Salam semua.
Hari Selasa yang menampakkan Helios serta Lucifer berlumba-lumba mahu menunjukkan wajah. Pemutusnya, awan gelap menyelubungi dada langit dan rintikan hujan bertukar lebat walaupun kini sudah berhenti. Ah, harapnya petang juga begini supaya latihan olahraga dibatalkan. Eh?
Ketawa.
Manusia beku ini sudah bertukar menjadi panda.
Ketawa.
[Gambar : Panda memang comel kan? Cepat kata ya!]
Ah, sudah lebih empat puluh lapan jam tidak melelapkan mata. Harus aku akui bahawa menantikan sesuatu yang tidak pasti memang membunuh sebahagian daripada kekuatan yang selama ini aku kumpulkan. Ternyata, kesakitan yang manusia lain laungkan sudah mula menyelinap masuk ke segumpal darah merah bernama hati. Penuh berjaga aku cuba tapis segala unsur penuh cela, tapi ternyata, aku gagal sedikit walaupun masih lagi gagah.
Senyum manis, paksa.
Sewaktu rehat pagi tadi, ada dua orang murid datang berjumpa aku, membuat pengaduan ada rakan sekelas mereka yang membawa telefon genggam ke sekolah. Aduhai, aku memang lemah mahu menggeledah kelas untuk mencari barang yang terlarang dari di bawa ke sekolah. Mendapat aduan tersebut, aku bergegas mencari ketua disiplin dan pengawas. Walaupun aku sendiri adalah guru badan pengawas, aku lebih suka berbincang dengan ketua disiplin akan tindakan yang bakal diambil.
Jadi, selepas loceng berbunyi, bersama ketua disiplin dan barisan pengawas, kami melakukan pemeriksaan di dalam kelas yang berkenaan. Alhasilnya, telefon genggam ditemui di dalam sebuah beg murid lelaki walaupun aduan diterima ia sepatutnya milik seorang murid perempuan. Antara barang yang ditemui adalah alat solek dan sebagainya. Pemeriksaan badan secara umum dilakukan tetapi telefon genggam yang sepatutnya dikatakan milik murid perempuan tersebut tidak ditemui.
Suspek kelihatan resah walaupun aku tidak menjumpai telefon genggam di beg dan meja mereka. Keadaan diri dia yang membuat muka tidak tahu apa-apa memang menaikkan rasa geram dalam diri aku. Timbul satu ilham, kaedah yang digunakan oleh guru disiplin aku sewaktu zaman persekolahan dahulu.
Aku : Ada benda-benda lain yang awak semua rasa perlu serahkan pada saya?
Budak-budak : Tiada.
Aku : Saya tanya sekali lagi, ada ke tidak?
Budak-budak : Tiada cikgu.
Aku : Baiklah. Awak semua buatkan saya tiada pilihan. Cikgu saya dulu akan raba badan setiap murid kalau dia tidak puas hati dengan apa yang dia tak jumpa. Boleh saya buat?
Budak-budak : Betul cikgu, tiada.
Aku : Saya nak mulakan pemeriksaan terperinci. Sila beratur.
Budak-budak : Baik cikgu.
Sewaktu aku sedang berdiri di hadapan budak pertama, sempat aku menjeling reaksi mereka. Masih tidak ada yang mahu mengaku. Semakin menghampiri murid pertama, seorang pengawas memanggil aku. Suspek sedang bercakap dengan pengawas sebelum sempat aku melakukan pemeriksaan terperinci ke atas mereka. Nah, ugutan sedemikian memang berhasil. Kalau sepuluh tahun yang sudah ianya berhasil, nampaknya ia masih berhasil hari ini.
Ketawa.

[Gambar : Kami dapat iPhone tahu? Dapat iPhone! - Sumpah poyo tulis begini kan? ]
Pengawas itu menghampiri ketua disiplin dan memberikan telefon genggam yang didapati dari murid perempuan tersebut. Bila diselidik, ternyata dia sembunyikan telefon genggam (baca : iPhone) tersebut di dalam seluar dalam.
Pitam.
Kau berani letak telefon genggam kau dalam baju?
