Sekolah Rendah.
4.30 petang - Jamuan minum petang usai LDP.

Hasilnya aku merasakan perlu menahan nafsu makan selama beberapa hari agar lemak-lemak hilang dan terbang. Hari ini kepala pusing. Terkenang akan kelas-kelas yang dilalui oleh aku hari ini. Terlampau banyak suka dan duka serta cerita jenaka.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon11.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Disebabkan kesilapan kecil GPK memberikan kelas ganti kepada aku hari ini, aku bertembung dengan peristiwa yang enak dan menghiburkan.

Masa Ke-7 : Kelas 2 IK
Ada 3 pelajar lelaki sahaja di dalam kelas.

Aku : Mana orang lain?
Pelajar : Waktu KH cikgu. Semua pergi bengkel.

Aku duduk dan hati terdetik sesuatu yang kurang menyenagkan. Tangan pantas membuka Buku Pergerakan Kelas 2 IK di atas meja. Mata tertancap di jadual. Waktu ke-7 tatkala ini, dan seharusnya memang kelas KH, bukan Bahasa Inggeris yang sepatutnya diganti oleh aku.

Aku : Siapa ajar awak KH?
Pelajar : Cikgu STR.
Aku : Saya nampak Cikgu STR tadi, dia ke bengkel. Awak semua ponteng ya? (nada tinggi)
Pelajar : (muka pucat)
Aku : Pergi bengkel sekarang.
Pelajar : Baik cikgu (bergegas keluar tanpa membawa sebarang buku)
Aku : Buku mana?! Tutup kipas!
Pelajar : (seorang kembali dan melaksanakan arahan aku)

...dan aku memerhatikan mereka sehingga mereka masuk ke bengkel. Untuk memastikan mereka tidak melarikan diri dari ke kelas lagi. Oh, ini bukan kali pertama aku menangkap pelajar ponteng kelas selama aku memulakan tugas, tetapi ini kali pertama berjumpa 3 orang yang jujur kerana ponteng.

Malam ini ada Maskara Shorties.
Sedihnya tidak dapat ke Rumah Pena.
Sumpah!
Sungguh sedih.
Tok Rimau, Saudagar Garam, Dean Sham - jangan lupakan aku ya?

Zara : Hujan masih lebat di luar. Mungkin akan keluar sebentar esok. Aku kehilangan tanda nama. Entah, lupa letak di mana. Cuai!Benci! Sudah aku gunakan semenjak dua tahun lepas. Penuh dengan memori dari zaman Latihan Mengajar.


Oh, aku punya undian yang terbaru di tepi. Jika ada masa, luangkan masa untuk mengundi ya? Dan aku tidak kisah berapa kali kamu mahu mengundi. Terima kasih semua! Selamat berhujung minggu.

40 comments:

  1. ala..

    tak kisahla tak rasa cuti depavali pun..
    bkn kamu mmg dh lame cuti ape..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..seronok nyer da mula masuk ke kelas.... akak tk de kne masuk kls lagi... minggu yang penuh dengan taklimat dan menyelesaikan semua borang2 penting,.....

    masih lagi bersabar menunggu minggu hadapan... apa yang bakal terjadi seterusnya...

    ReplyDelete
  3. hehehe..
    garangnye cekgu nih..
    =p

    ReplyDelete
  4. aku sekolah dulupun selalu ponteng!

    nasib baik tak ketemu cikgu ZAHRAH masa tu.
    la la la la

    ReplyDelete
  5. tc.zahrah..
    salah masuk kelas yea hahaha

    ReplyDelete
  6. wuish..garang sungguh dik Zara.

    bagus2...hehe..mesti kecut perut budak2 tu..

    ReplyDelete
  7. Cik As:

    seronok ke kak?
    nanti jap ku fikir~
    hahaha~

    ReplyDelete
  8. AzuanBudakPandai :

    salah masuk waktu~

    hahaha~

    ReplyDelete
  9. a.z.r.i.n.a.03.07 :

    hahaha~

    dasat tak kak?

    LOL!

    ReplyDelete
  10. waaahhh...sudah mula menunjukkan taring ye! bagus! lepas nieh kalau diorg ponteng lagi, sila tegur. kgn dibiarkan. okay?

    ReplyDelete
  11. apo la nak jadi bebudak skg nih. lempang laju2

    ReplyDelete
  12. hanimndroid :

    aku tumpang lempang muleh?

    hahaha~

    ReplyDelete
  13. bagus..bagus..cikgu ..aku suka ko garang.. patutnya ko berkas je mereka tu.. biar dirasa..

    ReplyDelete
  14. alamak...selamat aku xjd student zaman ko..haha....sebab kite sezaman..
    aku kuat monteng klas bio... fobiaaaa....

    ReplyDelete
  15. zara..
    zara
    cepat2 buru sidia yang ada POJEK LDP.
    mana tau 10 tahun dapat pakai C Class atau E class..mata bulat..

    yang penting LDP tanpa 'H'

    qah qah qih qih

    ReplyDelete
  16. hehe terhibur hati mendengar cerita zara.
    memang ada lagi budak2 yang jujur ni.

    ReplyDelete
  17. Hai...budak-budak zaman sekarang! :(

    ReplyDelete
  18. ponteng sebab takut tu

    ReplyDelete
  19. btol ke budak2 tu pegi bengkel???ke diaorg pegi tmpt lain plak?

    ReplyDelete
  20. zara syg..kamu mengajar dimana

    ReplyDelete
  21. zan-xray :

    jujur sampai ku tak bleh blah bang~

    ReplyDelete
  22. Lifesaver :

    ku udah skodeng kak~

    dia pergi bengkel~

    ReplyDelete
  23. Puan Nina (DINina):

    di sebuah sekolah menengah kak~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)