Pages

Friday, July 03, 2009

"Sumpah, Dia Bukan Kawan Kami Cikgu"


Semalam hari hujan sangat lebat.
Aku basah kuyup sewaktu tiba di sekolah.
Aku pakai baju kurung tapi dengan seluar jeans.
Kainnya aku lipat simpan dalam beg.
Tahniah, kain kering, seluar jeans aku kelihatan seperti baru sebab basah!

Aku tiba di sekolah awal walaupun bukan seperti biasa.
Hujan masih lebat dan kelas aku pada waktu pertama.
Jam 12.30 tengah hari.
Kelas Perdagangan - semua lelaki - 20 orang.

Aku ternampak seorang pelajar dari kelas itu.
Pengawas berbangsa Cina.
Arahan jelas ku berikan - berkumpul di makmal disebabkan kelas mereka masih digunakan oleh pelajar sesi pagi.

Aku menunggu di makmal.
Ketukan di pintu kedengaran.
Hanya 3 orang pelajar melangkah masuk termasuk pengawas tadi.
3 orang sahaja daripada 20?!
Melampau!

Ucapan selamat diucapkan.
Kebenaran duduk diberikan.
Aku memulakan pelajaran setelah mereka tidak dapat memberikan jawapan yang di mana rakan-rakan mereka yang tidak masuk ke kelas aku.

Nota aku tuliskan di hadapan dan kelas aku tinggalkan dengan satu misi.
Rotan yang melintang di atas meja aku sentap.
Mereka yang hilang harus dicari!

Aku menuju ke kawasan yang selalu dijadikan oleh tumpuan oleh pelajar.
Aku lihat sekumpulan pelajar lelaki berhimpun di situ.

"Siapa dari kelas 2B sila masuk ke makmal!"

Ya, aku menjerit dengan kuat.
Petang itu aku dapat tahu suara jeritan aku merentasi 2 bangunan.
T___T

Ada cubaan menyorok yang aku dapat patahkan.
Sila jangan melampau jika berurusan dengan aku.
Mereka menuju ke makmal beramai-ramai.

Sesi pembelajaran diteruskan.
Hujan menjadi alasan mengapa pelajar masuk lambat ke kelas.
Hanya 15 orang sahaja menghadirkan diri ke sekolah.

Sesi perbincangan kertas soalan bermula.
Tugasan yang telah aku berikan tempoh hari.
Masih bersih kertasnya walaupun sudah 2 minggu diedarkan kepada mereka.

Aku memberikan jawapan buat mereka.
Sambil aku berjalan-jalan dari meja ke meja.

Tiba di satu meja, aku terpandang budak yang paling kecil, R di kelas sedang menggaru-garu.
Pandangan mata terus aku alihkan.
Suara ketawa kecil dari meja itu kedengaran.

Aku : Kenapa ketawa?!
Pelajar 1 : Tiada apa-apa cikgu.
Aku : Kalau tiada, sila senyap dan tumpukan perhatian.

Pelajar 2 : Cikgu nampak apa kau buatlah R.
R : Aku buat apa?
Pelajar 1 : Aku nampaklah.
R : Dah gatal, aku garulah.
Pelajar 2 : Garu di tempat lain lah. Buat malu je garu kat tempat itu.
R : Dah gatal waktu ini, apa nak buat?!

Aku : Apa bising lagi ni?!
Pelajar 1 : (gelak) Tiada apa-apa cikgu. Cikgu nampak apa yang R buat?
Aku : Apa?
Pelajar 2:Ala, cikgu mesti ternampak tadi. Buat segan je dia tu cikgu.
Pelajar 3 : Sumpah! Dia bukan kawan kami cikgu.

Gelak ketawa masih berhamburan di meja itu tatkala aku menuju ke meja kumpulan lain.
Aduhai, memang aku nampak apa budak R buat.
Senyap-senyap sudah.

R, lain kali garu kat tempat lainlah.
Malu cikgu dibuatnya.

