Pages

Sunday, September 13, 2009

Permintaan Terlampau Seorang Gadis Yang Diliputi Tepung Sambil Memeluk Ketuhar Secara Intim.


Salam kasih sayang buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Maaf jika aku kurang dapat melawati blog kalian semua. Mohon ampun dan maaf disebabkan aku dilanda kesibukan yang bukan mudah diselesaikan. Berperang dengan tepung, penimbang dan ketuhar membuatkan aku hampir kehilangan tenaga dan tiada emosi. Sumpah! Hampir hilang diri.

Proses bermula seawal pagi. Usai membasuh pakaian keluarga dan pinggan mangkuk yang ditinggalkan oleh mereka yang bersahur dan berbuka puasa, aku memulakan operasi membuat kuih raya bersama Emak tercinta. Oh, ibu jari aku sedang kejang sekarang. Maaf ku pinta dari kalian. Kuih yang berjaya dibuat hari ini tat gulung nanas, suji Arab dan samperit.

http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/bfr/lowres/bfrn28l.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Setelah tidak sedarkan diri hampir dua jam petang tadi, aku kembali memeriahkan dapur sambil hampir berguling di lantai disebabkan kepenatan yang dahsyat. Kiranya aku lebih rela beraksi di padang bola berbanding kekejangan akibat menghadap ketuhar baru sebesar 60 liter. Hampir sebesar sebuah peti bergambar yang bersuara. Oh ya, malam ini rasanya aku mahu diurut oleh lelaki ini memandangkan dia sudah kematian isteri dan anak akibat perbuatan John Merah (baca : Red John).

http://www.blakeneely.com/projects/mentalist/the-mentalist.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Rasanya beliau tidak akan menolak. Sekurang-kurangnya, keadaan mental aku bakal berada di tempat yang sepatutnya setiap malam Sabtu menonton dia di SINI. Tulang temulang berbunyi mengalunkan irama yang aku sendiri tidak mahu. Aku rindukan seseorang tetapi terlalu sibuk sehingga hari Ahad. Mungkin juga masa berkualiti bersama dia hampir ke tahap bahaya. Hanya berharap dia bakal mengerti keadaan aku ini.

Buat sahabat sekalian, aku bakal kembali pada hari Isnin. Sila tunggu aku ya? Aku bakal lawati rumah kamu semua selepas aku berjaya memulihkan diri ke tahap yang seharusnya. Kemahiran berguling aku semakin tumpul kebelakangan ini - aku percaya ianya harus digilap kembali. Rindukan kalian semua.

Zara : Mahukan Patrick Jane menguliti aku malam ini - membuatkan aku lupakan segala kepenatan dan permasalahan dengan kebolehan dia memanipulasikan minda.

52 comments:

  1. aku belum lagi memulaka golekan di depan ketuhar....

    la la la la...

    ReplyDelete
  2. lupa la nak mintak kuih tat sekali ari tu( dasar muka tembok..dah kasi kad nak kuih pulak) he he he

    ReplyDelete
  3. isk.sedapnye kuih tat..hehe..
    jangan lame2 sgt terus berguling ye..hee..

    ReplyDelete
  4. mesti byk kueh buatan kam0o tya0n ni kn...

    heee

    ReplyDelete
  5. haaa...jom aku urut ko. sampai terkangkang2 aku urut. mau?

    ReplyDelete
  6. tipoo tau smpi guling2 kt dapur bagai...hikhikhik =P

    ReplyDelete
  7. huhh..bak la sebalang..nk try je sedap ke x..hi3

    ReplyDelete
  8. pocket tak pandai main tepung,
    main butter pandai lah :)

    tp citer mentalist tu tak paham sgt lah, terasa cam scriptnyer mudah sgt pun ader jgak...

    ReplyDelete
  9. bagus kalian semua.Aku hanya mmpu berguling2 di atas laptop dan nota2..dan tesis..aku penat oooooooo...

    kepala otak sudah mau pecah

    p/s: kamu sudah baca posting aku baru2 ini..posting yg membuat mereka keliru akan aku..ekekke...

    ReplyDelete
  10. buat kuih ape tuh? ada semperit tak? adoii...sha sangat kagum ngan org yg sabar2 nak main tepung...kalau sha diberi tepung dan telur...tak mungkin jd kuih. mungkin hanya jadi mainan baling2an macam dalam zaman sekolah.

    tabik spring kepada zara!

    ReplyDelete
  11. aku bagi makan cekodok je pada tetamu nanti. haha.

    kalu kamu datang, aku buat something yang special. hehe.

    ReplyDelete
  12. aku bagi makan cekodok je pada tetamu nanti. haha.

    kalu kamu datang, aku buat something yang special. hehe.

    ReplyDelete
  13. wah, rajinnye....jom main suap2... huhuhuhu :p

    ReplyDelete
  14. wahh..semangat wat kuih raya ea? pos sket.hehe..

    daku buat jgk.tp dgn jari sj.main tunjuk2.biasala..kuasa di tgn anda.hikhik..

    ReplyDelete
  15. patutlah tiada kunjungan dari kamoo dek zara..

    sibuk di dapur rupa2nya..

    jgn lupa lawat blog kakak ya..

    ReplyDelete
  16. lambatnya hari isnin nak kembali normal, eh lupa esok la isnin. aku juga boleh urut mu dik tetapi teknik yg lagi bagus.. hentaman dengan batang penyapu!!

    ReplyDelete
  17. berapa byk biskut kau buat sayang?

    ReplyDelete
  18. wah!!!meriahnyer raye..dpt wat kueh raye sendiri...how nice..

    ReplyDelete
  19. Buat kuih? Kalau boleh masak rendang dan ketupat! Itu lagi best! :)

    ReplyDelete
  20. ber_uwang :

    kalau sampai Nilai, tart tu dah jadik debu~

    haha~

    ReplyDelete
  21. olin:

    oh nasib baik kalau aku dtg menunya lain~

    ReplyDelete
  22. itafukada:

    hehehe~

    kuasa di tangan anda gitu~

    hehhee~

    ReplyDelete
  23. zan-xray:

    pergh~

    kena hentam bang?

    oh...sakit tu~

    ReplyDelete
  24. aku boleh tolong urutkan kamu sayang~

    ReplyDelete
  25. ah ketuhar di rumah hiasan selama 11 bulan...

    sebulan sahaja digunakan... hihihi=))

    bulan ramadhan...

    ReplyDelete
  26. hehe..

    okae ler tu..
    minggu depan mandi dgn nasi plak..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)