Pages

Sunday, August 30, 2009

Usia 22 Tahun Bukan Penghalang Aku Menerima Kasih Sayang Daripada Mereka...


Usia yang menjangkau 22 tahun bukan penghalang aku menerima limpahan kasih sayang daripada mereka yang sentiasa membuatkan aku mengukirkan senyuman kepada setiap penghuni dunia ini. Senyuman penghias wajah yang sentiasa membuatkan aku bernyawa di bumi yang semakin tua ini.

Pagi semalam aku dikejutkan dengan kedatangan Abang Posmen yang menegur kejahilan aku dengan memakai seluar pendek tetapi bertudung. Sesiapa yang terlupa, sila tekan SINI dengan menutup mata.

Ini hadiah yang diterima daripada Si Kosong.
*senyuman*



Kasihan Si Kosong. Malam Ulang Tahun aku dia habiskan di hospital akibat kurang sihat. Moga semuanya baik sahaja buat dia. Oh, mahu lihat apa di dalamnya?



Sepasang kain berwarna ungu.



Kad Ulang Tahun dari Si Kosong.
Apa yang ditulis didalamnya? Biarkan ianya menjadi rahsia. *ketawa girang*

Aku juga menerima kad yang dilayangkan daripada Melaka oleh kakak yang begitu menggemari kucing, Tedi. Terima kasih sayang!



Aku terfikir, mengapa mesti lembu? Bukan kucing ke yang menjadi kegemaran kamu?

....dan sedikit jamuan dan kejutan daripada mereka yang dipanggil keluarga usai mahu berbuka puasa bersama.



Menu wajib barangkali buat aku.
Oh ya, di Muar, kami menikmati sate sebagai sarapan pagi. Sila datang berkunjung ke sini!



Sebahagian daripada hidangan semalam.
Kebetulan nenek, makcik dan sepupu datang berkunjung. Kejutan yang aku terima daripa sepupuku amat menggembirakan. Mahu tersenyum tatkala dia menghulurkan kotak ini kepada aku.



Kotak kek yang berwarna merah jambu. Kena dengan jiwa aku barangkali semalam.




Ini kek Ulang Tahun Ke-22 Aku!

Terima kasih Aishah kerana mengingati ulang tahun aku. Ah, kini kita sebaya walaupun kamu dilahirkan pada bulan Januari. Oh, jangan terkejut melihat nama yang terukir di atas kek itu. Memang dikalangan keluarga, nama tengah aku yang menjadi pilihan mereka untuk memanggil aku. Bukan nama pertama disebabkan kebanyakan kami mempunyai nama pertama yang sama. Bukan juga nama terakhir aku yang telah diubahsuai untuk kamu disini.

Zara : Rasa bahagia meliputi hati. Mahu tersenyum. Boleh bukan? Terima kasih atas ucapan ulang tahun yang diterima di blog, Mukabuku (baca: Facebook), Twitter, surat elektronik, panggilan telefon dan pesanan ringkas. Terima kasih atas ingatan kalian!

50 comments:

  1. kain pasang utk dibuat baju raya.

    tahun ini warna ungu la ye sayang?

    :)

    ReplyDelete
  2. wah,..meriahnye...hehe.
    tedi bagi lembu sekor??ahaha

    ReplyDelete
  3. is it ur birthday honey?
    akak lama bercuti..hehe tatau..
    anyway, happy belated birthday~!
    errr si kosong n si comel?
    well..moga bahagia~! hehe~!

    ReplyDelete
  4. dak zara 2 jam aku cari kad gambar kucing.. tapi fikir2 balik.. kucing tak boleh di makan..

    tengok.. kamu sudah pun sembeleh lembu itu untuk di buat sate..

    ekekekeke...

    Patutlah tidak ceria.. aku sudah tahu mengapa... :(

    semoga si kosong cepat sihat!!

