Selamat berhujung minggu semua.
Moga kalian sentiasa dalam rahmat Yang Maha Esa.
Hari ini mungkin akan sibuk lagi dengan aktiviti senyum-makan-salam.
Musim mengawan memang popular jika hujung tahun bukan?
Bak kata aku, orang Malaysia pantang ada cuti - mesti proses mengawan secara halal dan besar-besaran akan dibuat. Yang tidak halal itu masuk cerita lain.
Pertandingan sempena Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara masih berlangsung.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Disember 2009.
Setakat ini penyertaan masih dihantar dan aku sedang menilai sambil tersenyum melihat cara penulisan kalian yang mesra dan hangat.
Kebanyakan peserta sangat suka dengan ruang PENCINTA DIRI yang berada di sebelah kiri atas.
Seorang ahli kimia berusia 22 tahun yang gilakan pelukan dan ciuman. Dia kadangkala keliru dengan jantina sendiri setelah berjaya menghasilkan tiga kilang kasih sayang, cinta dan juga racun untuk digunakan terhadap makhluk yang memakai seragam putih-hijau-biru secara konsisten setiap hari.
Berikut adalah sedikit penjelasan tentang perkataan yang ditebalkan.
Ahli kimia - itu merupakan kursus utama ketika pengajian sarjana muda aku. Oh, memang aku dalam fakulti pendidikan tetapi aku juga merupakan sebahagian daripada fakulti Sains. Maksudnya, kaki aku berpijak atas dua fakulti dan sijil akhir yang aku genggam ada tandatangan dua dekan fakulti ini. Seperti sarjana muda berganda.
Keliru dengan jantina - aku lelaki atau perempuan? Kalau kamu tanya bekas rakan sekolah dan bekas rakan matrikulasi - aku percaya jawapannya pasti berbeza dengan jawapan bekas rakan seuniversiti.*ketawa*
Tiga kilang kasih sayang, cinta dan juga racun - itu adalah manifestasi perjuangan aku sebagai diri aku yang kamu kenali di sini.
Seragam putih-biru-hijau - di mana kamu selalu melihat ini yang boleh kamu kaitkan dengan kerjaya aku sekarang?
Ada apa-apa lagi persoalan yang menganggu minda?

Aku masih menunggu jika kalian mahu menghantar penyertaan lagi. Mungkin hadiahnya tidak seberapa tetapi aku harap kalian sudi menerima jika penyertaan kalian menambat hati si gebu yang tinggal bersama aku.Aku rindukan kekasih gelap yang cerah, dia bakal berangkat pulang menemui bakal isteri tercinta sedikit masa lagi.
Zara : Selamat berhujung minggu semua. Terima kasih atas pelukan dan ciuman kalian semalam. Aku tidur dengan diulit bahagia.





























26 Komentar Ulasan Cinta:
rajinnya zara study...
p/s:wah! sempat lg posing di makmal ye??
=)
ohhh now i faham sikit je lar haha
terang kan lebih meluas agar i yakin u perempuan
Hehehe... Setelah sekian lama, masih ada yg tertanya-tanya ye? Hehehe.
seperti sarjana muda berganda
~~ suka ayat tuu..
xstudy pon tu...
posing yg byk..
hhheeee
dah terjawab pun pertanyaan tu :p
cuma menunggu kad undangan zara untuk musim mengawan seterusnya ahakz
nak pinjam baju yang putih tu
nak pinjam baju yang putih tu
nak pinjam baju yang putih tu
bro pasti dgn jntina bro.. coz bila bro selak seluar bro nmpk itew he...23x dah bro pastibro keras dan bukan lembut melentik huhuuh
www.broframestone.com
Ni lab mano lah nih.... haha. Bersih jer baju. Baru beli eh? haha
ni kontes ke?? :)
klik tm and tupperware :)
Aku nak join tapi...
Maseh memikirkan name yg sesuai.
Adehhh~
hadiah bagi gempak skit...macbook ke...moto sebijik ke...hehe..
hehehhehehe.. japs aku nk cr idea nih...
aku nk join..tp idea tak mai lagi..
huhuhu
eny baru lagi follow blog zara..so mcm x layak bertanding je sbb byk lagi yg belum xplore ttg zara ;)
*eny suka ruangan tu jugak ;))
i'm clueless at the moment.. ehehe
Ohohoh.. Itu rupenye kesah di sebalik cerita.. Ahaks.. ;)
Bertambah stingkat ku mngenali zara.. Heee.. ;)
wahh, segala persoalan telah terjawab! thanks Miss Zara!
hype
ahli kimia juz like my sista...
xD
suke baju tuh
btw
Vote For Me
http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/
Thanks so much
hehe
xD
muka penat tu..
adakah aku TERnampak mata panda di situ?ekeke...
tnggu aku pnye entri~
itupun kalu sempat masuk...hehe
kamu bakal ahli kimia? oh!sudah jadi cikgu kimia
mau hantar penyertaan tapi masih malu2.
haha..
Cikgu kimia berhati-hati tau. Jangan letupkan sekolah! :p
Post a Comment