Pages

Sunday, August 02, 2009

Busuk, Apa Perlu Aku Buat?


Petang tadi Si Tengik mendapat perkhabaran yang sangat tidak menggembirakan.
Sumpah - ia merenggut senyuman yang terukir di bibir Si Tengik.
Mematahkan sendi-sendi yang tegak berdiri.

Aku sedang berbalas pesanan ringkas dengan Si Busuk ketika perkhabaran itu Tengik terima.
Kehidupan peribadi Tengik diceroboh lagi oleh mereka yang terdekat dengan dia.
Alhasilnya, Tengik menjadi satu perkara yang diperli-perli.
Ya, kegilaan Tengik menjadi penulis blog dipandang lekeh oleh mereka yang dekat dengannya.

Sungguh!
Walaupun ada yang menyokong, bila mereka yang rapat mencerca,
hati Tengik hancur, semangat Tengik melayang pergi.

"Mereka manusia yang terdekat dengan anda, jangan dilayan perasaan itu"
Tengik bermonolog dalaman sendirian.

Tengik hantar pesanan pada Busuk.

"Apa perlu aku buat Busuk?"

Busuk membalas dengan tenang dan memberikan dua pilihan.

A. Tukar alamat blog.
B. Blog hanya dibuka kepada pembaca tertentu sahaja.

Tengik termenung memikirkan cadangan Busuk.
Apakah yang sepatutnya dibuat oleh Tengik?
Jika anda memilih A, sila bersedia untuk menukar alamat blog Tengik di jajahan anda.
Jika anda memilih B, sila tinggalkan alamat mel elektronik anda di sini.
Tengik merasakan patut meletakkan jawapan C dan juga D.

C. Abaikan manusia yang bersuara itu.
D. Tutup blog bahasa pertama Tengik.

Oh ya, Si Tengik boleh dihubungi menerusi MukaBuku juga.
Oh ya, kalian juga dibenarkan mengundi di kotak yang disediakan di tepi blog ini.

Zara : Hidup aku hanya di pentas yang kecil. Bukan bermakna kamu boleh menceroboh sesuka hati walaupun kamu adalah manusia yang aku sangat hormati. Hati sangat tegar mahu melaksanakan misi yang boleh membunuh secepat mungkin. Tabahlah wahai hati.

40 comments:

  1. msg-ed kak @ mukabuku ^^.. cheer up =(

    ReplyDelete
  2. apa pun kata org, selagi kita rasa kita masih di landasan yg betul, teruskan..kerana tak semua akan suka dengan apa yang kita buat..jalan yg baik, mungkin abaikan saja mereka-mereka itu..hehehee..(tapi kalau mahu tukar alamat jgn lupa inform yek) :)

    ReplyDelete
  3. buat bodo jer...

    jgn dilayan manusia mcm tu..
    watpe nak lari beb?
    just be urself sudah ler~~

    ReplyDelete
  4. buat tak tau je.. buat pe nak layan..pergi dapur makan nasi lagi best.

    ReplyDelete
  5. C?


    ignore.aku tahu kalau aku kat tempat kau,aku akan rasa nak private je,tp itu akan menyusahkan semua org..
    hesh,aku geram gila orang yang macam budak2 ni.dah baca sesuatu yang dirasakan tak perlu disebut2,TOLONGLAH SEBUT!
    *geram secara tiba2..*

    ReplyDelete
  6. kalau ambil tindakan selain dari buat biasa je.. kita di kata seolah olah lari dari permasaalahan ini..

    kalau kita rasa tidak apa yg salah dalam urusan blog ini.. teruskan saja.. sampai bila nak lari dan sampai kemana nak lari.. pendapat berbeza ini akan terus berlaku..

    ReplyDelete
  7. hmm..biasalah tu yang
    ada je org2 yg dengki bila dah pemes nih ;P

    abaikan je lah
    akak dah tukar url pun still ada lagi muncul org2 camtu
    so..malas dh nk melayan
    cheer up ok.
    :)

    ReplyDelete
  8. mcm2 perkara yg org lain lakukan jika perasaan PHD itu kuasai diri..

    ReplyDelete
  9. xyah layan diaorg tu.....

    abaikan saja....

    ReplyDelete
  10. You don't have to going private, it's not the matter of them, it's how you counter the problem itself. Well, for me, it doesn't seem to be any problem, somehow you just being a little bit emotional.

    Guna internet diorang ke bukak blog, kan? So, to the hell la diorang tu.

    ReplyDelete
  11. jgn larik dik.. pedulikkan manusia jahanam seperti tu. aku pernah lalui keadaan seperti kamu dik.. trust me.. ko tak tenang bila tidak menulis. sekurang2nya ini adalah satu aktiviti yg sihat.

    kalau nak kira org yg bzbodi tu.. smpai bila kita tak bergerak.. dia ke kasi kamu makan? dia ke kasi kamu minum? dia ke kasik kamu pakaian dan tempat tinggal.. kalau bukan selain mak ayah kamu.. jgn didengar.. owkeyh..

    cheers! jgn tensyen2..nnt cepat kedut..tua... kerepot :P

    lariiiiiiiiiiiiiiiiikkkk

    ReplyDelete
  12. bersyukur dpt cium busuk dari hidung yg xleh cium apa2 lg...renungkanlah

    ReplyDelete
  13. usah gelisah bila dibenci manusia,
    kerana masih ada yang menyayangi di dunia..
    gelisahlah apabila dibenci Allah,
    kerana tiada sesiapa yang menyayangi di akhirat sana..


    jgn risau sayang..
    yang menyayangimu jauh melebihi bilangannya dr si pencerca itu..
    :D

    ReplyDelete
  14. zara wat xtau je..klau nk private invite la akak..hehehehe..x malu..akak suke bace blog zara..

    ReplyDelete
  15. ada ke yg iri hati bila kita buat blog. buat blog bukan nak ngumpat org...
    x yah delete blog zara. buka pada yg di jemput sahaja aku setuju,

    ReplyDelete
  16. Nur Mariaminul Amalina :

    Hangit?

    bukan untuk kami~

    ReplyDelete
  17. ~Cinta Cukulet~ :

    oh sayang~

    kamu amat memahami~

    ReplyDelete
  18. penjenayah merah jambu. :

    boleh tak kita terajang manusia camtu?

    ReplyDelete
  19. ~dARlee zURiS~ :

    rasa mahu membunuh~

    boleh tak syg?

    ReplyDelete
  20. GiGGLe GaL :

    sumpah!

    kamu buat aku ceria kak~

    ReplyDelete
  21. ♥Hernee Nazir♥ :

    hehehe~

    segan den~ hehehe~

    ReplyDelete
  22. << s| tED| >>:

    mau terajang manusia yg jumud begitu~

    ReplyDelete
  23. kal0 nak privatekan..jgn lupa jemput kite..hu3

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)