Alangkah kalau Nokia Xpressmusic 5800 pun begitu disayangi dan disimpan kemas di dalam kocek baju atau seluar atau tas tangan, ini iPhone diletakkan di dalam seluar dalam? Mesti ada bau kan?
Eh?
Ketawa.
Cuba kalau telefon itu berbunyi atau bergetar semasa di dalam seluar dalam?
Ketawa.
Jangan bayangkan.
Jangan.
Haram.
Sengih.
Ternyata ketua disiplin tidak mengetahui dari mana telefon genggam itu dikeluarkan. Hasil rampasan dibawa ke bilik guru dan sewaktu dia mahu merekodkan segala barangan yang didapati, aku menghampiri dia dengan membawa sekotak tisu.
Aku : Ustaz, nah tisu.
Ustaz : Kenapa?
Aku : Telefon itu tadi budak itu keluarkan dari seluar dalam.
Ustaz : Hah! Astaghfirullah! (sambil ambil tisu dan mengelap tangan serta merta)
Aduhai.
Entah patut kata hari ini penuh jenaka atau apa agaknya kan?
Senyum.
Tenaga berlebihan bila aku tidak tidur hampir dua malam.

[Gambar : Sungguh menggembirakan apabila ternyata otak aku kejang apabila tidak tidur langsung]
Nota Kaki :
1. Ada latihan olahraga - langit yang mendung tapi sudah mengkhianati dengan memancarkan cahaya matahari terik tidak bertepi.
2. Semakin lama semakin menguasai apa yang perlu diajarkan kepada murid dalam membuat kerja kursus Kemahiran Hidup.
3. Kejohanan merentas desa peringkat daerah akan bermula dan kami adalah tuan rumah. Nak jadi penjaga Lelaki Bawah 18! (sambil buat mata bersinar-sinar)
Zara : Ternyata aku perlu duduk diam tanpa memberikan tindak balas yang sewajarnya. Aku terlampau penat untuk terus bertahan dan menghadam segala kesakitan sendirian. Ah, itu memang aku. Sakit adalah kesayangan marga beku aku.




























34 Komentar Ulasan Cinta:
tak sanggup nok letak dalam seluar dalam...bau tengik..ekeke :p
talifon genggam dlm seluar dlm??
hhuhuhuu... blh guna tektik tu tu utk takutkn budk msa spotchek ya..
Ceh! Buhsuk letak dalam spender. Bau vagina. hahaha
seronok baca pengalaman Zara sebagai guru :) hugs!
woha! budak2 zaman sekarang. haih. aku rindu zaman kita dulu yang tak main handset.bebas. lepas. innocent. even nakal lagi sekali pun.
awan gelap sentiasa. nanti esok2 bermain Helios di pinggiran langit.
hehehe teringat time skolah dulu2.. :P bijak2..tapi kantoi jugak. :P
Azrul Hisham :
aku sumpah tak sanggup!
>.<"
ishiko:
kalau muka tak serius, takkan berkesan~
seriously~
i.am.belle:
Oh ibu mertuaku!
XD
gila busuk kan?
T___T
MATAHARI:
kita dulu pergi sekolah ingat nak belajar, nak main2 dengan kawan2, jumpa cikgu, balik semula rumah~
budak sekarang?
T___T
najwa's:
hahaha~
memang tak boleh blah~
memang advance taktik sekarang ni. ahahaha. harap-harap murid sekolah rendah tak terfikir idea ni. T_T
teringat jd pengawas dulu..hehe
mmg budak2 simpan hp dlm sluar dlm. konon2 pgws/ckgu xcek tp ade kami kesah..
adeh2,iphone tu dlm sluar dlm..ewwwww
ayoyo!!!
cittt!!!
boh dalam spender..terpana aku..
ayuh cari kekuatan..!
mlas ngat sbjek olahraga, mlas
nk wt amali..huhuu~
hahaha..lawak betullah..hii busukkk
gulp!
tak tercapai akalku-hahah :D
Sampai masuk seluar dalam?
Hebat betul budak2 sekarang.