    ReplyDelete
  5. kejam betul kamu zara...

    letak gambar sate~~~

    cis..hehe

    ReplyDelete
  6. kemarin sudah 22 kau ye zara.
    emm 21 tu tahun tahun terakhir boleh dapat duet raya. bermula 22 dan seterusnya tak boleh dah...:p

    ReplyDelete
  7. dik...
    sungguh seronot yea dapat prezen...sangat santek baju itu...

    ReplyDelete
  8. leadleedeea:

    hehehe~

    selamat kembali sis!

    huwaa~

    merindui kamu!

    ReplyDelete
  9. << s| tED| >>:

    hahaha~

    sangat comel!

    aku suka!

    thanks syg!

    ReplyDelete
  10. zan-xray :

    semalam bang~

    apa pulak kemarin~

    cest~

    ReplyDelete
  11. bestnya, meriah betul smbt lahir
    apa2 pun happy selalu :)

    ReplyDelete
  12. owh kek coklatnya bertakhtakan 10biji bunga coklat...menyerlah! =D

    ReplyDelete
  13. Orang Muar memang pelik...
    pagi2 makan sate..
    huhuhu!

    teringat kenangan kat serom 1

    ngee....

    ReplyDelete
  14. Uhh .. haku terlepas ulang tahun kamu. Sori ... selamat ulang tahun ke 22 yer!

    ReplyDelete
  15. sweetnye la dpt hadiah kain!!!

    kain pepel lak tu.. hehe..

    nnt i kirim hadiah u dlm mimpi mlm ni eh syg.. i bg u BMW 5 series.. ok tak? ke nk 10 series? hehe..

    ReplyDelete
  16. dh tua kamoo zara !!! hehehe

    ape dh pki seluar pendek !!!

    ReplyDelete
  17. epi bufday zara, ur puple kain tu so adorable ar

    ReplyDelete
  18. aku baru perasan si kosong bagi kamu kad gambar kucing. Macam mana dia boleh dapat cari!!

    dush!!dush!! si Kosong!!!

    ReplyDelete
  19. kak zara
    hepy bufday..

    purple yer..
    sme lorh.
    dis year pun bju kite purple gak
    heeee ;)

    ReplyDelete
  20. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    hehehe~

    Zara pun tak kira nuar~

    kamu sgt prihatin~

    ReplyDelete
  21. Anike MK :

    laling~

    amboih~

    nak kena cubit ke syg?

    ReplyDelete
  22. Yern Ain :

    I nak Nokia NSeries puh dah cukup sayang~

    Boleh?

    ReplyDelete
  23. ░♥si lampu neon♥░ :

    hahaha~

    sgt kan syg?

    thanks honey!

    ReplyDelete
  24. << s| tED| >> :

    hahaha~

    tak tau Tedi~

    mungkinkah Dak Utih kamu di curi?

    hahaa~

    ReplyDelete
  25. byk ye hadiah. sama byk da gan juadah tu. neway, hari zara kan... hah! kita sebaya upernye...

    ReplyDelete
  26. hidayah:

    hahaha~

    adakah kamu baru tahu daku sebaya dengan kamu syg?

    ReplyDelete
  27. Wow keke cokelat kegemaran cikgu..teringat kat mak yag selalu wat kek cokelat untuk cikgu..best sangat..kadang2 wat balik sampai 3 bekas bagi kawan yang suka duk memesan..hehe..

    ReplyDelete
  28. wah,bahagienye..sori terlambat wish..smoge umur 22 ni mmbawa lebih byk makna dlm hidup..just enjoy urself sis :)

    ReplyDelete
  29. "jgn haramkan apa yg halal"
    hehe..akak igt itu.. =)

    mungkin masih ada cara lain utk menjadi 'pencinta sawah'..

    anywy, selamat hari lahir sayang..
    terima kasih atas panggilan 'jam loceng' pukul 9 pagi hari itu..suara serak2 basah, bagai termimpi2 dibuatnya..

    ReplyDelete
  30. ~ Hariza ~ :

    hehehe~

    aduyai~

    rindu kamu kak~

    Ihiks~

    ReplyDelete
  31. alamak!sedapnya kek itu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)