Sebelum meneruskan agenda pada malam bersejarah itu, aku bertemu seseorang. Seseorang yang datang atas dasar ingin menemui aku secara peribadi. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat diri aku yang tidak sanggup menghampakan niat baik seseorang yang bersungguh dalam menjalin ukhuwah.
Salam bertukar dan berjawab. Pelukan ringkas tanda wujudnya jalinan antara kami. Dia ditemani oleh rakannya. Aku cuma tersenyum. Bahkan, aku hanya keluar sendirian menemui dia. Hatinya gusar jika pertemuan ini akan hambar jika dia ditemani.
Aku hanya meminta dia bertenang.
Aku : InsyaALLAH, lebih ramai, mungkin lebih bagus.
Perbualan mengambil tempat. Gelas minuman tiba. Indah rasanya bertemu empat mata dari hanya bertegur dan berbual secara maya. Rakannya hanya menjadi pemerhati. Aku cuba timbulkan suasana yang agak ceria agar rakannya tidak rasa diketepikan. Pasti rasa bersalah akan terbit jika dia terpinggir daripada perbualan yang rancak ini.
Dia : Zara ni saya kenal di alam maya. Dia baru menamatkan pengajian.
Rakan Dia (RD) : Dari mana?
Aku : Kampus Selatan.
Dia : Sudah bekerja?
Aku : Sekarang ini tidak lagi. Hari itu bekerja sebagai guru ganti di sekolah menengah.
Dia : Dia ni memang cikgu.
RD memandang dia.
RD : Awak kata kenal dia di alam maya? Melalui laman sosial?
Dia : Dia penulis blog, saya selalu baca blog dia.
RD : Dia penulis blog? Boleh dipercayai ke?
Dia : Apa maksud awak?
Aku memandang RD seperti memandang seekor bakteria yang bisa diampuhkan dengan hanya renungan mata. Hati tersentap, senyuman yang terukir hampir sirna, tapi aku gagahkan demi sebuah kepastian.
Aku : Maaf, apa maksud awak?
RD : Penulis blog ramai yang seperti penulis pojok. Menulis atas dasar yang dia sendiri tidak mengerti. Menulis hanya demi nama, demi kepuasan mencari keuntungan.
Aku : Siapa yang menaburkan benih fitnah dalam kepala awak ya?
RD : Itu sememangnya hakikat yang berlaku. Sukar mencari penulis blog yang mempunyai nilai kebenaran yang hakiki.
Aku : Tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Esa! Awak memikirkan saya manusia seperti itu?
RD : Terdapat kemungkinan. Saya tidak mengenali anda.
Aku mengawal darah yang naik hingga ke ubun-ubun. Nafas aku tarik sedalamnya. Mengawal emosi dan kemarahan di hadapan manusia yang dangkal pemikirannya. Aku memandang dia.
Aku : Saya pulang dahulu.
Dia : Zara, jangan begini.
Tangannya dipaut di bahu aku. Aku menolak lembut dan tersenyum memandang dia.
Aku : Mungkin kita akan bertemu lagi di lain waktu. Ini nampaknya bukan masa yang sesuai. Maaf, jika mencari kesalahan, hanya akan nampak kesalahan.
Aku memandang RD dan menuturkan sebaris ayat terakhir.
"Saya cuma harap agar pandangan anda yang terhijab bakal terbuka suatu hari nanti. InsyaALLAH, moga yang terbaik menjadi milik anda"
Aku berlalu pergi.
Aku kecewa, ada manusia yang dangkal pemikirannya disebalik era yang sepatutnya tanpa batasan. Pemikiran harus terbuka dalam memilih yang terbaik, bukan hanya serkap jarang yang bisa meruntuhkan sebuah ikatan persahabatan.
Manusia dikurniakan akal bukan? Gunakan sebaiknya, jangan menggunakan punggung sebagai gantinya. Tidak pernah ia akan membawa kepada kebaikan.
