Pages

Thursday, August 20, 2009

Teringin Mempunyai Pengamal Perubatan Peribadi,Bolehkah Aku Memilih Mereka Ini?


Petang tadi menerima panggilan dari sahabat lama aku yang meminta izin untuk mengunjungi rumah. Alahai, mungkin disebabkan aku tidak berkesempatan untuk keluar dengannya semalam disebabkan oleh keadaan diri yang kurang sihat.

Yang paling menggembirakan, salah seorang daripada mereka, sudah hampir 7 tahun tidak bertemu. Sumpah, sangat lama. Hanya Pesanan Yahoo! (baca : Yahoo! Messenger), dan laman sesawang sosial seperti Friendster dan Mukabuku menjadi penghubung antara kami.

Disebabkan mereka telah menyatakan telah keluar berdua tanpa mengajak aku bersama hari ini atas dasar urusan lelaki, aku memboikot dengan hanya menghidangkan air walaupun terdapat permintaan untuk aku menyediakan mi bandung seperti selalu.

Dr. N : Ifah, takkan takde masak mi bandung?
Aku : Amboi, sedap sahaja anda. Takde.
Dr. N : Camni mahu balik lah. (terus bangun)
Aku : Amboi, sampai hati...



Ini Dr. N.
Ya, bakal doktor hasil keluaran dalam negara. Nampak kedudukan aku yang kurang stabil di situ? Mencuba untuk menggapai ketinggian yang sama dengan dia. Alahai, nampak sangat kurang sempurna penyamaran aku.



Ini Dr. S merangkap doktor peribadi secara maya.
Bakal doktor hasil keluaran luar negara, Russia.
Sudah hampir tujuh atau lapan tahun kali terakhir aku melihat dia di alam realiti.
Aduhai, Dr. S ini memang tinggi lampai, dari dulu lagi. Tiada penyamaran disini. *ketawa*

Mereka antara insan yang istimewa yang hadir dalam hidup aku. Jika aku kurang sihat secara peribadi atau masalah kesihatan mereka di sekeliling aku, aku cuma perlu menghubungi mereka dan bertanya tentang pandangan mereka sebagai bakal pengamal perubatan.

...dan aku lebih bersikap terbuka dengan Dr. S, mungkin disebabkan oleh faktor bangsa dan agama membuatkan aku lebih selesa berbicara mendapatkan pandangannya walaupun dia jauh dari bumi Malaysia. Dr. N lebih kepada pandangan peribadi berbanding masalah kesihatan. Lagi pula dia sudah menjadi milik orang...
*senyum*

Berbual dengan mereka petang tadi memang amat menghiburkan - dasar profesional terserlah. Mungkin ada yang beranggapan kedengaran agak gila bila menyentuh aspek seperti penjualan sperma (seperti yang aku inginkan), tetapi yang lainnya, seperti kembali ke sembilan tahun yang lepas, masih dapat berbual mesra tentang apa jua topik.

Isi penting hari ini - "Bilakah Ifah mahu kahwin disebabkan dia sudah menamatkan pengajian?"

Aduhai sahabat...
Lambat lagi. Apa pun, buat Dr. Shashi, selamat pulang tebang ke Russia minggu hadapan (25 Ogos 2009), buat Dr. Nafis, pulang berhati-hati ke kampus pada minggu hadapan juga!

Zara : Pulang ke kampus selatan untuk memulangkan jubah.

34 comments:

  1. senang la ek nanti kalo cik zara kurang sihat...kompem2 free jer ubat-ubatan nyer itu...;)

    ReplyDelete
  2. ammvoiii za, tingginyerr doktor s ittewww..

    ReplyDelete
  3. wah.membe sume doctor.nanti zara leh dpt diskaun weyh kalu nak deliver baby.eh tetibe je kan.hehhe.

    ReplyDelete
  4. hehehhe
    janji ada DR kan dik
    :)

    sahabat tu penting!!

    ReplyDelete
  5. sesuai sekali jubah tu untuk zara..
    heheh pasnie dah kena pulang tak dapat nak bergambar lagi dah.. huhuu

    ReplyDelete
  6. haha~~

    kamu konsisten ye pasal nk beli sperm~~

    ReplyDelete
  7. saya nak doktor S jadi dktor peribadi saya..hohohoho..

    ReplyDelete
  8. nak doktor peribadi kawen doktor ler

    ReplyDelete
  9. eh2 knp kamu paki jubah zara..!!!

    *slmt berpose..

    ReplyDelete
  10. cara gak tu.

    senang ko nak beranak nanti.

    ReplyDelete
  11. Hahahah! Dengan Dr S x berani plak menyamar...ni yang bagi komen ni pun bakal doktor gak ni kak....heh!

    ReplyDelete
  12. aku ingta jubah tu boleh di framekan sekali.. nampak sgt aku tak pernah pakai.. la la la la...

    ReplyDelete
  13. zara:)
    pasni bukan dunia sebelah zara lagi:) wink wink..tapi dunia pasangan zara:)

    ReplyDelete
  14. shima:

    hahaha~

    baby kah?

    mau mereka sambut buleh tak?

    ReplyDelete
  15. atiQah adNan :

    betul tu kak~

    mau pulangkan sudah~

    ReplyDelete
  16. messyremo:

    hahaha~

    mestilah~

    mahu jual ke Omar?

    ReplyDelete
  17. Monkey D Luffy :

    kalau tak kawen tak buleh ke?

    ReplyDelete
  18. khaLifah feDi:

    sengaja pakai sebab budak2 tu tak datang konvo aku~

    ReplyDelete
  19. .palisevenfold.:

    Busuk, lu tak nak jadi doktor kah?

    ReplyDelete
  20. Paan:

    Kamu bakal doktor gak Paan?

    akak mahu tempah kamu bleh?

    ReplyDelete
  21. Pais Chaos :

    dia kata dia paling suka makan nasi~

    ReplyDelete
  22. ~ Hariza ~ :

    hahahaha~

    si kosong itu hal lain~

    ReplyDelete
  23. miEz haNeM:

    hahaha~

    aduyai~

    tak mau tukar nama~

    hahaha~

    ReplyDelete
  24. erm...erm...boleh kot!hehehe

    ReplyDelete
  25. Lifesaver:

    hahaha~

    kamu nak doktor beranak tak kak?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)