Dulu zaman sekolah me bwk phone jugak.
Plus masa tu duduk hostel.
Kalau time sekolah tak berani tinggalkan dalam locker kat hostel.
Sebab almost everyday mmg ada spot check setiap kali student dah pegi sekolah.
So, me bawak.
Ada satu hari tu kantoi dengan pengawas.
Last2 nak tahu mana me campak?
Campak dalam tong sampah!
Hahahaha.
Muka pengawas memang bengang habis bila dah raba2 tapi tak jumpa phone pun.
euuwww..adehla budak2 zaman sekarang nk jgak bawak tuh..tak paham den..
hahahhahaha... tergelak bila sampai bab tisu...hadui la.... sabar jer budak2 ni... byk tul duit sampai boleh beli iPhone
perghh..klau dibuatnye msg or call msuk ni..vibrate2 la jwbnye..pnjg citer ooo
skrg telefon ibarat nyawa..stuju x?
Huahuahuahuahua...Zara, kalau mahu memastikan pelajar merokok ataupun tidak, JANGAN guna method menghidu tangan mereka. Ini kerana...(mari dengar cerita dulu).Begini: oleh kerana xmahu terkantoi, pelajar lelaki tersebut memasukkan satu persatu jari jemari (yang berbau asap rokok) ke dalam lubang d***rnya. Ternyata, apabila guru disiplin tersebut menggunakan 'method' hiduan, apa yang dapat dihidu oleh guru disiplin tersebut hanyalah 'bau2an bak kasturi' dari sumber yang 'alami. So, good luck! :)
ape ni letak slm seluar dlm, tak strategik langsung. cnfirm bau haha. mcm2 la budak2 ni kecik2 dh pakai iphone. ish3 *jealous
hehehe..boleh aku praktikkan kalau aku jadi cikgu disiplin nanti.haha
OMG sian ke ustaz..bakpe dok kabo awal2 ke die....sian die..
aduh budak jaman skrg ni bwk iphone skolah...kite jaman dolu, nak nepon pakai public phone je...oooo...[jaman ko, jaman purba daa..ahahaa]..
ade rindu nak guna public phone...waaaaaaaaaaaaaaa
haha..bdk2 zmn skg hebat2..bijak2..iPhone tu..tp ble dh nama kanak2,tetap kanak2...bc blog k.zara wt sy knal ckit prangai bdk2 kt skolah..bljr ilmu bru gne nk suh bdk yg slh mngaku..hehe
mcm x berapa strategik je
Terkini : Fakta Menarik Tentang Perempuan
yang aku tahu bende yang boleh letak dalam seluar dalam cuma pad atau pantyliner. yang akan dibuang lepas letak.
ewwwwwwwwwwwwwwww.
aku rampas 2 hp smlm... tp da memang ada laporan...so...aku juz g hulur tgn je...
boipren msj ugutan kat aku..suh bg blk tepon tu...klu tak dia dtg serang kt skola....
trus aku off...ahakz
erh.. entah dahsyat juga tu,...
http://chummycliche.blogspot.com/2011/01/kenapa-shawl.html
eik... hehe.. advance budak2 ni..
http://chummycliche.blogspot.com/2011/01/kenapa-shawl.html
kah kah kah!
pernah gak budak perempuan cerita. paling dasyat letak dalam bra. uppss... bayangkan handset tu vibrate...
jangan..
haram...
lol
aiyark...keje aper nih...pelik2 btol la budak jaman skrang...tak masuk akal..
*tengah membayangkan muka ustaz*
hahahahahaha
lawak la.
hidupni tak lari dari awan kelabu kan? :) jadi bersiap sedia untuk tabah sis.
LOL! sha time sekolah dulu ada la jugak bawa phone. biasa la. budak nakal. xD tapi time sportcheck takda la pulak nak letak kat dalam seluar dalam. =___= sumpah busuk gile kott buat mcm tu. haha. :))
hahaha. strategik tahap dewa tempat simpann dia. hehehe.
Haih! Pelajar zaman sekarang ni memang suka sangat melanggar peraturan sekolah... -__-
Dugaan Bulan Pertama Persekolahan
Post a Comment