Pages

Saturday, August 01, 2009

Aku Ahli Rewang Termuda Di Kalangan Mereka


Salam sejahtera buat semua pencinta dunia Zara!
Maaf jika aku tidak berkesempatan meninggalkan jejak di blog kalian.
Hujung minggu aku sangat dihiasi dengan aktiviti kemasyarakatan.

Ya, Abah mengatakan, jika aku mahu menjadi guru, aku perlu bersedia menjadi sebahagian daripada masyarakat itu sendiri.
Semalam petang dan malam aku telah merewang di rumah jiran yang bakal mengadakan kenduri petang ini, dan bakal pergi lagi ke rumahnya sebentar lagi.

**Nota Kecil**

Merewang di sini adalah membantu secara bergotong royong untuk menyediakan juadah.
Bukan merewang yang merambu seperti kutu rayau itu.
Oh, maaf, aku masih main minyak di hadapan rumah makcik rambutan maghrib.
Tidak dapat dikawal kegilaan aku ini.




Ini adalah bahan mentah yang digunakan untuk rumah aku pada minggu lepas.
Kelihatan sangat menarik dan memenatkan bukan?
*ketawa sopan*



Entah kenapa, aku sangat menyukai warnanya.
Mengingatkan aku kepada sesuatu yang indah.
Jalan raya dan lampu isyaratnya. Aduhai...



Oh ya, di rumah Makcik N ini tidak ada lobak dan timun.
Menu yang dirancang sama seperti rumah aku pada minggu lepas (adakah dia ketagih mahukan makanan yang sama?) , tetapi tidak mengapa.
Masih terdapat kelainan dalam menunya - malahan dimasak oleh orang yang berlainan.

**Menu Rumah Makcik N - 1 Ogos 2009 - 2.30 Petang**

Nasi Jagung
Daging Masak Kurma
Ayam Goreng Bersalut Tepung Radix
Sambal Sotong Kering
Paceri Nanas
Bubur Caca Keledek Dan Jagung

Aku perlu bepergian lagi. Jangan rindu aku kerana aku akan merindui kamu semua.
Peluk dan ciuman untuk kamu semua.

Zara : Susahnya untuk menguruskan pasukan bola sepak sendiri.
Terlalu banyak untuk difikirkan serta diuruskan.

26 comments:

  1. .mahu pergi mne lagi T.T
    .dun leave me :(

    ReplyDelete
  2. tepung radix?

    adakah makcik ni dealer brangan radix??

    ReplyDelete
  3. basenyer klu rewang2 ni dpt mkn free kn zara hee~

    ReplyDelete
  4. cik intanurulfateha :

    i'll come back honey~

    ReplyDelete
  5. Kenduri? sonotnyer nk pegi gak!

    Comeyyy kan cili tue...hiks!

    ReplyDelete
  6. muda2 dh join rewang.. aku ni tak reti la nak bercampur orang tua... topik apa sesuai nak cerita dgn dorang?? pasal BLOG??

    ReplyDelete
  7. Signorina Syima:

    topik apa jer bleh~

    tapi lagi syok dengar je~

    ReplyDelete
  8. tengok lobak pun dah rasa lapo..huahhaa

    ReplyDelete
  9. Nasib baik kat shah alam...huwaaaa!!! Nak balik!!!

    ReplyDelete
  10. zara..

    gi tlg2 mana patut..tunjukkan keayuan..nnt makcik2 ada anak teruna leh buat jadi calon menantu..lalala

    boleh guna pkai idea akak ni?

    ReplyDelete
  11. seronok kan rewang..
    rasa best sangat2....
    saling tolong menolong....
    mesti meriahkan zara...

    ReplyDelete
  12. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    hehehe~

    amatlah kan bro?

    ReplyDelete
  13. Lifesaver :

    eh kak~

    kamu amat memahami~

    hahaha~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)