Zara : Mencari makna hidup di celah botol-botol kaca.
cis.. ada lagi orang macam tu ye? sabor, sabor sarip..
ReplyDeleteadergh..ade juga ke org yg mcm tu?? mungkin pada ketika itu otaknya tidak berfungsi dan terpaksa menggunakan kepala lutut untuk berfikir..
ReplyDeletep/s: makan biskut lutut
peh.. terkilan aku baca dialog korang.. rilek2 zara... kadang2 org 'luar' takkan fhm dunia blog..
ReplyDeleteu sepatutnya tak emosi...kata pd dia...tun mahathir menulis blog, tuan guru nik aziz menulis blog, PM kita pun ada blognya sendiri...
ReplyDeletedangkal sungguh perempuan itu kan zara kan...
perempuan kah?
ReplyDeletedia paut bahu kamo0?
blog aku la yang selalu citer kebenaran yang hakiki.. huh!! haaha
ReplyDeletesabo je la zara..die jeles kot..hehehe
ReplyDeletehahaha.. malay typical minded..
ReplyDeletecakap kat dia, sbb dia bengong sgt psl teknologi la dia x kenal siapa itu zara.. yeah, kita neh bukan penulis blog tersohor atau gila glemer.. tapi kita menjalin persahabatan dari sebuah catatan keikhlasan dalam blog rakan2 maya.. pendek kata.. kita sendiri boleh nilai siapakah penulis yg layak menjadi rakan maya kita melalui pembacaan entry di blog masing2.
I bangga mengenali gadis bernama Zara hanya melalui blog.. hope to meet u soon..
Congrats on ur convocation day..
Take care and selamat berpuasa =)
ntah la,
ReplyDeleteapasal la ada lg manusia mcm ni pemikiran kolot...abaikan je org mcm tu
pape pun aku suka gmbr tu, nmpk cute
eiiikk..sape yg nak kene cili tu yee.... sangat "bangang" skali cara menilai...
ReplyDelete[aku benci pada orang yg buta internet.yg cuma tahu berkata-kata tanpa mengetahui apa itu dunia maya.pokokpangkalnya pada diri sndiri..tahu menggunakannya dgn jalan yg baik, maka baik la outcomenye..klu tidak, tepuk kepala..tanya otak sndiri..ilang mood aku baca kata2 bangang RD tu dik..]
biarkan dia..
ReplyDeleteberehat sbentar bersamma mira..
hihihihi...
fikiran beliau sungguh2 kekampungan dan sempit.
ReplyDeleteyou're way hell a lot better than that my best friend :)
olin :
ReplyDeleteTahan jer dengan manusia yang camtu kan?
=)
zamdotcom :
ReplyDeletebiskut lutut sedap ke bang?
minta sikit bang~
Jard The Great :
ReplyDeletemungkin mereka sengaja tidak mahu memahami~
Blog Anuar Kamaruddin™:
ReplyDeletesangat dangkal~
ah, mungkin boleh digunakan alasan yang Nuar nyatakan tadi bila berkesempatan~
sharamli:
ReplyDeleteYa, perempuan sayang~
Pais Chaos:
ReplyDeleteaku percaya tu Pais~
♥Hernee Nazir♥ :
ReplyDeletehahaha~
mungkinkah?
Zara tak tahu kak~
*SiRibenMerah :
ReplyDeleteThanks a lot kak~
Mereka sengaja menutup mata hati~ membiarkan diri tenggelam dalam dunia sendiri~
KhairiL's:
ReplyDeletehehehe~
cute katamu Jambu?
^_^
GiGGLe GaL :
ReplyDeleteaku malas dengan manusia yang bangang begitu. otak di letak di mana, aku kurang pasti~
mira amair :
ReplyDeletesudah tentu sayang~
=)
.palisevenfold. :
ReplyDeletewell buddy, u know me right?
get into fight never been my style anymore~
wah! siapa malaun itU!! terasa sungguh aku! Keji!
