Pages

Tuesday, September 29, 2009

Terlajak Kereta Boleh Diundur, Terlajak Pisau Boleh Keras Daging Walaupun Lama Direbus


Badan sudah bersandar di dinding, tangan kejang menghiris daging sebanyak tiga kilogram. Memang bisa membuat diri sampai geram.

Emak sibuk memasukkan beras dan mengetatkan ketupat di sebelah aku. Maaf, proses menganyam sehinggalah mengetatkan ketupat tidak dapat aku penuhi lantaran kekurangan kemahiran tradisional. Berbual sambil membuat kerja boleh mengurangkan tekanan, ini yang aku belajar di sekolah dulu.

Aku : Along nak bagi juadah esok pada CWC ya Mak? Abang selalu bagi pada Ah Yong motor tu.
Mak : Boleh. Ramai sangat kawan kamu dari pelbagai bangsa. Nak kahwin dengan orang macam tu ke?
Aku : (dalam hati : kalau dulu mungkin ya *gelak*) Eh, mana ada Mak? Kan Along dah kata, kawan sahaja semua tu.
Mak : Susah kalau kahwin dengan orang berlainan bangsa dan agama ni. Kena pandai sesuaikan diri.
Aku : Aduhai Mak ni, tenang sahaja.

Tiba-tiba Adik aku berlari ke dapur membawa kad raya.

Ayim : Along ada dapat kad raya.
Aku : Terima kasih.

Tangan membelek kad raya, mata tertancap pada cop di atas setem. Dari Singapura.

Mak : Siapa hantar?
Aku : Dari Singapura.
Mak : CWC ke?
Aku : Ya, siapa lagi kawan yang kerja sana...

Pantas Mak menarik kad raya yang sedang aku baca. Mak tersenyum melihat ucapan yang ditulis oleh CWC. Kata Mak, pandai dia menulis dalam bahasa yang teratur. Kebetulan, Abah ada berhampiran sedang menggoreng ayam. Mak memaklumkan pada Abah isi kandungan kad raya itu. Kalau CWC membaca penulisan ini, mereka berdua mengucapkan terima kasih atas ucapan hari raya dari kamu.

Mak : Kalau mahu pilih kawan, pilih yang baik-baik.
Aku : Eh, kawan Along semua memang baik-baik Mak.
Mak : Maksud Mak kalau nak pilih jodoh ke...(suara Mak perlahan)

Aku sedang khayal memotong daging hampir 4 jam. Jadi aku melayan sahaja apa yang Mak katakan.

Aku : Dah pilih dah.
Mak : Biar betul dah pilih?
Aku : Sudah Mak.
Mak : Budak mana?

Di saat ini aku baru tersedar yang aku sudah terlepas kata. Ya, terlanjur lidah dan mendedahkan rahsia yang aku simpan.

Aku : Err, orang Malaysia lagi. Semenanjung. *gelak untuk menyembunyikan rasa gugup*
Mak : Tahu lah, tapi orang mana?
Aku : ...............



Oh, biarlah isi perbualan yang seterusnya menjadi rahsia aku, Mak dan juga Si Kosong. Nampaknya Mak tidak terlalu terkejut. Mungkin kerana aku telah memenuhi ciri-ciri yang telah dia kiaskan pada aku suatu ketika dulu. Adat berkawan.

Zara : Baru berpuasa hari kedua. Abah sudah selesai puasa enam dan beraya pada hari Ahad yang lalu. Cemburu dengan ketahanan Abah.

74 comments:

  1. Maksudnya mak dah bersetuju lar! :p

    ReplyDelete
  2. best, best! tahniah telah membuat pendedahan. hehe

    ReplyDelete
  3. tengok mak zara tak sabar menanti kehadiran orang baru nampaknye..hihii

    ReplyDelete
  4. .wahh mak dah setuju
    .bile langsungnye? ;p

    ReplyDelete
  5. hehe ^^
    jawapan yang jujur..sudah berbau nasi minyak disini..

    p/s: kite boleh jd photographer zara ^^

    ReplyDelete
  6. Tak sabo nak tunggu nasi minyak Zara ni..hehehe..

    Berubah lagi wajah blog ni..Rajin sungguh Zara mengecat rumah..hehehe

    ReplyDelete
  7. eh ko tak pndi menganyam ketupat ker? adeh

    ReplyDelete
  8. bicara kawen saja yer kalu mak dengan anak...hihihi

    hebat abah kamu =)

    ReplyDelete
  9. beruntung dapat mak ayah yang memahami..

    ReplyDelete
  10. nak kawen gak wuu..

    ala lom start posa 6 lagi neh huhu

    ReplyDelete
  11. ala..aku mahu tahu jgk..org mana dik?

    ReplyDelete
  12. eleehh...terlajak kate la kunun cik saripah oi...hang mmg nk bgth mak hang kan...dlm ati tu, bile la nk intro kt mak ni...adoooo....
    hihihi..
    papepun, congrates la ye..:D

    ReplyDelete
  13. maksudnye dah sampai seru lah tu zara.
    jgn lupa jemput jemput-jemput.
    ;P

    ReplyDelete
  14. indah kan rasa... :)


    cepat2 syg! hihi

    ReplyDelete
  15. Jangan ditangguh ye...cepat langsungkan.

    Benda baik tak elok dilambat2 kan..hehe..

    JEMPUT AKU YE!

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin, cik adik manes!
    Er... bila langsung tuh? *wink..wink*

    ReplyDelete
  17. mak anda suka pilihan anda? bagus...bagus...bagus...good...good...good... (apasal rasa macam takde perkataan lain nieh)

    ReplyDelete
  18. hihi,terlepas pulak!
    apapun,doakan yg baik2 untuk kamu,zara :)

    ReplyDelete
  19. w0it..w0it..nak tw perbualan seterusnya..nak..nak..nak..

    ReplyDelete
  20. mak slalu bijak untuk meng'trick' anak nye...hehhe

    ReplyDelete
  21. abah dah raya enam?
    wah cepatnya!!

    ReplyDelete
  22. aku ingat dah pilih daging ntuk dimasak.
    rupanya dah pilih kekasih hati.
    heh.

    ReplyDelete
  23. emmm.... tak sabo nak tunggu kad jemputan kawen kamu nih...huhuhu


    salam aidilfitri....

    ReplyDelete
  24. kantoi...sendiri kantoi btaw mak..wakakaka... tak pe la.. asalkan apa yg kamu dan si budak emosi tu buat baik..baik la pada kami.. [ehcheh..macam aku lak yg jadik mak ko..wakakakka]

    ReplyDelete
  25. zamdotcom:

    yeah!

    mau zam jadi photographer daku!!

    ReplyDelete
  26. deepflower:

    alahai~

    siapa kamu ni~

    tau nama betul ku~

    ReplyDelete
  27. ░♥si lampu neon♥░ :

    tantoi sengal je~

    ReplyDelete
  28. Noorlaila Mohamed Nor :

    abah stat dari raya kedua~

    ReplyDelete
  29. GiGGLe GaL :

    kamu kan nak tolong dak emo tu pinang aku kak~

    hahaha~

    ReplyDelete
  30. niesz:

    green light sebagai kawan je kot dik~

    =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)