Pages

Sunday, July 12, 2009

Nombor Telefon Di Atas Sekeping Kertas


Hari Jumaat.
Aku mengajar di kelas 2G.
Pendidikan Seni Visual.

Mereka sudah mengerti.
Kalau tiada pensel atau pemadam, Cikgu Zahrah ada bawa.
Tiada kertas, cikgu juga sediakan.
Cuma warna sahaja yang cikgu tidak akan bawa.

Mengajar mereka mengenai KESATUAN dalam lukisan.
Aku memilih aktiviti tema sebagai satu cabang kepelbagaian.

Pelajar sedang sibuk melukis dan mewarna.
Ada seorang pelajar menggamit aku.
Pelajar lelaki Cina.

YB : "Cikgu, ini kertas cikgu ambil."

"Kertas apa ini?"

YB : Cikgu ambil sahajalah.

Aku buka kertas itu.

"Ini nombor telefon. Siapa punya?. Awak ke?"

YB : Tak tahulah cikgu. Awak ambil, simpan. Kalau mahu telefon pun boleh.

"Siapa punya? Kalau tak tahu, cikgu tak nak telefon"

YB : Kalau tak mahu telefon pun tak mengapa, cikgu simpan sahaja.

Sampai hari ini, aku masih simpan dalam bekas pensel aku.
Entah siapa punya nombor telefon genggam yang dia beri pada aku.

Kalau abang dia punya mungkin agak berbaloi.
Kalau dia?

**YB itu adalah singkatan nama dia**

Zara : Mulai esok, aku diamanahkan sebagai ketua guru bertugas minggu ini.
Semoga aku tabah datang ke sekolah lebih awal dan pulang lebih lewat selama seminggu.

42 comments:

  1. MOga tabah dalam hadapi tugas... haha... amek jer lah.. org dah bagi, tak bahek taw tolak pemberian org... LOL

    ReplyDelete
  2. .haha gatal!
    .kalau pakcik die atau atuk die bagaimana syg?
    .atau bapak die?
    .penah dgr lagu ayahku kawen lg?
    .haha jap lagi yb akan nyanyi "ayahku kawen lagi dengan cekgu ku"
    .lalala~ :P

    ReplyDelete
  3. kamu curang~~hehe

    wah,semoga tabah ek..

    igt pesan aku,dgr lagu miley sebelum ke sekolah..

    xpun dgr MP3 mase bwk moto cm aku..

    ReplyDelete
  4. Yong Beng.?Ahahaha.Tak kan ada nsfsu dengan anak murid kot.:D

    ReplyDelete
  5. agaknya nombor telefon abangnya yg kacak?

    aku cemburu, sayang!

    haha.

    :D

    ReplyDelete
  6. student pgl cegu "awak"?

    fuhhh.. setudent..student..

    ReplyDelete
  7. try la test sms no

    just say hye :)

    ReplyDelete
  8. Entah-entah nombor talipon datuk dia..hehehe..

    ReplyDelete
  9. Cuba le call ... nanti citer apa jadi ek?
    Selamat bertugas, guru bertugas!

    ReplyDelete
  10. zamspotte:

    hehehe~
    memang sudah hambik, cuma belum telefon~
    hahaha~

    ReplyDelete
  11. cik intanurulfateha:

    hahaha~
    kalau ayahnya...
    dia akan nyanyi lagu ayahku kawen lagi versi Mandarin~ LOL!

    ReplyDelete
  12. messyremo :

    hehe~

    mana ada curang syg?

    aku setia padamu~

    lalala~

    ReplyDelete
  13. PETAK.!:

    bukan~

    You Bin...=)

    ^_^

    owh, tidak..aku bukan pedifilia~

    ReplyDelete
  14. farah:

    kalau abgnya yg kacak...harus sahaja aku laju menekan telefon~

    hahaha~

    ReplyDelete
  15. Yern Ain :

    budak Cina selalu guna awak..mungkin lebih mesra atau susah mahu guna perkataan cikgu kot?

    ReplyDelete
  16. Tirana:

    kalau datuk dia kaya...mungkin zara akan consider..boleh tak?

    hahaha~

    ReplyDelete
  17. k.e.r.i. :

    hahaha~

    apakah?

    jerung punya ke setakat ikan bilis?

    ReplyDelete
  18. najwa hazirah halmi :

    kalau kat universiti, mungkinlah kereta sewa..hahaha~

    ReplyDelete
  19. hi cekgu yg jeliterr teww.. ehehe

    ReplyDelete
  20. cekgu zara,
    saye pun nk bagi no gak...

    010198747857

    no akaun saya,
    kalo kaye bank in kan
    dalm 4 juta bleh?

    ReplyDelete
  21. cik ian@aH Lian~ :

    hahaha~

    ni kes dah guna wang terlebih coping ye syg? hahaha~

    ReplyDelete
  22. wah.. dah ade sikret admyrer.. wakaka... harap2 itu nombor abang beliaw la..

    ReplyDelete
  23. GiGGLe GaL :

    aku juga harap begitu kak~

    hahaha~

    ReplyDelete
  24. hakhak.

    ades. ni kes anak murid mengorat cikgu atau?

    ReplyDelete
  25. jujur nyelah YB memberi no telefon...cekgu xnak tepon pong, suh disimpannye..kalu den, den bagi kat Pengetua suh tepong..muahhaa

    ReplyDelete
  26. meh nombor tu.. aku try tepon.. meuehehehhe..

    ah long kot.. leh pinjam duit ribu2... ekekekekke

    samat ari isnin.. n selamat jd guru bertugas!!

    penat kan jd guru bertugas niu!!

    ReplyDelete
  27. miss lolly a.k.a luvfareda :

    ku tak nak mengurat budak tingkatan 2~

    uhuks~

    ReplyDelete
  28. ashie023 :

    hahaha~

    kang pengetua tepong jadik hal laing kang~

    ReplyDelete
  29. << s| tED| >> :

    hehehe~

    ko nak?

    meh amik~

    hahahaha~

    ^_^

    ReplyDelete
  30. Monkey D Luffy :

    erk~

    takut daku kapten~

    uhuks~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)