Monday, July 23, 2012

#03 Ramadhan : Kopi Berbeza.


Salam.
Bulan Ramadhan sudah bermula dan ketagihan aku pada kopi serta yang sewaktu dengannya masih tidak dapat dibendung. Sudah masuk hari ketiga, aku teruskan kegiatan aku seperti hari-hari lain, bulan-bulan lain - secangkir kopi ataupun Nescafe pada jam 5 pagi. Itu rutin yang tidak dapat ditinggalkan. Malangnya, dengan kekuatan kafein - sebelum sampai jam 4 petang, air dalam badan mula berkurangan dan kesan ketagihan muncul. Tapi tidak mengapa. Ini yang perlu ditanggung.

Alhamdulillah.
Teman baik aku juga sukakan kopi dan bila mengatur bicara tentang kopi, perbualan kami boleh berlarutan sehingga menghidangkan kopi kepada tetamu semasa majlis perkahwinan. Indah kalau dapat begini - sebab dalam banyak-banyak majlis yang aku hadiri, kebiasaannya hanya teh tarik (minuman rasmi Malaysia?) yang diletakkan sebagai kaunter khas selain pencuci mulut lain.Selamanya kopi itu enak barangkali dan ya, aku percaya, kita perlukan teman yang cukup rapat - kenal jiwa kita dalam luar bila menikmati dadah adiktif itu. Bukankah minum kopi berteman lebih enak?

[Sumber gambar]

"Minum kopi?"
"Minum sikit. Saja nak aroma kopi. Rindu baunya"

"Takut teringin ke?"
"Mungkin. Aroma kopi banyak cerita dalam hidup. Jadi bila saya sedih, saya perlukan kopi untuk buat saya gembira"

"Jadi saya harap saya boleh jadi kopi awak"
"Awak harap begitu?"

"Ya. Jadi setiap kali awak sedih, saya akan ada untuk awak"

Nota Kaki :
1. #TadarusQuran3 - sudah masuk hari ketiga.

Zara : Kadangkala keputusan yang sukar itu dipermudahkan dengan realiti yang kita boleh hadam depan mata sendiri. Sakit mungkin, tetapi kekal tenang dan teruskan hidup macam biasa. (Shafaza Zara, 23 Julai 2012)

3 comments:

Unknown said...

kopi memang enak. Namun saya jarang2 menikmati kopi kerana lebih gemarkan minuman milo. Kalau boleh, saya nak cuba sangat minum kopi dari tahi musang. Orang kata lagi sedap!

cahya indah said...

bukak stall starbucks kat reception u ke nanti? hehe..I dok depan tu je, tak gerak dah :p

4feet8 said...

zara, saya tak boleh minum nescafe. perut cepat lapar.. tentang menghilangkan mengantuk itu, badan sudah lama imun dengan nescafe. jadi, minum pun tak berkesan..hehe