ReplyDeleteeh! over sudah!!
biarlah si luncai terjun dgn labu2nya..
caiyokk dak zara dan buat kita semua juga!
die tak tau erti ber blog..
ReplyDeleteorang macam tu tak layak untuk bersama-sama kiter kan zara... biarkan die...
ahhahha..
ReplyDeletejadik begitukah tanggapan org yang tak tulis blog kepada kita yang berblog nih?..
ooo...sabo jelah!
ambe sentiasa menyokong deme..Hwaiting! GAnbatte!
alahai,
ReplyDeletedia dengki kerna kau punyai blog yg hebat!
:)
munkin die bute IT kot...huhuhuhu :p
ReplyDeleteorang berfikiran cetek dan bersifat negatif tak perlu dibuat kawan.
ReplyDeletepembaziran semata2.
lahling jgn marah2. muaxxxx
omg. kalu la aku jadi kau... mgkin x sekuat ko zara....
ReplyDeletebabe, amik yg jernih....
huh!mcm2 jugak asam garam dunia belog ni kan.smpai terbawak2 ke dunia realiti.
ReplyDeletetakpa zara manis,jika benar,teruskan saja perjuangan kamu ini.mereka itu hanyalah minoroti shj berbanding majoriti yang masih setia membaca dan menghargai apa yang kamu paparkan di belog best kamu ini.
p/s:lepas sahur ni,sempat lg..=)
dont worry syg. i believe in u.
ReplyDeletei tau pemblogger mcm kita bkn menipu about our details. :)
<< s| tED| >> :
ReplyDeletebetul katamu Tedi~
aku malas mau layan manusia yng begitu~
Along Arman :
ReplyDeletebetul katamu Along~
mereka tidak akan mengerti~
ashie023 :
ReplyDeleteterima kasih sebab menyokong daku ashie~
farah:
ReplyDeletentah lah syg~
aku hebat kerana punya teman macam kamu~
meo188 :
ReplyDeletebetul~
mungkin juga~
i.am.belle:
ReplyDeleteTak laling~
aku kan sangat selamba~
hahaha~
hidayah :
ReplyDeleteamik yg amat jernih nih~
walaupun rasa mahu mengeruhkan~
ANOI:
ReplyDeletehehehe~
amboi syg~
lepas sahur pun sempat lagi ya?
thanks darling~
Yern Ain :
ReplyDeletekita ada nilai integriti kita sendiri kan syg?
=)
die blm kena loteng dh zara..
ReplyDeleteklu dy edh ade blog mebe dy earr kot..
*suke cara respond kamu..
khaLifah feDi:
ReplyDeletehahaha~
kalau dia kena, dia pasti kesal nanti~
thanks KF!
pembaca tegar blog chedet tewww.. hmmm
ReplyDeleteish..ish...geleng kepala...
ReplyDeleteen_me :
ReplyDeleteahh~
ya~
zan-xray :
ReplyDeletenapa bang?
Lifesaver :
ReplyDeletegeram kan kak?
memang kena tahan diri betul2 beb. kalu ye pun dia xkenal ko, xsemestinya dia bley kutuk ko kan? tambahan pulak, dia kutuk general tau, termasuk aku dan semua blogger.
ReplyDeletememang dia xpatut cakap camtu.. huhu
olin :
ReplyDeletemanusia camtu yang kalau bleh, dihapuskan dari dunia nih~
hahaa~
tak tau zara sudah tgk atau tidak yg ni... YB vs blogger di blog rakan ni
ReplyDeletehttp://edbudakkechik.blogspot.com/2009/08/yang-berhormat-vs-blogger.html
biarla apa orang kata...blog adalah dunia kebebasan yang disempadani oleh kemahuan diri kita sendiri....by the way....kita nak jadi diri kita or sapa2 pun takpe....
ReplyDelete