Pages

Saturday, June 27, 2009

"Cikgu Pernah Kerja Di Kedai Mamak Ke?"



Itu soalan yang ditanya oleh pelajar aku hari ini.
Tatkala tangan aku lincah membungkus minuman, memberikan arahan supaya melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai kami.
Ya, aku tahu mulut aku selaju tangan dan kaki aku bergerak.
Tiada istilah segan, malu atau lembap jika kalian kepingin bekerja bersama aku.

Bunyinya agak kejam, tetapi mengenangkan aku bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan jualan,
adalah lebih kejam jika mereka hanya berdiri membatu di tepi aku.
Ah, kalian yang begitu bersemangat mahu menjual,
akhirnya cikgu ini yang bertunkus lumus bekerja buat kalian.

Masa yang diperuntukkan untuk berjual adalah dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Alhamdulillah, sebelum jam menunjukkan 11 pagi,
kami sudah mula mengemas gerai.
Semuanya habis terjual.
Alhamdulillah.



Muka ketua gerai yang kepuasan



...bersama dengan pembantu-pembantu yang setia dan tersangat bersemangat mahu menjual.

20 comments:

  1. geng2 skema bersama cikgunya yang sama2 skema

    hehehehe

    ReplyDelete
  2. .palisevenfold.


    mana ada aku skema..

    aku hensem lah!!

    ReplyDelete
  3. Cikgu Zara serba boleh...mengajar kimia boleh...memasak boleh..meniaga pun boleh..hehehe

    ReplyDelete
  4. kellasss cekgu..confirm pkai pelaris neh..heheheeeeeeee~!!! btw, excited sungguh girl yg buat peace tuh..huhu~!!

    ReplyDelete
  5. Tirana :

    aduhai..

    segannya kena puji dengan akak~

    hahaha~

    ReplyDelete
  6. leadleedeea :

    hahaha~

    dia memang sangat excited kak~

    hahaha~

    budak aina itu~

    ReplyDelete
  7. ijinkan saya gelak cikgu zara yang wajahnya penoh kepuasan...haha :p

    luculah anak murid cenggituh...berdesup!

    ReplyDelete
  8. Blog Anuar Kamaruddin™ :

    hahaha~

    gelaklah Nuar..

    gelak itu membawa bahagia gitu~

    alahai~

    hahaha~

    ReplyDelete
  9. OWhhh cikgu...akak kembali..rajin menjual yer...:D

    ReplyDelete
  10. Gieyana :

    Owhh kak!!

    aku rindu~

    hahaha~

    menjual tu sbgn dalam aktiviti (ayat skema)

    ReplyDelete
  11. haha camne ko leh kije awal zara?
    course korg ni camne al-kisahnya?

    ReplyDelete
  12. crescent :

    ku skang cikgu ganti lah syg~

    ni tgh tunggu posting gitew..

    aku masuk matrik..pastu masuk UTM buat degree education 4 tahun..

    so skang aku sudah grad...=)

    ReplyDelete
  13. Cikgu sama size macam pelajar? :P

    ReplyDelete
  14. ✖₪ F A R H A N I ₪✖ :

    selamat petang dear!

    ReplyDelete
  15. JohnJenin:

    tu maksudnya aku awet muda!

    hahaha~

    ReplyDelete
  16. hepinye dpt layan budak2 kecik2 stiap ari. tringin nk jd cikgu.... :)

    ReplyDelete
  17. meo188 :

    ahh~

    mungkin begitu baik..kalau dikenang kan kesakitan hati..aku sudah mati..jadik happy kan diri!

    ReplyDelete
  18. macam best jak jadi cikgu.
    huhu


    aku pun mau jadi cikgu la.
    boleh?

    ReplyDelete
  19. Vivi:

    boleh sayang!!

    aku sokong cikgu chumel cam ko~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)