Pages

Saturday, April 18, 2009

Telur Kamu Menonjol...


Aku di perpustakaan sepanjang hari.
Duduk di Aras Dua adalah satu bentuk penyeksaan peribadi yang paling hebat.
Kesejukkannya membuatkan kamu lebih kuat dari mana-mana bakteria.
Sungguh.

Aku datang jumpa Ann.
Ambil nota daripada dia.
Nota organisasi dan nota-nota yang sewaktu dengannya.

Kami mengulangkaji pelajaran bersama.
Dia mata pelajaran lain, aku lain.

Setelah dua kali sesi meninggalkan aku demi menyahut panggilan Ilahi,
Ann kembali ke sisi aku.

Keadaan masih sejuk dan menyucuk organ terbesar manusia.
Kulit adalah organ terbesar.
Jangan kamu lupa itu.

Aku berasa bosan.
Aku pegang Sean.
Buka kamera dia.
Menggila mengambil gambar dengan Ann.
Harus kami suka dengan kamera itu.

Setelah mengambil gambar...

"Telur kamu menonjol", kata Ann.

Aku : Apa dia?! (aku terkesima)

Ann : Telur kamu ada dua (sambil tangan dia mencubit pipi aku)

Aku : Telur apa?!

Ann : Pipi kamu tembam. Bila senyum, macam ada telur yang timbul.
Menonjol.

Aku : Kamu ni Ann. Terkejut aku. Harus sahaja sebagai tanda aku semakin berisi barangkali.
Aduhai...

Kami gelak bersama.
Ulangkaji diteruskan.
Tawa masih bersisa...

::Muka penulis blog ini bersama Ann::

*Sungguh ke pipiku macam telur? Aduhai*

30 comments:

  1. kahkahkah..
    aku igt telur ape tadi..
    wakaka

    ops~

    ReplyDelete
  2. crescent :

    hahaha~

    harus kamu berpikiran lain..

    lalla~

    ReplyDelete
  3. ye ke tel0r tu yg dimaksudkan..
    ekeke

    ReplyDelete
  4. lalingg....kt psz td tk nampak pon telur kamu...keh3..i rabun la laling.kena amik sesaat dua untuk cam kamu...heee~~

    ReplyDelete
  5. nasib lah aku takde telur di pipi.
    hanya di situ.
    hahahaha~

    ReplyDelete
  6. sharamli :

    aku mana ada telur lain sha...

    LOL!

    hahaha~

    ReplyDelete
  7. bubbye:

    hahahaha~

    aku dengan bangganya menegur kamu!

    hehehe!

    ReplyDelete
  8. oii hari sabtu pon ko bz jugak emm xpelah 6ti ko boring plak kn..ok..


    psst aq pon suke gilak dgn CR lor..

    ReplyDelete
  9. Hehehe...ingatkan telur apa yang menonjol...adehhhh buat suspen aje..ye ke pipi Zara macam telur?hahaha

    ReplyDelete
  10. khaLifah feDi :

    hehehe~

    exam aku minggu depan..

    harus Busy~

    hahaha~

    ReplyDelete
  11. Tirana:

    hahaha~

    suspen itu penting kak~

    lalala~

    ReplyDelete
  12. ku pikir telor ape la tadi dik.. la la la...

    ReplyDelete
  13. GiGGLe GaL:

    hahaha~

    telor mahal nih kak~

    hahaha~

    ReplyDelete
  14. Aku baru tahu nama saintifik benda ni telur. Good info.

    ReplyDelete
  15. ha..ha..jgn ada yang salah faham lagi dah....anyway goodluck for your final exam dear.

    ReplyDelete
  16. ada la telur lain...tu dlm rahim tu.

    ReplyDelete
  17. hahahaa!! telur awak sangat menonjol lahhh!!!

    ReplyDelete
  18. Wahhh. study d PSZ kah??
    aku pun study sana.
    tak jmpa kamu ponnn...

    Eh, Zara.
    ada soalan cepuemas dari seorg jejaka utk kamu kat blog aku. Hahahaha

    ReplyDelete
  19. +h.a.z.e.r.i.n+:

    ahhh..

    di mana kamu?

    lain kali jeritkan aku..

    hahahaha~

    soalan cepumas?

    nanti aku tengok~

    ReplyDelete
  20. isk3.. chubby sudah :)

    ReplyDelete
  21. Monkey D Luffy :

    hehehe~

    jangan makan aku..

    LOL!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)