34 comments:

  1. hahahhaha....klakar sungguh murid r itu...aduiyayyy

    ReplyDelete
  2. digaru apa? macam best je...

    skola mn ni zra? bole pakai jean eh ?

    ReplyDelete
  3. Jadi cikgu kena banyak bersabar...macam2 kerenah murid..kadang-kadang lucu..kadang-kadang rasa nak terbakar dada..hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..
    klakar btoi..
    xpa2..lyn jer..
    zassss!

    ReplyDelete
  5. xD hahaha


    zara, sgt seronok baca pengalaman kamu jadi guru. mcm kiut tp garang. GRRRRRRRR xD

    ReplyDelete
  6. zara...klu aku...aku suruh dia buat kat depan kelas... LOL~~~

    ReplyDelete
  7. hahahahaha.... dia garuk mende zara...? muaahaha....

    :p


    .

    ReplyDelete
  8. kalo pakai spender seminggu tak basuh mana tak bergarunyer....

    ReplyDelete
  9. cikgu....
    tu la dugaan mengajar kelas semua nyer lelaki...

    ahahhahha....ada jer yg nak di garu merata tempat....hahhahahha

    cikgu jangan garu seluar jeans basah lak.....hehhehhee

    ReplyDelete
  10. mesti zara ni cikgu yg garang.

    :P

    ReplyDelete
  11. rupenye cikgu pun pura-pura tahan malu eaaa..heheh...
    so sweeet la cikgu yang garang nii..

    ReplyDelete
  12. cikgu yang garang ehhhh..cool..

    ReplyDelete
  13. hohooo...selamat siang cekgu...hiks...;)

    ReplyDelete
  14. mase budak2 tu tnye ko..ape reaksi muke ko?

    wat selamba ke malu2 kucing ke blushing ke??hehe

    ReplyDelete
  15. suezensuzanna :

    bukan setakat kelakar~

    hampir bikin aku gila~

    ReplyDelete
  16. hidayah :

    hahaha~

    jeans aku pakai..pastu aku tukar sebab takut kain basah masa hujan~

    ReplyDelete
  17. Tirana :

    hahaha~

    tu lah pasal kak~

    mengurut dada n istighfar saja lah aku kak~

    ReplyDelete
  18. mira amair :

    hahaha~

    aduyai~

    tu lah pasal..kantoi sesajo~

    ReplyDelete
  19. i.am.belle:

    hahaha~

    kiut tapi garang?

    alamak~

    hik hik~

    ReplyDelete
  20. mikagamicreative :

    itu nanti tak bleh jadi bahan tontonan umum kang~

    hahaha~

    P/S: apa URL kau beb? aku tak dapat trace sbb kau nyer profile tak available.

    ReplyDelete
  21. tasikmerah :

    erkk..er..

    kalau aku cakap kang jadik blog lucah plak kak~

    hahahha~

    ReplyDelete
  22. .palisevenfold. :

    mana ko tau ni bro?

    hahaha~

    pandai je ko..ni musti kau dulu pon camni~

    hahaha~

    ReplyDelete
  23. [yAN!e][pUTraJAya] :

    hahaha~

    zara dah tukar dah b4 masuk kelas kak~

    lalala~

    ReplyDelete
  24. farah:

    hahaha~

    kalau lah aku ni asyik senyum je~

    lalala~

    ReplyDelete
  25. diya:

    harus dilayan~

    punca rezeki tu~

    hahaha~

    ReplyDelete
  26. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    hahaha~

    mana bleh setuju2 je?

    alahai~

    ReplyDelete
  27. tRuly tO be mYself 'Qa~ :

    harus cover kak~

    kang kantoi ku malu~

    ReplyDelete
  28. addyaholix :

    rahsia..

    orang lelaki je tahu~

    lalala~

    ReplyDelete
  29. ♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥ :

    selamat siang dear..amik gambar ku~

    hahaha~

    ReplyDelete
  30. messyremo:

    gua rock beb~

    buat muka kacak tak bersalah jer~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)