Pages

Saturday, July 11, 2009

"Ini Di Rumah. Saya Ini Bapanya"


Tentang wang gaji semalam,
aku sudah mengajar diri untuk redha sahaja.
Kalau diikutkan, aku hanya akan bekerja selama 31 hari sahaja.
Cukuplah itu.

***********************************************************************
Kami sedang berehat sementara menunggu kelas bermula.
Kak N sedang menghabiskan tugasan di buku rekod mengajar.
Aku pula menanti kelas seterusnya.

Kak W masuk ke makmal.

"Eh, NA ada bawa kek coklat hari ini."

Kak N : Betul ke? Sempena apa?

"Saja-saja mahu buat agaknya. Ada depan bilik Ketua Bidang sana. Tadi dia ada tegur akak,
pesan siapa yang ada waktu lapang, boleh makan sebelum ke kelas."

Kak N : Boleh juga, siapa ada di situ?

"Ramai juga. Cikgu M, Cikgu Y, Ustaz J dan siapa lagi seorang tadi. Cikgu perempuan ada situ juga."

Kak N : Kalau begitu, aku nak telefon Y. Suruh dia simpan sikit"

Kak N mencapai telefon yang tergantung di lehernya.

Kak N : Salam. Y, kau ada di mana?

"Siapa ni?"

Kak N : Aku lah. Cikgu paling comel di sekolah ni. Kau di mana?

"....(butir bicara kurang jelas)...."

Kak N : Rumah? Eh, apasal pula? Kau datang sekolah kan? [Kak N pandang aku]

"....(butir bicara masih kurang jelas, talian kurang baik)...."

Kak N : Ni cikgu Y yang mana ni? [sekolah kami ada 3 cikgu lelaki Y]

"....(masih menerangkan sesuatu)...."

Kak N : Oh, ya ke? Maaflah pakcik. Terima kasih. Salam.

Kak N meletakkan telefon.
Dia pandang aku.

Kak N : Y lupa bawa telefon. Tertinggal di rumah.

Aku : Dah tu, siapa yang jawab tadi?

Kak N : Bapa dia. Aduhai, mati aku.

Aku sudah gelak secara menggila.
Air mata hampir mengalir keluar. Gelak spontan dan aku lupa bila kali terakhir aku ketawa begitu. Kak W menjengah dari makmal bila mendengar suara aku.

Kak W : Kenapa?

Aku : Cikgu Y tak bawa telefon genggam dia kak. Tadi Kak N telefon, bapa dia yang jawab.

Kak W : Hah?! (ketawa secara menggila serta menepuk-nepuk lantai)

Kak N : Dah lah tadi aku kata aku cikgu yang paling comel di sekolah. Aduhai. Zara, jom lah.
Kita pergi ambil sendiri je kek coklat tu.

Aku : Baik!

*******************************************************************
Aku telah menghabiskan setengah hari Sabtu di sekolah tadi.
Menghadiri kursus profesionalisma untuk guru-guru Kemahiran Hidup.

Ada juga guru-guru praktikal yang datang dari kampus tercinta.
Ah, membuatkan aku terkenang kisah 2 tahun yang lalu.
Juga seperti itu, masih takut-takut untuk berhadapan dengan dunia luar.

32 comments:

  1. zara...

    aku juga mahu kek coklat itu...hehe

    ReplyDelete
  2. .cikgu y tu bujangkan?
    .syg! kem salam *wink*

    ReplyDelete
  3. Hahaha...kalau kak tirana tak tahu la nak sorok muka kat mana. Tentu bapa cikgu Y cerita pada cikgu Y tu kan? hehehe

    ReplyDelete
  4. ..kenapa x kaber malu..tanyalah si bapak..
    "eh bapak dah makan?"..muahhahha..lawak tahap gaban lah..

    ReplyDelete
  5. hahahahaha. cik zaraaaa!!

    nk kek coklat jgk!

    :)

    ReplyDelete
  6. sy rase patut usaha dptkan hak kita... usaha dpt yg telah dijanjikan..

    fight 4 ur right! :)

    ReplyDelete
  7. cik intanurulfateha:

    hehehe~

    mana kamu tahu syg?

    ReplyDelete
  8. Tirana:

    sgt menunggu reaksi Kak N Isnin ni~

    hehhee~

    ReplyDelete
  9. ashie023:

    hahaha~

    Kak N mesti sudah tersegan..akak tu sgt best woo~

    ReplyDelete
  10. IxoR@:

    akak syg kena beratur lepas Omar dan Ain~

    hehehe~

    ReplyDelete
  11. Cikgu sekolah pun gilagila juga ya.?:DD

    ReplyDelete
  12. waa..ini betol ek?

    bukan main2?


    aku nak 2 tau..

    atas kek tu aku nak ais krim vanilla tau..haha

    ReplyDelete
  13. dalam kelas jangan gelak macam tu ya.. hehe

    ReplyDelete
  14. camni la kal0 cekgunya muda2..hu3

    ReplyDelete
  15. messyremo:

    ko ingat ni KFC ke syg?

    kang aku pang kang~

    ReplyDelete
  16. bila ko nak belanja aku secret recipe?

    ReplyDelete
  17. dak zara... aku rasa kalau dia tak ckp cikgu yang paling comel.. musti x de pape sebenarnya... ekekekkekeke...

    ReplyDelete
  18. .mesti la ade link antara cekgu bujang dan gadis bujang mcm ku
    .6sense
    .hakhak :P

    ReplyDelete
  19. << s| tED| >>:

    aduyai~

    kesilapan teknikal tu semalam tu~

    hahaha~

    ReplyDelete
  20. cik intanurulfateha:

    hohoho~

    ngadu pada encik hairi mau?

    hahaha~

    ReplyDelete
  21. cik intanurulfateha:

    hahaha~

    tau takut~

    lalala~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)