Pages

Wednesday, July 15, 2009

Kadangkala Kekejaman Itu Perlu...


Banyak kata-kata yang aku terima hari ini.
Kebanyakkannya dari merka yang tidak melunaskan janji mereka pada aku.
Seperti hari sebelumnya, aku masih bertugas di pintu pagar merangkap tepi jalan sekolah.
Berbumbungkan perhentian bas.

Pelajar-pelajar yang tiba mengerumuni aku.
Buku-buku dan lembaran latihan dihulurkan kepada aku.

"Cikgu, maaf lambat. Cikgu terima lagi tak buku ini?"

"Cikgu, saya nak hantar buku."

"Cikgu, ambillah buku saya ini. Ambillah cikgu"

Aku pandang muka mereka.

"Awak nampak cikgu tengah buat apa? Petang ni ada ujian mata pelajaran saya kan?
Hantar selepas ujian."

"Baik cikgu! Terima kasih. Dapat markah lagi tak cikgu?"

Aku pandang mereka lagi.

"Tidak. Sudah terlalu lewat."

"Cikgu, tolonglah cikgu. Dapat sikit markah pun jadilah."

"Tengoklah nanti."

"Terima kasih cikgu. Cikgu memang baik hati. Cantik pula tu."

"Masuk kelas, tak payah puji lebih-lebih"

InsyaALLAH, aku masih akan beri markah.
Tapi bukan sebanyak yang aku janjikan jika mereka hantar pada hari Isnin.
Siapa tangguhkan, dia akan menanggung akibatnya.

Zara : Kertas jawapan pelajar menimbun depan aku sekarang ini.
Kepala pusing. Sebenarnya aku tidak rabun.
Aku memakai kaca mata jika hanya aku memerlukan tumpuan yang lebih ke atas sesuatu.
Hari ini aku tidak pakai.
^_^

30 comments:

  1. kadang2 kita memang perlu kejam..

    ReplyDelete
  2. kalau aku ler kan

    aku bagi 100% sebab dipuji

    ko buatlah cam tu gak

    ReplyDelete
  3. Hehehe.Nanti bagi markah PETAK lebih jugaa ya.:DD

    ReplyDelete
  4. .cikgu kejam tp cikgu tetap comel
    .sayang cikgu :P

    ReplyDelete
  5. >< kau kejam ke tak i still love you ><

    ReplyDelete
  6. Monkey D Luffy:

    ihiks~

    aku tak makan pujian~

    woot~

    ReplyDelete
  7. cik intanurulfateha :

    huwaa!!

    aku chumel kah?

    ReplyDelete
  8. kalau pujian bermakna itu tidak bermakna...

    ReplyDelete
  9. amek buku hempok je atas kepala masing-masing.
    hahaha

    ReplyDelete
  10. ..ye, perlu lebih tegas lagi dalam menangani bebudak yg sengal..harapkan pujian saja, x akan mengubah segala-galanye..silalah bebudak ko ampu cekgu zara ngan ais krim ke, donut ke, pisang setandan..mesti cekgu zara bagi markah 150%..muehehehe

    ReplyDelete
  11. ala..garang2 kamu pun..

    kamu tetap comel zara~~

    ReplyDelete
  12. << s| tED| >> :

    sangat tidak bermakna~

    hahaha~

    ReplyDelete
  13. ashie023:

    kalau tiket Harry Potter, mungkin hadiah ampuan terbaik setakat ini~

    ReplyDelete
  14. meo188:

    keganasan di larang di sekolah...

    hahaha~

    ReplyDelete
  15. hi cikgu yg chantekk n jeliterr tewww..

    ReplyDelete
  16. cuba jangan dengar kata2 dorang smua tu?? dengar naluri hati sendiri...

    ReplyDelete
  17. Dakjaat™ :

    naluri aku kata aku apa eks?

    ReplyDelete
  18. haha..

    kamu segan?

    aku tak percaya~~

    bukan patut bangga ke?haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)